Khasiat Buah Mahkota Dewa

Tuesday, October 11, 2016


Jarang sangat dengar nama buah mahkota dewa. Fiza pun baru je dengar dan tahu, kalau tak silap baru kenal dengan buah mahkota dewa ni tahun lepas. Itupun sebab ada blogger yang mencari dan kebetulan sekarang banyak pulak mak Fiza tanam kat kampung. Takde lah banyak mana, ade la beberapa pokok.

Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa (Scheff) Boerl) ialah sebuah pokok malar hijau asal tempatan di Malaysia dan Indonesia. amat terkenal di negara Indonesia sebagai satu tanaman ubat. Kulit dan daun tanaman ini mengandungi alkaloid dan samponin. Herba ini bersifat antibarah, cirit-birit, sakit kulit dan gatal-gatal badan.-wikipedia
Ramai rupanya yang mencari buah mahkota dewa ni yang dikatakan boleh dibuat ubat untuk beberapa jenis penyakit. Mak Fiza cari benih dan tanam kat rumah. Mak Fiza buat ubat kencing manis. Buah yang dah merah masak tu mak Fiza kupas kulitnya nipis-nipis kemudian jemur. Dah kering rebus dan minum.

Haritu jiran Fiza pun ada mencari buah mahkota dewa ni bila bersembang dengan dia. Balik kampung bawakkan anak pokok untuk makcik jiran tu. Punyalah suka dia dapat pokok buah mahkota dewa tu. Lepas dah tumbuh tu siap dia kongsikan benih dengan kawan dia pulak. Merata dah perginya pokok mahkota dewa dari kampung ni. Balik dari kampung kali ni Fiza bawakkan untuk seorang blogger pulak. Harapnya hidup tumbuh dengan baik.
anak pokok buah mahkota dewa


Buah mahkota dewa ni memang jarang orang tanam dan susah nak mencari. Bila ada mereka yang mencari, boleh je Fiza bagi. Kalau dekat la, kalau jauh dan kalau kebetulan takde buah tu memang tak dapatlah nak membantu. Buah mahkota dewa ni mempunyai banyak khasiat dan kegunaannnya dengan kandungan bahan yang tertentu untuk mengubati penyakit tertentu

Antara khasiat buah mahkota dewa

ALKALOID


  • Bersifat detoksifikasi, yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh kita

SAPONIN 


  • Sumber anti bakteria dan anti virus
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah
  • Mengurangkan penggumpalan darah

FLAVONOID


  • Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
  • Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.
  • Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari.
  • Mengandung antiinflamasi (antiradang).
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan.
  • Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

POLIFENOL


  • Berfungsi sebagai anti histamine (antialergi).

Antara penyakit yang boleh diubati dan dicegah dengan buah mahkota dewa


  • Demam Berdarah(Denggi)
  • Kanser & Tumor
  • Hati(Hepatetis)
  • Darah Tinggi(Hipertensi)
  • Stroke/Angin Ahmar
  • Penyakit Jantung
  • Kencing Manis/Diabetes
  • Ginjal/Cuci darah
  • Keputihan
  • Haid tidak lancar
  • Reumatik( Sakit Sendi)
  • Lemah Syahwat 
  • Gout & arthritis
  • Hepatitis (Radang Hati)
  • Eksim (Penyakit Kulit)
  • Penyakit Lumpuh
  • Kegemukan/obesiti
  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Jerawat (menghaluskan kulit)

Kredit : Sumber 

Semoga bermanfaat

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.