Lakonan Beto Kusyairy

Mesti ramai peminat Abang Beto ni kan? Lakonan Beto Kusyairy yang menjadi, tak kira watak apa sekalipun. Tapi paling suka watak romantik kot. Sampai ada yang jatuh cinta dengan watak tu kan? 

Biasanya kalau tengok cerita, saya tengok siapa pelakon dia. Kalau pelakon okay mesti cerita pun best. Betul tak? Tapi lakonan Beto tak pernah mengecewakan.

lakonan-beto-kusyairy

Okay, siap short entry. Takde idea nak update entry. So update latest artwork pun boleh juga kan.

Beto Kusyairy Biodata

Beto Kusyairy (lahir Nurkusyairy Zakuan bin Osman; 19 Februari 1980) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal, antaranya :
  • KAMI The Movie (2008)
  • Nur Kasih The Movie (2011)
  • Istanbul Aku Datang! (2012)
  • Gila Baby (2014)

Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV : 
  • Kekasihku Seru (2008)
  • Juvana (2011)
  • Jangan Ambil Padang Kami (2012)
  • Hanya Padamu (2013)

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

sumber : wikipedia

15 comments:

  1. Betul..pelakon yang membawa watak..mainkan peranan penting sesebuah jalan cerita.

    ReplyDelete
  2. peminat setia dia nie .. anum memang akan tgk kalau dia berlakon

    ReplyDelete
  3. wahhh fiza..nmpk real beto nya..
    akak pun minat tgk lakonan die..

    ReplyDelete
  4. hencemmm abg betoooo, ahhah~ dy nampak simple dan sempoiii, suke anget !

    ReplyDelete
  5. ok la mamat ni ... suka jg tgk die belakon ...0 kontroversi

    ReplyDelete
  6. mula kenal betto ni masa dia berlakon dgn sharifah amani cerita apa tak ingat. tapi cerita tu dia koma.. minat lakonan dia dgn lisa surihani dalam Istanbul Aku Datang...

    ReplyDelete
  7. Suka lakonan beto sejak cerita juvana dulu. Orgnya pun humble.

    ReplyDelete
  8. aah pandai dia berlakon. banyak watak yg menjadi :)

    ReplyDelete
  9. Beyond mmg pelakon2 berbakat besar lakonan dia mantap

    ReplyDelete
  10. Yelah...suka jugak tengok drama yg dia berlakon...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.