Checklist Sebelum Balik Kampung Raya

Sebelum balik kampung berhari raya, siap-siap buat checklist sebelum balik raya. Kurang sikit risiko nak tertinggal barang tu kan. Selain tu kita kena pastikan keadaaan rumah dalam keadaan selamat bila ditinggalkan.


Checklist Sebelum Balik Kampung Raya

Checklist sebelum balik kampung raya

1. Cabut semua plug kecuali plug peti ais
2. Double triple check suis peralatan elektrik, pastikan suis lampu dan kipas ditutup
3. Tutup meter air
4. Kosongkan sinki
5. Buang sampah
6. Jangan biar baju tersidai diluar
7. Bawak peralatan mandi (toiletries)
8. Baju raya
9. Tudung raya
10. Songkok raya
11. Pin dan keronsang
12. Butang baju Melayu aku mana pahhhh
13. Sampin
14. Kasut/selipar raya
15. Pengecas (Charger) telefon
16. Extension plug
17. Duit and sampul raya
18. Kuih raya
19. Sebelum keluar rumah baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'ul 'alim

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : 
Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui

Sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" 
- Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan

Daripada buku "Iktiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab" karangan Tuan Guru Dato Dr Haron Din.

Kelebihan ayat pendinding

  • Baca 3x setiap pagi dan petang. Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, baca ayat ini 7x.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan semasa membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7x. Bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  • Amalkan bacaan di atas 3x tiap-tiap lepas solat sehari untuk sebatikan dalam diri supaya Allah melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang kemudaratan pada hari berkenaan.
  • Jika hendak menjamah makanan/minuman diluar rumah seperti di kedai makan dan R&R, bacalah dalam hati 3x. Jika makanan tersebut mengandungi racun/santau, dengan izin Allah cawan/pinggan itu akan pecah.
  • Jika hendak menaiki kenderaan, baca juga ayat ini 3x supaya kita akan dielakkan dari sebarang malapetaka seperti kemalangan dan sebagainya.
  • Jika kita menjalankan perniagaan, insyaAllah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika mengamalkannya 3x setiap kali lepas solat.
  • Bagi mereka yang bertugas sebagai Perawat Islam atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga, kesan amalan 3x selepas solat ini juga akan dapat mengunci tubuh mereka dari dimasuki jin.
20. Niat bermusafir untuk buat Jamak Qasar.
21. Berlapang dada dan baca doa musafir.

Doa musafir 

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami

وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya

وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى
Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan

وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى
dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai

اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا
Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami

وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ
Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek)

اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ
Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan)

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ
Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir

وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ
pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.

Dengan izin Allah Semoga dengan mengamalkan doa musafir ini dapat melindungi diri kita dan Allah SWT memberkati perjalanan kita.

Wallahua’lam...

22. Jangan kelam kabut, jangan marah marah, jangan terlampau gembira. Tenang tenang je.
23. Jangan lupa kunci pintu rumah dan pintu pagar rumah. Tinggalkan rumah dengan tawakkal Allah menjaganya. Ada terbaca tentang aplikasi VSP, kita boleh lapor dalam aplikasi tu dan maklumkan pada polis yang kita tiada dirumah. Polis akan buat rondaan berkala untuk memantau.
24. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan ada yang tertinggal pulak. Sentiasa kira cukup ahli cukup kalau berhenti di mana-mana sebelum memulakan perjalanan semula.
25. Top up siap-siap kad touch n go/RFID
26. Pastikan kenderaan dah siap servis dan dalam keadaan selamat.
27. Siap sedia hadapi jem di jalan raya.
28. Sediakan sejadah travel.
29. Bawa bekal makanan in case kalau tak sempat berhenti beli untuk berbuka atau sahur.
30. Pastikan cukup tidur dan cukup rehat sebelum memandu.

Ada lagi? Sila tambah, paling penting jangan lupa bagi signal, dah bagi signal jangan lupa tutup!

Selamat pulang ke kampung semua orang. Semoga selamat sampai ke destinasi dengan Selamat.

sumber doa : izdeen | kaymamablog

20 comments:

  1. sy dh ade kat kmpung..
    mmg xmerasa la feel2 balik kmpung ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..untunglah dah sampai kampung. Kita kalau boleh nak pejam mata terus ada kat kampung dah. hehehe...selamat buat persiapan raya.

      Delete
  2. Replies
    1. Dah, lupa lak kan. TnG kena standby jugak tu in case emergency.

      Delete
  3. Terima kasih share checklist . Memang sangat2 penting penting ni sebelum meninggalkan rumah itk balik kampung . Kena check berkali2 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Kena check betul betul risau nak tinggal rumah lama kan.

      Delete
  4. Berguna sangat untuk sapa2 yang nak balik kampung jejauh. Kampung kita dekat jer. Mungkin balik hari jer raya ni nanti 🤭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang balik jauh² dan lama tu bolehlah gunapakai. Untunglah Syu kampung dekat je boleh balik hari.

      Delete
  5. Akak tak balik kampung suami tahun ni. Dia kerja sepanjang raya. Semoga Fizah dan kawan-kawan blogger semua selamat sampai di kampung halaman masing-masing. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak. Nanti² boleh balik.
      Aamiin...terima kasih kak nur doakan kami semua.

      Delete
  6. -kalau pakai streamyx model lama jangan lupa tutup plag. takut disambar petir.
    -kalau rumah tu kawasan berpotensi banjir, letak barang-barang berharga tinggi-tinggi.
    -if ada motor or kereta yang ditingalkan, sorok kunci di tempat selamat, jangan biar merata-rata.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi tips! Elok selalu mengingatkan walaupun kita tahu benda ni tapi kadang tu dalam duk kelam kabut mengemas, ada benda kita terlupa. Kami tulis dekat memo board kat peti sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama². Itulah tu, kadang kalau kelam kabut ada je terlupa something. Okay tu ada catit kat mana mana bagi ingat.

      Delete
  8. syu balik hari ni. baru je siap kemas barang td. liat btol nak kemas brg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat balik kampung Syu. Semoga sampai dengan selamat. Bab packing ni memang malas betul kan. Rasa banyak barang nak pack. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.