Menu Sihat Setiap Hari

Thursday, October 13, 2016


Kalau dulu makan tengahari atau malam mesti nak kena bertumis lauk bagai. Tapi sekarang Fiza dah mengamalkan menu sihat setiap hari. Secara tak lansung, dalam masa yang sama dapat menjimatkan bahan masakan dan juga serta merta menjimatkan masa. Almaklumlah orang sibuk kan.

Hari-hari makan tengahari Fiza akan masak ikan bakar gaulkan dengan garam sikit dan serbuk kunyit sikit nak lagi sedap. Sebenarnya lagi sihat kalau tak letak garam dan serbuk kunyit tu kan. Garam pun beri kesan pada pengambilan makanan setiap hari juga. Tak boleh terlebih dos. Sambal belacan wajib ada dan sayur pun Fiza cuma rebus je. Inilah menu lunch Fiza setiap hari. Tak pernah jemu pun malah sekarang dah kurang selera nak makan ayam. Tapi kekadang terlebih selera nak makan sampai nak tambah. Bahaya betul! Kena berjaga juga pengambilan nasi tu. Lagi sihat ambil sesenduk nasi je. Boleh ke tahan sesenduk nasi je? Confirm tak cukup kan. hehehe...


Bila dah kurang makan makanan yang bergoreng, berkuah, berlemak ni sekurang-kurangkan dapat mengurangkan lelemak dan kolestrol yang ada. Sejak makan menu sihat ni memang berkurang sikit berat badan. Menu sihat macam ni kadang-kadang Fiza ambil untuk lunch atau dinner. Kalau tak makan nasi malam, Fiza akan masak menu berasaskan mee, bihun or kuew teow. Terpaksalah menumis guna minyak sikit tapi masih dapat mengurangkan penggunaan minyak tu. Kebiasaannya akan masak char kuew teow lah sebab lebih cepat masak. Breakfast Fiza makan roti dengan air panas.

Tujuan makan menu sihat ni semestinya nak sihat dan nak kurangkan berat yang ada ni. At least dapatkan berat badan yang ideal. Dalam masa yang sama kenalah bersenam. Di sebabkan kurang bersenam, Fiza kurangkan pemakanan yang tidak sihat tu. Jadilah kan dapat juga turun kilogram walaupun sikit.

Untuk pengetahuan korang, sejak sebulan lebih Fiza masak menu sihat ni boleh jimatkan banyak benda. 
  • Mengurangkan penggunaan minyak. Lambat stok minyak nak habis.
  • Menjimatkan masa
  • Mengurangkan penggunaan bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
  • Jimat belanja nak restock barang dapur. Cuma perlu beli ikan,cili api dan sayur sebagai ulam. Ikan pun murah, ayam lebih mahal.
Sambal belacan tu biasa Fiza buat stok untuk beberapa hari. Dah jimat masa nak buat hari-hari kan. Blend je (cili api Fiza goreng dulu nak bagi lagi sedap, air asam jawa, sesudu gula dan jangan lupa belacan! Perah sikit limau kasturi nak lagi sedap. Fiza guna belacan yang bungkusan macam gula-gula tu. Belacan Udang terasi ABC beli kat Mydin).

Tapi kalau ada tetamu, Fiza masak menu lain. Tak best pulak kalau tetamu datang makan menu ni je kan. Menu ni tetap ada cuma ada tambahan lauk lain la.

Kalau korang jenis bawa bekal hari-hari pun boleh je gunakan menu ni. Nak bakar ikan tu, nak lagi cepat gunakan periuk/kuali ajaib. Balutkan je dengan aluminium foil. Kalau ikan cencaru 15 minit bakar, kemudian terbalikkan ambil masa 10 minit lagi. Kalau ikan kembung, selar kuning dan spesis yang sama Fiza cuma masa 10 minit dan terbalikkan ambil masa 5 minit je. Total masa 15 minit untuk masak ikan bakar kecil ni. Okaylah tu kan, sementara menunggu boleh buat kerja lain.

Menu sihat orang kampung namanya ni. Kalau menu sihat western banyak sikit kosnya kan. Cereal pun mahal tau! Jadi, ikutlah tekak dan kemampuan masing-masing. Yang penting, amalkan pemakanan yang sihat. Sesekali nak cheat day tu boleh. Kekadang tu pergi bercuti pun terpaksa lah mengorbankan menu sihat ni. Adeshhh...Dan lagi satu nak sihat kena banyak minum air masak. Bukan air manis. Yang bab tu akan cuba di pratikkan sebab susah sangat nak minum air masak secukupnya. Kalau minum air masak banyak sikit rasa nak termuntah. Tekak oh tekak, tolonglah bekerjsama sikit. Misi nak sihat dan kurangkan berat ni. Semoga tercapai. Aaaminn...

6 comments

  1. menu yang simple macam ni lah yang kadang buat rasa nak tambah nasi lagi. hehe.. lagi sedap kalau ikan bakar cicah air asam.. ada daun ubi kayu cicah dengan sambal belacan.. uiii.. sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan bakar cicah sambal air asam memang terbaiklah. Boleh buat tambah nasi tu..ada pulak tu pucuk ubi.wahhh..boleh rosak diet nampaknya..hihi

      Delete
  2. Akak. ikan bakar + budu pun umph tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ikan bakar cicah dengan apa pun sedap dan tambah selera :)

      Delete
  3. sedapnya.. inilah fevret busyra sebenarnya. ikan bakar dan ulam!

    ReplyDelete
  4. Salam kenal blog anda terbaik..tips sihat dgn makanan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.