Simfoni Resort Hotel Langkawi Luas dan Selesa

Thursday, October 06, 2016


Selepas 1 jam lebih perjalanan naik Feri dari Jeti Kuala Perlis, akhirnya sampai juga jejak kaki di bumi Langkawi. Lepas settle booking van sewa terus gerak ke Simfoni Resort Hotel yang dah book awal-awal sebelum ke sini. Sebelum ni family husband pernah stay kat sini masa bercuti di Langkawi. Disebabkan luas dan selesa, jadi stay kat sini buat kali kedua.
Simfoni Resort, located in Kuah, Langkawi, is a popular choice for travelers. From here, guests can enjoy easy access to all that the lively city has to offer. Visitors to the hotel can take pleasure in touring the city's top attractions: Cinema, Langkawi Parade Mega Mall, Makam Mahsuri.
At Simfoni Resort, the excellent service and superior facilities make for an unforgettable stay. Top features of the hotel include free Wi-Fi in all rooms, Wi-Fi in public areas, car park, room service, airport transfer.
Experience high quality room facilities during your stay here. Some rooms include internet access – wireless, internet access – wireless (complimentary), non smoking rooms, air conditioning, desk, provided to help guests recharge after a long day. Throughout the day you can enjoy the relaxing atmosphere of the garden. Simfoni Resort is your one-stop destination for quality hotel accommodations in Langkawi.-Simfoni Resort Langkawi
Kami orang pilih family suite untuk 6 orang ada 4 bilik tapi satu bilik di kunci. Sebab dah book untuk 6 orang kan. Ada 2 bilik Air. Terpaling Fiza suka dengan tema serba putih dalam setiap bilik apartment ni.

Ruang tamu yang luas dan selesa. Dilengkapi dengan sofa, meja makan dan TV. Tapi TV takde astro lah. Channel biasa yang ada.

Ini bilik Fiza dan husband. Semua lengkap!

Bilik abah mertua dan adik ipar lelaki pun lebih kurang sama je.


Bilik mak mertua dan adik ipar perempuan pun lebih kurang sama. Tak ambil gambar pulak =__='. Bilik air ada 2 tapi cuma ambil gambar 1 bilik air je. Bilik Air yang luas dan bersih tapi yang tak best bila pili air yang sepatutnya kat luar sebelah toilet bowl tu tapi di letakkan kat dalam shower room tu pulak.


Dapur pun besar. Ada peti ais, kettle dan cawan. Dapur masak takde la.


Haritu cuma stay satu malam je dengan harga RM360/night booking melalui agoda. Kira okaylah untuk masa puncak musim cuti ni. Rasa tak puas pulak stay satu malam je. Mana taknya, lepas check in rehat kejap terus pergi makan dan jalan-jalan. Balik hotel pun dah lewat dalam pukul 1 lebih. Esok paginya dah check out dalam pukul 11 pagi. Memang tak puas nak berehat sangat kat Simfoni Resort Hotel ni. Staff pun mesra alam. So far sangat okay untuk menginap bersama keluarga kat sini. 


Family Suite
Features:

116 sq.m. 
2 Queen Bed and 2 King Bed 


Amenities:

Air conditioning 
Balcony/terrace 
Bathtub 
Coffee/tea maker 
Desk 
Hair dryer 
Internet access – wireless 
Ironing facilities 
non smoking rooms 
Refrigerator 
satellite/cable TV 
Seating area 
Separate dining area 
Shared bathroom 
Shower 
television 
television LCD/plasma screen 
Wi-Fi [free] 
*Iron disediakan tapi korang kena pergi kat bilik iron.

Address : Lot 3, Bandar Kuah, Jalan Taman Pelangi, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Phone : +60 4-969 8989 
Website : www.simfoniresortlangkawi.com

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.