Resepi Ala Ala Shell Out

Thursday, October 15, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Restaurant Shell Out  yang memperkenalkan pelbagai jenis seafood yang dihidangkan sekali banyak dalam parchment paper putih atas meja memang boleh buat kecur air liur. Ramai dah mencuba sebab dah menjadi viral di laman sosial. Kita yang jauh ni hanya mampu sekadar tengok dari jauh je la. Nak pergi jauh pulak kan. Risau juga dengan harga tu sebab seafood dah tentu agak mahal.

Jadinya kalau nak merasa. kita buat sendiri je la. Resepi Ala Ala Shell Out yang telah dikongsikan di facebook. So Fiza kongsi kat sini so senang nanti nak mencari resepi. Korang nak cuba buat pun boleh.
http://www.azhafizah.com/
Sumber dari facebook
Katanya style hidangan ikut macam Shell Out tapi cara masak ikut tukang masak yang share resepi ni. Bahan sebenar tak lari dari bahan asas yang biasa digunakan seharian. Boleh di masak ikut selera sendiri. Kuantiti bahan boleh agak² ikut kuantiti seafood banyak mana yang nak di masak.

Mula mula kena buat pes dulu.
Bahan Pes : Blender Cili kering direbus + bawang besar + bawang merah + bawang putih + halia kemudian ditumis dgn sedikit minyak dan dua tiga asam keping.

Masak ketam
Panaskan minyak
Senduk pes diatas secukup denganketam yang dimasak
Tambah sos cili sos tomato sos tiram sos ikan (kalau guna sos ikan tak payah garam)
Cube ikan bilis
Sedikit gula
Serbuk cili
Sedikit air
Masuk ketam
Tutup kuali supaya ketam masak
Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali.. balik² kan ketam dan tutup kuali
Siap di masak.

Masak udang
Udang dibasuh bersih.
Ketuk beberapa bwg putih
Masuk sedikit pes diatas
Tambah sos cili
Masak kering sedikit
Masuk udang kacau dan tutup kuali sekejap..kacau sekejap siap

Masak sotong
Sotong dipotong²
Perap garam kunyit
Ambil sedikit pes diatas
Campur cube bilis
Sedikit gula
Lumur pada sotong
Letak atas non stick kuali
Balik² kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup nanti sotong berair dan lembik)
Kupang lala scallop same seperti buat sambal tumis bilis

Sayur
Brocolli bunga kobis putik jagung carrot celur dlm air garam toskan..
Dressing mayonis campur sos cili jadi thousand island

Hidangkan diatas parchment paper putih dan sertakan nasi jika mahu.

Mudah je kan nak buatnya. Sesuailah untuk hidangan satu family makan beramai ramai. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang pun kenyang. Pencinta seafood perlu cuba ni.

Credit tuan punya resepi 
17 comments on "Resepi Ala Ala Shell Out"
  1. macam menarik ni, kelihatannya pun macam sedap...

    ReplyDelete
  2. merembes air liur akak...dah la akak ni hantu seafood

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.. Tapi akk tak blh mkn mknn laut.. Alergik.. Blh tgk je la..

    ReplyDelete
  4. makan seafood mmg sedap.. klau yang allergy dgn seafood mmg mengidap lah lepas makan seafood..
    apa2 pun seafood kat Shell out mmg sedap..

    ReplyDelete
  5. huhu petang2 mcm ni tgk gambar makanan terus lapar...

    ReplyDelete
  6. Ramai tengok orang buat sendiri kat rumah.. Nak try juga nanti... Lapar terus perut malam ni

    ReplyDelete
  7. dekat kota kinabalu sabah ada 1 macam ni A'a. tapi tak sempat lagi nak mencuba. seafood agak mahal dekat semenanjung kan? dekat kota kinabalu sabah, katanya syurga makanan seafood bagai. lebih murah dari semenanjung. khabarnyalah. hehe.

    ReplyDelete
  8. Semua seafood tu tak boleh masak sekali ke? Hehe :D Ke mmg kena asing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je..cuma kalau campur nanti bercampur rasa..kalau asing asingkan ada rasa authentic di situ :). Ikut selera masing masing

      Delete
  9. Semua seafood tu tak boleh masak sekali ke? Hehe. Ke mmg kena asing2..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature