Siapakah Bakal Top 10 komentator Blog Sihatimerahjambu 2020

Selamat berhujung minggu semua. Setelah lama tak memunculkan widget top komentator di blog sihatimerahjambu ni akhirnya Fiza letak semula. Boleh check top 10 komentator terkini di menu bar about >> top 10 komentator 2020.

Pertama sekali nak minta maaf dulu sebab hanya senaraikan top 10 komentator sahaja. Bukan 20 bukan 30. Rasanya rata-rata blogger meletakkan top 10 komentator dalam blog mereka. Jadi, itu bukan persoalan yang perlu ditanyakan.

Dan selebihnya yang datang komen tu bukan tak dihargai okay. Tetap nak berterima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen dan yang singgah walaupun seketika cuma. Tanpa kau orang semua, sendu rasa blog ni haa..

Bawah ni senarai top 10 komentator terkini. Belum muktamad lagi ye. Tahun 2020 ada 366 hari. Tapi untuk top 10 komentator Fiza akan kira sampai 355 hari (1 January 2020-20 Disember 2020). Selepas tarikh 20hb Disember Fiza akan umumkan ye.


Top 10 komentator Blog Sihatimerahjambu 2020



Siapakah Bakal Top 10 Komentator 2020

Untuk penghargaan kepada top 10 komentator ni. Top 3 Komentator, Fiza akan berikan hadiah. Hadiah tu nanti Fiza update sebab baru sampai satu je hadiahnya. 

Untuk 7 lagi komentator lagi, secara automatiknya akan dimasukkan dalam bloglist terus sepanjang tahun 2021. Termasuklah top 3 juga. InshaAllah ada rezeki lebih mungkin tradisi ini akan diteruskan macam tahun tahun sebelum ni yang pernah Fiza buat.

Last Fiza buat tahun 2016. Siapa pernah dapat dulu tahu lah kot. Dulu setiap bulan, lepas tu 2 bulan sekali, lepas tu tak ada dah sampailah tahun ni baru muncul semula.

Siapakah bakal top 10 komentator blog Sihatimerahjambu 2020 ni. Nantikan pertengahan bulan december nanti.  Terima kasih semua. 


28 comments:

  1. Benar tu setiap comment memang amat sangat dihargai.
    Banyak juga belajar dari komen yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
  2. Wowww.. saya pernah dapat dulu.. hadiahnya lampu tidurrrr .. suka sangat tau.... Eh, masih sempat kejor ni nampak gayanyaaaa.. Kena potong Kak Sunah... Hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada lagi tak hadiah tu. harap okay lagi lah. lama dah berlalu. Hehehe..sempat lagi tu nak kejor 😁

      Delete
  3. Tidak sangka masuk sebab bukan semua tulisan Fiza ada komen.
    Terima kasih. Alhamdulillah ada kelapangan masa dan liputan internet yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, faham. Terima kasih kak rajin singgah sini dan komen. Hargai sangat² 😘

      Delete
  4. masya Allah...kenapa tunjuk, da tak suprise dah 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum final lagi tu. kita kasi hint hint dulu. next month kita reveal yang final punya. surprise 🤗

      Delete
  5. Blog lebih meriah dengan komen sesama blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. kalau tak ade komen sendu je rasa blog ni haa.

      Delete
  6. Wah.. kena tingkatkan usaha untuk beri komen2 bernas kat sini nnti klu mcm ni, kot2 ada peluang dapat top10..ehehe

    ReplyDelete
  7. wahh., semoga dipermudahkan urusan blogger fizah nih., ;p

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dulu mmg selalu dapat hadiah dari Fiza. Cumanya skarang ni mmg kurang blogwalking dah huhuhu.Busy ngan keje hakiki ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. akak salah sorang pengkomen tegar dulu. Ingat lagi. Terima kasih kakya. Takpe, faham faham 😊

      Delete
  9. all the best buat semua..akak lambat lagi nampaknya....hahaha...tak konsisten masuk komen kat blog kawan2...bz kerja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham kak..sekarang ni masing masing dah sibuk. Mana sempat je lah datang dan komen. Terima kasih kak.

      Delete
  10. Kena usaha lagi keras ni. Tahniah ye yang tersenarai

    ReplyDelete
  11. Semua otai-otai blogger yang ada di mana-mana blog tu. Tahniah yang bakal memenangi 10 teratas

    ReplyDelete
  12. wahhhh... bestnya bertahan... bg tips mcm mana nk husnuzonkan semangat blogging & BW ni fizah... hehehehe

    ReplyDelete
  13. Wah yang dalam top 10 tu semua hebat2 belaka!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.