Kiosk Tukar Kad Debit Maybank

Monday, November 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Adik kakak abang pakcik makcik semua yang ada kad debit maybank dah tukar ke belum kad debit yang baru? Kena tukar sebelum 31 Disember 2016 kan? Kalau tak berkesempatan nak ke Maybank Office, sekarang dah ada kiosk tukar kad debit maybank selain tukar secara online dan di poskan ke rumah. Sama je mudahnya. Ikut kesenangan masing-masing nak buat yang mana satu.

Bagi yang ada lebih masa tu bolehlah pergi Kiosk tukar kad debit Maybank yang berdekatan. Self service je. Jadi, tak perlu nak tunggu nombor giliran dan bersesak dalam office maybank tu. Tapi kalau kiosk ni ramai orang, kenalah bawak-bawak bersabar tunggu giliran juga. Yang penting, cara tukar debit kad menggunakan kiosk lebih mudah lah dari masuk office tu. Ikut je langkah-langkah yang diberitahu dan dalam beberapa minit je dah siap. Jimat masa juga ni.

Cara ringkas tukar kad debit maybank melalui mesin layan diri :

A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.

B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).

C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.
Dalam Seminit je dah siap katanya. Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Mudah sangat tu kan?

Buat masa sekarang, hanya ada beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.


Waktu operasi :
Cawangan Maybank terpilih :
6 pagi - 12 tengah malam

Cawangan Maybank di Pasaraya :
Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi - 10 malam)

Jangan lepas ni jammed pulak kat kiosk ni. Hehe. Okaylah kan ada pilihan macam ni. Sekurang-kuranglah lebih banyak pilihan pengguna ada. 

Kredit : Firdaus Pay - FP -
9 comments on "Kiosk Tukar Kad Debit Maybank"
  1. kan bgus stiap negeri cwgn utama tu dh ada kiosk

    ReplyDelete
  2. Wowwww....bagus inisiatif Maybank ni. Memudahkan pengguna.

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  3. bgs untuk perkhidmatan lebih cepat dan mudah .... klu nk Q kat kaunter mmg lama ... ni trs dpt kad ke

    ReplyDelete
  4. Makin mudah sekarang nak tukar kad debit maybank..

    AM buat online je tapi punya la lama masa nak sampai kat AM.
    Paling tak tahan kena pi ambil kat City Link pulak tu..Adeiii

    Posting terbaru AM
    5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  5. memnag bagus..tak yah beratur tunggu nombor

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature