Header Ads

Latest Update
recent

Day #1 : Naik Feri Dari Kuala Perlis Ke Langkawi


Tahun ni dah 2 kali ke utara. Kalau tak, nak ke utara memang makan tahun baru nak pergi. Seperti yang dirancang oleh family mertua nak pergi Perlis untuk bincangkan hal adik ipar Fiza yang bakal bernikah tahun depan. Kebetulan dah sampai Perlis tu terus lajak ke Langkawi lah jawabnya kan.

Buat pertama kali Fiza pergi ke Langkawi naik feri. Sebelum ni pernah pergi naik flight. Agak risau juga sebenarnya. Bukan sebab mabuk laut ke apa. Takut la kalau apa jadi tak pandai berenang. Paranoid sangat dengan kelemasan dalam air. huhu

Sampai je Perlis hari tu terus pergi beli tiket takut habis sebab nak beli online sebelum tu tak boleh. Nasib kamiorang baik dapat tiket pukul 6 petang ke Langkawi. Dapat pulak naik Feri yang besar sikit sebab dari pengalaman husband sebelum ni katanya Feri kecil sikit. Disebabkan Feri besar, lambatlah sikit perjalanan kami ke Langkawi ambil masa dalam 1jam lebih.

Muka happy memasing nak bercuti kan.



Alhamdulillah selamat sampai Langkawi dalam pukul 7 lebih dan disebabkan belum book kereta sewa terus cari kereta sewa. Nasiblah dapat van Toyota Hi Ace dengan harga RM180 untuk sehari. MPV semua dah takde disebabkan musim cuti dan tak book awal, terpaksalah kami terima je apa yang ada. Lagipun dorang malas nak layan kalau book sehari je. Dah dapat van terus gerak ke hotel. Masa untuk berehat. Nanti sambung cerita okay.

Harga tiket RM18 dewasa/ Sehala

1 comment:

  1. mmg jem la skt time cuti skolah p..hihi. tp yg pntg enjoy holiday kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.