Disebalik Bacaan Antara 2 Sujud Dalam Solat

Friday, November 20, 2020

سلام جمعة
Sampai lah kita di hari jumaat yang indah. Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah. Sejuk bangun subuh pagi ni. Adakah hujan masih turun sejak semalam? Semalam cuaca tak menentu, lama juga hujan lebat turun. 

Mendung tu dah tentulah.

Hari Jumaat ni, marilah kita ulangkaji dan tambah ilmu sikit Rahsia disebalik bacaan antara 2 sujud yang juga merupakan doa yang perlu kita hayati dan fahami. 

Sekadar menyebut hanya dibibir pun tidak cukup jika tidak tersentuh di hati kita. Perbaiki dan lebih menghayati bacaan dalam solat.

Disebalik Bacaan Antara 2 Sujud Dalam Solat
Kredit : Lia


Dengan penuh rasa rendah hati kita sebagai hamba Allah SWT, mohonlah keampuan dari-Nya.

Bacaan Duduk Diantara Dua Sujud dalam arab dan rumi serta maksudnya:


رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

Rabbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii warzuqnii wahdinii wa ‘aafinii wa’fu ‘annii

Maksudnya:
“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku, sayangilah aku, tutupilah kekuranganku, tinggikanlah darjatku, berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, berilah aku kesihatan dan maafkanlah aku.”

Rahsia Disebalik Bacaan Duduk Antara Dua Sujud


Rabbighfirlii / رَبِّ اغْفِرْ لِيْ : Ya tuhanku, ampunilah dosaku

Ia mengingatkan kita pada dosa yang telah dilakukan.dosa adalah beban yang menyebabkan kita berat melangkah menuju redha Allah SWT. dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

Warhamnii / وَارْحَمْنِيْ : Sayangilah aku

Ia mengingatkan hanya mengharapkan kasih sayang Allah berbanding cinta pada manusia.Jika kita disayangi Allah SWT, hidup akan terasa nyaman. Kerana dengan kasih sayang Allah SWT akan dapat dicapai semua cita-cita baik didunia mahupun akhirat.

Wajburnii / وَاجْبُرْنِيْ : Tutupilah kekuranganku

Ia mengingatkan banyak sekali kekurangan yang kita ada seperti kurang bersyukur, kurang sabar, mudah marah, pendendam dan sebagainya. Kekurangan ini sebenarnya hanya mampu ditutup/diperbaiki oleh Allah SWT, yang menjadikan kita dilihat seperti ‘insan sempurna’dimata manusia.

Warfa’nii / وَارفَعْنِيْ : Tinggikanlah darjatku

Meskipun kita mempunyai banyak dosa dan kekurangan, namun tetap mengharapkan agar Allah SWT dapat meninggikan darjat kita.

Warzuqnii / وَارْزُقْنِيْ : Berilah aku rezeki

Sebagai hamba, kita mengharapkan agar dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu mendatang kan rezeki dari arah yang tak terduga dari pelbagai cabang dan bentuk.

Wahdinii / وَاهْدِنِيْ :Berilah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan

Pengharapan agar diberikan jalan petunjuk dan keredhaan menuju jalan Allah. Diberi jalan keluar,penyelesaian dan kekuatan jiwa diatas segala kesukaran dan masalah yang dihadapi.

Wa ‘aafinii / وَعَافِنِيْ : Berilah aku kesihatan

Pengharapan kesihatan yang baik agar dapat memberi kebaikan dan manfa’at serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”

Wa’fu ‘annii / وَاعْفُ عَنِّيْ : Aku mohon maafkanlah segala kesalahan ku

Permulaan dan pengakhiran bacaan doa disertai pengharapan pengampunan kepada Allah. Meskipun sering lalai dalam melakukan pelbagai dosa dan kesilapan, tetap mengharapkan keampunan dariNya dan mengharapkan agar doa diperkenankan.

Betapa besar maksud dan rahsia disebalik bacaan antara 2 sujud dalam solat ni. Renung-renungkan lah dan selamat beramal.

Sumber : https://www.satkoba.bbn.my/2019/10/rahsia-disebalik-bacaan-duduk-antara-dua-sujud/

9 comments

  1. Selalu lupa keseluruhan maksud, selalu ingat ampuni aku, kasihani aku dan berikan aku rezeki.
    Terima kasih segarkan balik maksud dan huraian.
    Semoga Jumaat ini memberi berkat kepada kita semua.

    ReplyDelete
  2. Sempurna sungguh bacaan antara dua sujud, doa yang cantik bergantung herapa hanya kepada-Nya.

    ReplyDelete
  3. bacaan antara dua sujud ni antara yang paling akak suka sebab bila kita fahami, ia sebenarnya doa untuk diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  4. nampak ringkas tapi cantik je isi doanya. nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. thanks sharing Fiza.
    kdg2 benda ni simple kita tak ambil pusing pun kan,
    tapi bila dah faham maksud, barulah terasa di hati betapa seronoknya baca bacaan antara dua sujud ni. Kita bergantung sepenuhnya pada Ilahi.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.