Pes Char Kuew Teow HangHungry Chef Sedap dan Murah

Wednesday, October 19, 2016


Dasar peminat char kuew teow betul Fiza ni. Disebabkan suka makan char kuew teow gigihkan siapkan stok pes char kuew teow tu bila habis. Dengan itu, bolehlah menjamu selera pagi, tengahari, dan malam dengan menu char kuew teow je sampaikan husband yang tak suka char kuew teow tu boleh tersuka tanpa sengaja. Dia makan char kuew teow isteri dia masak je katanya. Kemain ayat manis bersemut dia kan. Hari hari boleh request nak makan char kuew teow je pulak. 

Letih juga nak siapkan pes ni sebab nak kena siapkan sehari sebelumnya baru sedap di masak katanya. Fiza pun ikut je la undang-undang tersebut. Langgar pantang nanti tak sedap pulak. Tapi pernah je lepas siap pes terus guna. Pun sodap! Haha...Sedap di tekak sendiri, tekak orang lain tak tahu lah.

Kebetulan ada pulak kawan kongsi kat facebook pes char kuew teow hanghungry chef ni. Dengan tak menyabar, terus tanya lah kan. Nak tunggu apa lagi? Setelah merisik semua, dapatlah contact number. Bila stok pes Fiza menyusut, teruslah order sebotol pes ni untuk merasa. Manalah tahu lagi sedap dan lebih berbaloi dari buat sendiri.

Mula-mula macam nak order ke tak, nak order ke tak ye sebab risau kalau pes tu dalam botol kaca. Takut pecah je masa delivery. Bila tahu botol tu botol plastik, memang Fiza order je la. Sekurang-kurangkan risiko nak pecah tu kurang kalau dorang campak-campak parcel pun. Jauh betul Fiza fikirkan. Ye lah, kena fikir risiko juga kalau nak order bab makan secara pos ni.  Alhamdulillah parcel sampai dengan selamat hari ni, botol pes pun di balut dengan bubble wrap. Lagi kurangkan risiko rosak tu. Bagus! 


Punyalah teringin nak rasa sedap ke tidak guna pes char kuew teow ni, TERrajin lah kejap nak masak. Masak sikit je sebenarnya ni. Tapi ye lah, char kuew teow nampak sikit je tapi bila dah masak, dah kembang sikit nampak banyak. Fiza lebih suka gunakan kuew teow halus baru sedap dan lambat kembang. Kebetulan pulak tak cukup bahan. Takde kucai dah habis stok pulak, last stok malam tadi dah termasak cucur. Jadi, gunalah apa yang ada. Nasib ada taugeh. Kalau tak, tak bersayur lansung. Fiza mana boleh takde sayur ni. Peminat tegar sayur. 

Alhamdulillah dalam tak cukup bahan pun yang penting pes char kuew teow ni sedap! Makanya, sedap lah masakan char kuew teow ni. Tambah sikit kasih sayang. Bertambah sedaplah jawabnya! Hehe...


Jangan risau kalau tak tahu masak tu, kat botol ni ada cara masaknya. Ikut je dah pandai masak char kuew teow macam chef! Seriously sedap macam kat kedai tau! Lepas ni tak payah bersusah Fiza nak buat pes lagi. Jimat beli bahan. Harga pun kira berpatutan murah lagi nak beli untuk penggunaan yang banyak melainkan kalau hari-hari masak char kuew teow memang kena beli stok lebih lah. Pes dia pekat, sekali masak untuk satu hidangan cuma guna 2 sudu besar je.

Opss..kalau dah terliur dan korang peminat char kuew teow, beli je pes ni dan masak sendiri. Anytime boleh masak. Selain pes char kuew teow ada pes mee goreng mamak, rempah misteri dan lain-lain. Memang baguslah ada semua ni, memudahkan kerja memasak kat rumah. Lagi-lagi yang sibuk  dan nak cepat siap masak tu.

Instagram : www.instagram.com/hanghungry_chef
Contact : +60 13-266 2056

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.