Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Tuesday, November 10, 2020

Tiada lagi BSH (Bantuan Sara Hidup) tapi bantuan tunai masih diteruskan lagi. BSH tahun 2021, akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Ianya telah diumumkan dalam pembentangan belanjawan 2021 pada 6 November 2020 beberapa hari lepas oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jumlah peruntukan sebanyak RM6.5 bilion akan memanfaatkan kepada 8.1 juta orang rakyat Malaysia.
Jumlah bayaran BPR 2021 juga telah dinaikkan seperti yang telah diumumkan 

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Kredit : mysumber




Bayaran BPR 2021


GOLONGANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG)RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG)RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
(BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS)
RM350

Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Pendaftaran dan permohonan baru akan dibuka sebelum hujung Januari 2021. Link akan dikemaskini oleh LHDN.

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Bayaran BPR akan dibuat dua kali, bayaran pertama sebelum Hari Raya 2021.

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat

Link akan dikemaskini selepas permohonan link BPR di buka.

Perlukah membuat permohonan baharu?

Ianya akan menggunakan database dalam BSH sebelum ini.

Kerajaan turut memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan PRIHATIN bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.
  • Bermula suku pertama 2021, lebih kurang 8 juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 ringgit seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.
  • Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.
  • Pada masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma.
Sumber : rakyatnews.my

Syukur, masih ada peruntukan bantuan untuk rakyat. Semoga dapat memanfaatkan bagi mereka yang layak dan memerlukan. Ramai yang terkesan dengan pandemik covid-19. 

Ada yang kehilangan punca pendapatan, ada yang hilang pekerjaan dan bermacam-macam masalah eknonomi family.

Banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan sejak pandemik ni. Harap ekonomi kerajaan juga kembali pulih juga. Semoga pandemik ini akan berakhir dan terus lenyap dari muka bumi. Aaminnn...




5 comments

  1. tak pernah merasa bantuan apa-apa sejak PKP... sadis huhuhu

    ReplyDelete
  2. Saya tak sempat ikuti perkembangan BPR. Dengar-dengar begitu sajalah dari suami dan group WhatsAap kawan-kawan. Moga rakyat terus mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tq fiza kongsi info ni..baru dpt baca..masa pbentangan tu shida xtgk xdpt nk fokus pn..

    ReplyDelete
  4. Gunakan dengan bijak.
    Memang tidak mohon.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.