Popia Kuala Kangsar No.1 di Seremban

Monday, October 17, 2016


Lepas sesi terapi mata kat Plant Nursery tu saja la request kat husband nak rasa Popia Kuala Kangsar yang popular sedap tu. No.1 di Seremban tau! Selama 3 tahun dok Seremban belum pernah lagi nak rasa Popia Kuala Kangsar yang terlajak sedap tu katanya. Tetiba pula nak rasa, husband pun okay je melayan tekak isteri ni. 

Kedai Popia Kuala Kangsar ni terletak di Stadium Paroi. Waze je Stadium Paroi, confirm jumpa kedai ni. Fiza sampai sini dalam pukul 3:++ petang macam tu. Ramai orang juga makan kat sini. Kalau dah petang dan malam lagi ramailah kot. Selain Popia, ade je menu lain yang dijual kat sini. Ada menu nasi dan mee. Disebabkan cuma nak rasa Popia je, jadi beli popia je. Beli 1 yang basah dan 1 yang goreng bungkus bawa balik.
Popia Kuala Kangsar, Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, Seremban

Harga Popia basah 1 RM1.20 dan Harga 1 Popia Goreng pun RM1.20. Cukup besar juga satu popia ni. Memang sedap! Next time boleh beli lebih sikit. Sebenarnya confused, ingatkan sebungkus RM1.20 rupanya 1 popia RM1.20. Dah order baru terfikir tentang harga tu. Takkanlah RM1.20 sebungkus kan. Betul sangkaan Fiza, RM 1.20 untuk 1 popia. Takpelah, nak rasa je pun kan. Lain kali memang repeat beli sebab sedap sangat! No wonder lah Popia Kuala Kangsar ni popular dengan kesedapannya. 

Sebelum balik, sempat singgah beli Cendol, Haji Shariff Cendol yang juga popular sedap tu. Alhamdulillah dok tempat yang makanan sedap-sedap. Happy tummy dapat makan sedap petang-petang ni kan.
Haji Shariff Cendol
44, Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Kalau korang TERsinggah Seremban tu, kena cuba rasa kedua-dua menu ni tau!



5 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.