Bila Lama Tak Order Pizza Hut

Friday, November 20, 2020

Hujan on off semalam. Perut bagai meminta sesuatu untuk di isi. Padahal baru lepas lunch. Kononnya nak order pizza by foodpanda atau grabfood lepas hujan reda. Kesian juga kalau mereka kena hantar makanan musim hujan. 

Kalau rider grabfood yang guna kereta tak lah berapa kisah kan. Tapi kalau rider foodpanda dan grabfood naik motor tak sampai hati nak suruh mereka redah hujan walaupun dah tugas mereka hantar makanan.

Hujan dah agak sedikit reda, carilah deal atau promo pizza yang menarik sikit. Lama tak order pizza hut sebab pizza hut delivery tak cover delivery sampai sini. Mengharapkan foodpanda dan grabfood je lah. Sebab tu selalu order dominos pizza je.

Bila lama tak order pizza hut, rasa macam teringin nak makan pizza hut. Sebenarnya teringin nak makan mushroom soup dengan garlic bread cerita dia. Musim hujan dapat pula mushroom panas dan garlic bread memang terbaik lah.

Tak kan nak order dua tu je kan, alang-alang order pizza sekali untuk makan malam. Belek punya belek, deal kat foodpanda tak semenarik di website. Maka, husband pun keluarlah membeli sendiri dan pilih deal "Takeaway Combo 2".

Takeaway Combo 2 : RM15

1 Regular Pizza + 2 side dishes ( Mushroom soup & Garlic bread).

Beli 2 set, RM30. 1 lagi pilihan side dish adalah onion rings. Tapi dua dua set pilih mushroom soup dan garlic bread. 



Pan Pizza Hawaiian Chicken

With tomato sauce, chicken meat, pineapples and mozzarella cheese.

Hawaiian Chicken Pizza Hut

Pan Pizza Chicken Sensation

With spicy sweet sour sauce, chicken meat, pineapples, onions, mozzarella cheese.

Chicken Sensation Pizza Hut

Bila dah lama tak rasa pizza hut, rasa sedap pula. Mungkin dah jemu hadap dominos pizza je kot. Order dominos sebab suka order fabulous four tu dan juga pizza thin crust.

Pizza hut ni dia punya roti tebal dan sangat mengenyangkan. Untuk dinner makan 1 box je. 1 box lagi simpan untuk breakfast. Harga pun sangat berbaloi.

Dominos agak mahal sikit tapi sedap. Kedua dua pizza ni ada kesedapan tersendiri. Ikut selera masing-masing lah nak makan pizza yang mana satu. 

By the way, hari ni terbaca berita di bernama mengatakan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara sehingga jam 11 malam.

Negeri yang dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Rasa macam seluruh negara terlibat tu. Apapun berhati-hati walau dimana berada terutamanya jika memandu ketika hujan lebat.


20 comments

  1. uish sedapnya. dah lama juga tak makan pizza hut..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng lama tak makan pizza hut. sesekali rasa terasa sedapnya :)

      Delete
  2. Memang suka Domino's sebab ada pilihan roti nipis. Pizza Hut pula makanan sampingan yang menarik macam pasta dan lasagna.

    ReplyDelete
  3. Wahhh...sedapnya Pizza tu.. LeYa pun macam dah lama juga tak order Pizza Hut. Selalu pun asyik Dominos je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal kan. asyik dominos je. jemu pulak. bertukar selera kejap ke pizza hut.

      Delete
  4. ha'ah..pizza hut tak byk pilihan base dia compared to dominos..suka jg thin crust dominos..lama gak tak makan mushroom soup pizza hut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Disebabkan nak makan mushroom soup pizza hut lah dapat merasa semula pizza hut :)

      Delete
  5. Aduii... buka blog ni time tengah lapar... nyesalllll...!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduii jangan nyesal kak.. silap timing pulak ye keluar gambar makanan.

      Delete
  6. Esok lusa masuk duit adsense dah janji dengan budak2 ni nak belanja pizza. Kat rumah akak ni walaupun pizzahut dekat tapi akak suka order guna foodpanda. Murah sikit dari order terus kat pizzahut

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji mesti ditepati tu kak :)

      ohh kalau macam tu lagi berbaloi order by foodpanda je.

      Delete
  7. Aduhaii, sedap la plak nampak pizza ni. Eina dah lama tak makan pizza hut, selalu order Domonis jer sebab anak-anak suka makan banana kaya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak sebab lama tak makan pizza hut. Sesekali ubah selera pizza. cakap pasal banana kaya tu rasa macam teringin lah pulak. huhu

      Delete
  8. saya pun dah lama tak order pizza semenjak guna foodpanda. sekali sekala makan beru terasa lazatnya... Alhamdulillah hujan skrg nie.. makin subur pokok di luar rumah. tak siram lagi pokok yg kat luar rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. sesekali tukar selera terasa sedap dia. Alhamdulillah hujan turun. Tak perlu siram pokok bunga :) semua dapat manfaatnya.

      Delete
  9. Saya suka pizza yang banyak topping, jadi kalau makan pizza memang selalu banyak tinggalkan rotinya, kecuali domino pizza yang jenis thin crust, memang habislah semua dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. penuh dengan topping baru sedap makan. kalau yang hujung hujung takde topping tu lambat nak menghabiskannya. dominos memang tak pernah tak habis :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.