Resepi Homemade Black Pearl Mudah

Tuesday, October 20, 2015

Kalau beli air cool blog, chatime, each a cup dan yang sama jenis air macam tu wajib tambah black pearl. Sebabnya suka main gigit black pearl yang kenyal² tu bila minum air. Mencari jugak kalau kat shopping mall ada jual ke kan. Tapi tak pernah jumpa.

Yang jumpa resepi homemade black pearl dari facebook perkongsian dari kakak faa katanya. So Fiza parking dulu dalam blog, nanti kalau rajin boleh buat.
http://www.azhafizah.com/
sumber gambar dari #dapurfaafeefoo

Resepi Homemade Black Pearl.

Bahan Bahan
1 cawan tepung ubi
1/2 cawan air (untuk uli doh. Tak guna habis)
pewarna hitam (guna pewarna biru+merah+hijau sampai dapat warna hitam. Tp tak hitam laa, blue black pearl.)
secubit garam halus
10 cwn air
1 cwn gula
3 helai daun pandan dikoyak

Cara Cara
  1. Masukkan 10 cawan air + gula dan daun pandan dalam periuk. Biar mendidih api sederhana.
  2. Gaul tepung ubi ngan garam sampai rata. Masukkan air sikit demi sikit sambil diuli. Uli sampai tak melekat kat tgn. Masukkan pewarna dan uli lagi.
  3. Bila air dah mendidih gentel doh  bulat² kecik (pastikan muat straw besar) dan terus msukkan dalam air mendidih tadi.
  4. Buat sampai habis doh. Bila dah habis, kecikkan api dan masak dlm 30-40 minit sampai pearl betul² masak dan air kering. (Nak tahu dah masak, kita gigit takde rasa tepung kat tengah)
  5. Tapis dan basuh bawah air paip. Letak dalam balang dan letak air gula (air yg dimasak dengan sedikit gula). Letak dalam peti ais. Bila nak makan,  cedok je.

Nampak mudah kan? So kena tunggu kerajinan tu sampai baru kita buat..

7 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.