Buah Nanas Vs Buah Naga

Saturday, November 14, 2020

Buah Nanas vs Buah Naga. Mana satu  kegemaran kau orang? Kalau Fiza, pilih dua-dua sebab dua-dua pun sedap. Susah nak membuat pilihan, kan?

Merujuk kepada dewan bahasa dan pustaka : http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=nanas
[na.nas] | نانس
Definisi : sj tumbuhan (buahnya boleh dimakan), Ananas sativus; ~ belanda = ~ kista = ~ seberang = ~ tali sj nanas yg serat daunnya boleh dibuat tali dll, Agave cantala; ~ hijau sj nanas yg boleh dibuat ubat, Ananas comosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Bukan nenas ye. Memang sebutan nenas tapi jangan sekali kali gunakan perkataan nenas untuk pembelajaran sebab yang sebetulnya adalah 'nanas'.

Dalam masyarakat melayu menganggap buah nanas ni 'tajam'. Tajam yang macamana tu? Paling biasa kita dengar kalau makan buah nanas ni boleh menyebabkan keguguran kalau mengandung. 

Banyak khasiat buah nanas dan kebaikan buah nanas ni. Cuma kita kurang explore tentang kebaikan nanas untuk wanita. Sebab dah biasa di momokkan dengan kepercayaan orang dulu dulu sampai takut nak makan nanas.

Tricks Editing Buah Nanas Buah Naga
Tricks editing buah nanas buah nanas

Nanas

Nama saintifik: Ananas comosus ialah sejenis tumbuhan tropikal dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae). Asalnya berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas tumbuh yang rendah seperti pokok herba (herbaceous perennial). Mempunyai daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.

Buah Nanas

Buah nanas juga tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu sejenis buah yang hanya masak di pokok. Nanas dalam bahasa inggeris disebut pineapple kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain.


Tahukah Anda?

Perkataan asal nanas dari orang Tupi adalah anana, yang memberi makna "buah yang sangat baik".

Bukan hanya buah nanas saja mempunyai khasiatnya. Empulur nanas pun ada khasiatnya. Macam tak percaya kan? Selalu kita main buang je dan makan isi je. Boleh baca dalam khasiat nanas kat bawah ni. Baca lagi okay.

7 Kebaikan Nanas

1. Meningkatkan Kesuburan
Nanas cukup kaya dengan antioksidan. Apa yang menarik, kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas yang berupaya menjejaskan sistem peranakan.


Kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah nenas seperti vitamin C, bera-carotene serta vitamin-vitamin dan meneral seperti kuprum, semuanya mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Antioksidan terbukti mampu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dengan baik dalam pembentukan organ-organ peranakan, sekaligus dapat meningkatkan kadar penghasilan sperma.
Tidak hairanlah pakar-pakar perubatan menyarankan mereka yang sedang beruaha untuk hamil untuk memperbanyakkan pengambilan buah nenas dalam diet harian mereka.

2. Baik Untuk Tulang
Nenas juga baik dalam membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Warga emas sangat digalakkan untuk memakan buah nanas bagi menguatkan tulang. Namun hakikatnya, penjagaan tulang haruslah bermula sedari usia muda lagi.

3. Mengurangkan Risiko Sakit Mata
Nanas sangat bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak. Katarak biasanya terjadi ketika usia semakin meningkat. Nanas yang kaya dengan vitamin C dan antioksidanya terbukti secara klinikal dapat mengelakkan katarak.

4. Mengekalkan Kesihatan Jantung
Kandungan kalium yang ada pada buah nanas dapat mengimbangi kandungan air dalam badan dan mengurangkan risiko hipertensi. Selain itu, kandungan vitamin C yang ada pada buah nanas dapat mencegah gangguan pada saluran darah akibat ketebalan kolestrol yang tidak baik.

5. Membantu Mengurangkan Lemak
Nanas mengandungi gula semulajadi yang cukup baik untuk tubuh dan mencetuskan pembakaran leak dalam badan untuk berjalan lancar. Bagi mereka yang ingin menguruskan badan, jangan lupa untuk jadikan nanas sebagai pencuci mulut setiap hari anda.

6. Mengatasi Masalah Gout
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr Suri Roowi, nanas dan betik adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ianya disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yang dikenali sebagai papain dan bromelain. Bromelain banyak terdapat dalam empulur nanas.

Bromelain boleh membantu mengurai asid urik kristal dan mengurangkan kesakitan disebabkan oleh gout. Ia banyak terkandung pada bahagian tangkai buah nanas, kulit, jambul dan empulur (empulur nanas pada bahagian yang biasa dimakan). Bromelain ini juga terdapat dalam isi nanas tetapi pada kadar kuantiti yang rendah.

7. Untuk Kecantikan Wajah
Sekumpulan saintis berpengalaman dari SIRIM Berhad yang diketuai oleh Dr Nurul Izza Nordin telah menjalankan penyelidikan tentang enzim bromelain yang terdapat dalam nanas dan khasiatnya kepada kulit wajah.

Melalui perbagai kajian yang memakan modal hampir ratusan ribu ringgit selama lebih daripada dua tahun, para penyelidik ini akhirnya dapat menemui rawatan yang sangat efektif dan berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit.

kredit artikel khasiat nanas dari : https://www.facebook.com/ensutouchHQ/posts/7-kelebihan-buah-nanas-yang-ramai-orang-tidak-tahunanas-atau-nenas-merupakan-sal/2818025678218638/

Buah Naga

Pokok buah naga atau mata naga adalah tumbuhan jenis kaktus dalam famili Cactaceae. Asalnya dari Amerika Selatan. Dikenali juga dengan nama pitaya atau pitahaya (Amerika Selatan), pitaya atau Kew Mang Kron (Thailand), Honey fruit atau red dragon fruit (Amerika Syarikat) atau paw wong fa kar (China).

Buah naga dalam bahasa inggeris di panggil Dragon fruit. Ditanam secara komersial di Veitnam, Thailand dan Taiwan. Buah naga daripada genus Cereus bermaksud kembang malam. Seperti kembangnya bunga mata naga yang hanya kembang di waktu malam.

Pokok buah naga banyak ditanam secara komersial di Vietnam, Thailand, dan Taiwan. Tekstur isi buah naga seperti buah tembikai dengan taburan biji bewarna hitam. Rasanya seperti buah kiwi dan terdapat dalam beberapa warna seperti warna putih, merah dan ungu. 

Buah naga merupakan buah eksotik yang sedap dimakan begitu saja. Boleh juga dibuat minuman, salad buah, aiskrim dan banyak kali. Makan macam tu pun dah cukup sedap dah.


Buah Naga

Khasiat buah naga

1. Antipenuaan
Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.

Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.

2. Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.

Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.

3. Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

4. Diabetes
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.

Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.

5. Penghadaman
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.

6. Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.

Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.

kredit artikel khasiat buah naga : https://www.hmetro.com.my/node/152514

Buah nanas dan buah naga kedua duanya mempunyai kandungan antioksidan dan kaya dengan vitamin C serta ada khasiat yang tersendiri. Kedua duanya sedap di makan. Paling suka makan nanas madu. Kurang sikit rasa tajam dia dan lidah pun tak kebas kalau makan banyak.

Buah naga pula suka buah naga merah. Tak tahu apa beza buah naga merah, putih dan purple. Yang tahu warna dia berbeza je. Dari segi rasa tak pasti sebab jarang makan buah naga dan tak dapat nak dibandingkan. 

Kau orang suka buah mana satu?


28 comments

  1. Lebih suka pada ubah naga sebab senak kopek tapi di rumah memang ada sahaja stok nanas sebab emak suka makan. Sesekali makan nanas tapi tidak banyak.
    Betul itu nanas madu kurang lidas dan kecil saiz jadi mudah habiskan sekali makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah naga belah dua makan guna sudu pun senang dah kan. buah nanas kalau manis baru boleh makan. kalau masam, lambat nak habis.

      Delete
  2. Dua dua suka. tapi nenas kalau salah pilih adooo, tajamnya di lidah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Makan sikit lepas tu malas nak makan dah kan.

      Delete
  3. saya mestilah suka buah naga berbanding buah nanas..

    buah nanas boleh merengsa lidah jika dimakan terlalu banyak...sedangkan buah naga ok jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat buah naga sebab lebih mesra dengan lidah gitu kan.

      Delete
  4. Aduduu tetiba teringin nak makan nenas cicah kuah rojak pekat pastu tabur kacang tumbuk 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduuhhh..tetiba teringin pulak makan style ni. persoalannya mana nak cari kuah rojak dengan kacang tu. huhu..sedapnya! kecur air liur.

      Delete
  5. Wah, dua-dua banyak khasiat ye. Bagi akak, lebih suka nanas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. baru jumpa geng peminat nanas. ramai orang suka buah naga.

      Delete
  6. saya tak pernah makan buah naga lagi , betul tu selalu ckp tak boleh makan nenas banyak sgt tak elok lah waktu period .

    lepasni boleh ganti kunyah jajan dengan kunyah buah je lebih sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada rezeki rasa buah naga nanti. Aaminn

      Kerepek nanas pun sedap tau.

      Delete
  7. Dua-dua suka, tapi lebih suka nanas dengan syarat nanas manis...hehehehe!

    ReplyDelete
  8. lama tak minum jus nenas fresh. nak orderlah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu nanas fresh. Pernah minum noneh kocak eden cowboy tu tak kak? sodap!

      Delete
  9. Kalau Kakmim prefer nanas!! Hehehe.. buah naga merah ninkalau spesis yg manis mmg sedapppo sgt tp yg putih tu x best la.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay peminat nanas dah muncul. hihi.. yang putih tu rasa dia lain sikit eh kakmim?

      Delete
  10. Saya suka makan buah nanas. buah naga x, sebab mgkin jarang beli. jadi xbiasa heheh btw nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay, peminat nanas lagi. Ye lah kan, buah naga susah nak dapat. Mungkin sebab tu orang tak pandang sangat dan kurang diminati mungkin.

      Delete
  11. Kurang minat naga.. tapi boleh je telan... Buah nanas, sy sukaaa.. sebab boleh lancarkan penghadaman gitu.. cuci usus.. tapi makan yang masam bebanyak tu.. lidah jadi lidas plak... hahaa.. tapi tetap puas hatii kalau makan tu, paus betul rasanyaa

    ReplyDelete
  12. Laahh..bru tahu, sebelum ni sllu baca kat mana2 di tulis "NENAS"..

    Btw..info yg menarik.. _thumbs-up_

    ReplyDelete
  13. cantik betul fiza buat gambar tu.
    kuning buah naga, merah buah nenas. terbaik.
    aida suka buah semua ni. pantang jumpa, ngap aje!
    esok nak roger la adik jual nenas.
    delivery ke rumah aje fiza. siap potong.

    ReplyDelete
  14. Peminat buah naga singgah sini.. hehee. Actually makan je dua2. Tapi lebih gemar buah naga lagi...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.