Rawat Kulit Muka Dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

Friday, October 28, 2016



Rezeki dapat peluang mencuba produk rawatan kulit muka 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs ni disebabkan kerana kulit muka Fiza yang bermasalah ni. Jadi, kenalah dapatkan rawatan untuk baik pulih kulit yang tak sihat. Malah mencantikkan kulit muka. Semua orang nak cantik kan.


Antara masalah kulit muka Fiza seperti di bawah
SEBELUM
Misi Fiza pakai 3D Gold Stemcell Serum untuk masalah kulit yang Fiza dah bagitau kat atas tadi semestinya nak kawal minyak kulit muka, kecilkan liang pori, dapatkan kulit tona sekata, hilangkan gelap bawah mata, cerahkan kulit wajah dan anjalkan kulit muka. Kalau boleh nak semua elok jadi cantik dengan cara semulajadi menggunakan 3D Gold Stemcell Serum. Orang kata biar lambat asal selamat.

Setiap orang mempunyai masalah kulit berbeza dan sangat untung kalau dapat kulit yang sihat. Tak perlu lah nak berhabis duit membeli pelbagai jenis produk. Semua perempuan nak kulit flawless cantik. Nak tahu petua kulit flawless tak? Apa yang Fiza tahu, serum salah satu ubat masalah kulit dan terbaik untuk merawat kulit kerana sifat serum yang mudah meresap ke dalam kulit dan memberikan kesan yang cepat. Dengar-dengar 3D Gold Stemcell Serum boleh beri kesan se awal 10 hari. Betul ke?

Betul tak betul, Fiza sendiri dah guna dalam 2 minggu dah. Memang memberikan kesan yang bagus untuk kulit Fiza dan Fiza kongsikan di sini. Sebelum tu berkenalan sikit dengan produk ni.

Antara kandungan bahan-bahan  yang terdapat dalam 3D Gold Stemcell Serum serta cara penggunaannya.

Mempunyai penutup berbentuk daun yang comel ni untuk mengelakkan pembaziran serum kalau terpicit.



Cecair Serum. 

SELEPAS 
Pengunaan selama 2 minggu

Paling ketara Fiza rasa kulit muka terasa lembap tapi tak berminyak seperti selalu dalam masa yang sama tegangkan kulit muka yang menggeleber. Itu yang membuatkan Fiza rasa pori-pori mudah mengecil. Buat masa ni jerawat degil tak de tapi dengan menggunakan serum ni boleh juga kecutkan jerawat sebenarnya.

Warna kulit pun dah nampak sekata tanpa make up mahupun bermake up. Parut pun semakin pudar. Lepas ni lebih yakin tanpa make up gitu. Dah tahu dah kan cara hilangkan parut hitam, cara nak hilangkan jeragat, cara melembapkan kulit muka, cara hilangkan garis halus dan kedutan muka serta melindungi kulit muka dari sinaran UV dengan menggunakan  3D Gold Stemcell Serum je pun dah cukup dengan syarat rajin pakai dan perlu pakai secara konsisten untuk dapat hasil yang cepat. Kalau kejap pakai kejap tak, jangan salahkan produk kalau tak berhasil. Kalau ada kulit bermasalah seperti yang Fiza sebutkan tu, bolehlah cuba 3D Gold Stemcell Serum ni. Untung-untung comel dan cantik macam Duta dia jugak, Feeya Iskandar.

Untuk Pembelian

Hotline HQ : +6011 28090446
website www.mybeautyherbs.com.my


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

12 comments

  1. wahh mmg nampak flawless jer kulit fizah..

    ReplyDelete
  2. Packaging dia cantik. Tapi harga untuk student boleh nangis kalau terbeli tu . ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pakai berbulan tu. kalau sebulan je memang nangis.hee

      Delete
  3. nampak ada perubahan ni... kalau guna sokmo makin comel nanti hihihi kan

    ReplyDelete
  4. Best kan bila ade perubahan....hehe..meh ler singgah2 nona punyaaaa

    http://nonasani.blogspot.my/2016/10/kulit-sihat-bersama-3d-gold-stemcell.html

    ReplyDelete
  5. seronok bila dapat produk yang boleh mengatasi masalah pada kulit muka kita

    ReplyDelete
  6. Salam..Singgah dari Giveaway Review yang sama http://www.akifimtiyaz.com/2016/10/kulit-wajah-flawless-hanya-dengan-3d.html

    semoga berjaya..

    ReplyDelete
  7. Slm daripada Fiza. Semoga berjaya.. Singgah BW dr segmen yang sama.. http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/wajah-menawan-dengan-3d-gold-stemcell.html

    ReplyDelete

  8. Salam. Terima kasih hantaer entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Entri ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.