Mee Goreng Mamak Sedap Dengan Adanya Paste Mee Goreng Mamak Hang Hungry Chef

Thursday, October 27, 2016

Selamat tengahari semua! Dah lunch ke korang? Fiza lunch Mee Goreng Mamak je. Bukan mamak yang masak tapi Fiza masak sendiri tapi rasa macam the real mee goreng mamak yang mamak masak. Persoalannya, sedap ke mamak masak? Haha..tiba-tiba ada soalan kat situ. Mamak dapat nama kan. Dah nama menunya macam tu dan Fiza pun bukan peminat kedai mamak tapi bila pernah makan mee goreng mamak sekali yang kebetulan sedap masa tu terus tersuka dengan menu mee goreng mamak.

Biasa memang masak sendiri je la tumis cili kisar semua tu. Alhamdulillah rezeki Fiza dapat mencuba paste mee goreng mamak ni pula. Rezeki yang tak di sangka Chef Owner produk bagi Fiza cuba tanda terima kasih review pes char kuew teow hari tu. Memang excited betul nak mencuba masak.  Tak sabar nak rasa kesedapan mee goreng mamak sedap dengan adanya pes mee goreng mamak ni. Dapat juga Rempah misteri yang sangat misteri. Terfikir nak marinate ayam untuk bakar pun macam best juga. Okay, rempah misteri tu nanti Fiza cuba. Sekarang kita cuba paste mee goreng mamak dulu ye.


Kalau selalu kita tumis cili kisar, masuk bahan-bahan, mee dan sayur. Tapi masak menggunakan pes mee goreng mamak ni sangat mudah! Masak pun jadi cepat cuma lambat nak sediakan bahan-bahan lain la macam udang, sotong, sayur dan lain-lain. Korang ikut je cara penyediaan yang ada kat botol tu. Gerenti menjadi sedap tu.

1. Tumis sotong/udang/ayam/daging
2. Masukkan sebungkus mee (450gram) dan 8 sudu besar paste mee goreng mamak
3. Masukkan sayur serta pecahkan telur dan kacau sebati.

Haa..semudah 1 2 3 je kan masak mee goreng mamak. Rasa macam tak percaya je cepat sangat masak. Memang sesuai sangatlah nak menyediakan sarapan dengan cepat! Macam magik pula cepat sangat. Campak-campak bahan dan gaul. Siap!

Ni kalau tetamu datang, kejap je dapat dihidangkan. Lepas tu boleh jawab, ada mamak stand by kat belakang. Padahal ada paste mee goreng mamak dah stand by tu. Hehe

Rasa tu dah tentu lah sedap macam the real mee goreng mamak macam Fiza cakap awal-awal tadi tu. Sebijik weh! Sebijik! Opss..sorry buat korang kecur. Kalau tak nak kecur, nak rasa jugak. Boleh order terus cepat-cepat takut habis. Ye lah, ramai yang dah mencuba. Ada yang dah restock. Fiza pun nanti nak restock Paste Char Kuew Teow.


4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.