Day #2 Jalan-Jalan Langkawi

Friday, October 07, 2016

Sambung semula entry cuti-cuti bersama family mertua. Lepas check in Simfoni Resort Hotel dan rehat sekejap, kamiorang keluar untuk makan malam. Cari punya cari, jumpalah satu kedai ni tapi dia punya service punyalah lambat sebab ada sorang je tukang masak katanya. Bila dah lama menunggu, perut pun lapar, sudahnya cancel je makan kat situ. Terus cari tempat lain dan akhirnya berhenti makan kat Telaga Seafood.

Telaga Seafood Langkawi ni restaurant yang exclusive kot, rasa risau juga nak makan kat sini. Takut harga tak mampu bayar. Disebabkan dah malam sangat dan dah lapar, makan juga kat sini. Pilihan menu yang simple-simple je macam nasi goreng, bihun goreng dan chicken chop sebab menu seafood memang agak costly juga. Okay, lupakan. Janji perut di isi. 
Address: Telaga Seafood & Telaga Arabic Restaurant, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Phone: +60 4-955 2225

Hari kedua esoknya jalan-jalan di Langkawi. Awal pagi husband dah beli tiket untuk balik ke Kuala Perlis. Dapat tiket pukul 5:30 petang. Check out dalam pukul 11 pagi macam tu. Jadi, ada masa beberapa jam je untuk pusing-pusing kat Langkawi ni. Bila sampai Langkawi ni haruslah kena shopping coklat-coklat yang ada. Kamiorang shopping kat The Zon Shopping Paradise dan Coco Valley berdekatan dengan Underwater World Langkawi. 
The Zon Shopping Paradise
The Zon Shopping Paradise Langkawi is a massive duty-free shopping complex in tourist-friendly Pantai Cenang. Spanning 300 square metres, the all-white building is conveniently located beside Underwater World Langkawi, with ample free parking spaces and taxis available upon request.
Opening Hours: Daily 10:00 – 21:00
Tel: +604 955 5300
Coco Valley
Located beside Underwater World Langkawi, Coco Valley stocks a dizzying assortment of cocoa products as well as a satisfying selection of wine, whiskies, and champagnes. Best of all, Langkawi’s duty-free policy means that chocolates sold here are considerably cheaper than most places in the country. Coco Valley stocks major chocolate brands from most parts of the world, making it a one-stop shop (or paradise) for unapologetic chocolate lovers.
Opening Hours: Daily 10:00 – 18:30
Tel: +604 955 6100

Lollipop besar tu Fiza tak beli, tumpang ambil gambar je. Daim tu wajiblah borong kan. Paling favourite yang ni haaaa... Celebrations. Adventures in Chocolate yang ada macam-macam jenis chocolate. Paling Fiza suka milky way!

Dah shopping bagai semua, gerak ke tempat lain pula sementara menghabiskan masa kat Langkawi ni singgah ke Langkawi Cable Car.
Langkawi Cable Car
The Langkawi Cable Car, also known as Langkawi SkyCab, is one of the major attractions in Langkawi Island, Kedah, Malaysia. WikipediaAddress: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Phone: +60 19-711 8077
Waktu sampai sini tengahari panas dan agak mendung tapi lebih kepada cuaca panas. Memang boleh sakit kepala dibuatnya. Peluh pun dah berkuah rasanya dah ni. adoiiii

Kat sini cuma jalan-jalan sekitar kawasan je sebab nak naik cable car ramai orang sangat. Memang makan jam lah nak tunggu giliran beli tiket dan giliran naik. Jadi, terpaksalah melupakan hasrat tu. Dulu pernah datang sini naik cable car cuma sekarang dah ada macam-macam benda menarik kat dalam ni selain cable car yang menjadi tarikan utama. Nak masuk 3D art ni rasa macam tak berbaloi pulak. Tiket pun RM30/person. Masa pun singkat, memang rugi kalau nak explore sekejap je.  Ambil gambar kat luar-luar pun boleh.


Mak mertua den

Sakan depa ambil gambar kat sini ye. 



Dah puas berjalan melawat kawasan, terus gerak balik dan misi mencari tempat makan untuk lunch sebelum gerak balik ke Kuala Perlis. Singgah makan di Food Court HIG Kompleks yang baru buka tu. 
Kompleks HIG
Jalan Penarak, 07000,
Kuah, Langkawi.
Tel No: 04-9668513
Fax No: 04-9668513

Pekena Nasi Kandar Asli Restoran Haji Ali

Panas-panas ni minum air buah mangga yang fresh ni memang lega tekak!

Cendol Durian Pulut. Dorang je minum. Fiza tak makan durian. So tolak tepi. hehehe

Sempat la jalan-jalan dalam kompleks HIG tu tapi tak beli apa sebab ramaiiiii sangat orang dalam tu. Nak bergerak dan belek-belek memang tak dan laaa..Masa pun tak banyak dah kan. Terus gerak balik ke Jeti Langkawi awal sikit pulangkan van dan tunggu Feri. Okay, berhenti sini dulu. Nanti sambung cerita.

5 comments

  1. singgah sini :) nice entri

    jom join contest pandora by syahirah valiant :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/10/contest-saya-nak-pandora-untuk-yang.html

    ReplyDelete
  2. syok sangat kalau dapat masuk kedai coklat...rasa nak kaut semua...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.