Pertama Kali Kena Ambil Darah

Friday, October 02, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Lukanya masih ada, sakitnya juga masih ada kalau di tekan tempat amek darah tu. Pengalaman pertama kali kena ambil darah untuk 5 tabung uji darah sampel darah. Ingatkan cucuk biasa amek sikit je sekali dengar untuk 5 tabung uji tu. Matilah nakkkk.

Sempat lagi tanya nurse tu. Sakit tak? Sekali dia cucuk dengan jarum besar dan sedut darah guna picagari tu selamber je..Masa cucuk jarum tu memang terasa sakit. Fiza bukanlah jenis orang yang takut tengok darah. Boleh di kira agak berani jugaklah.

Tapi disebabkan doktor dah suruh puasa so pergi amek darah tanpa breakfast lah. Memang perut kosong. Di tambah pulak amek darah yang banyak memang boleh pitam. Second picagari dah rasa mata dah gelap macam nak pitam tapi doa banyak² supaya Allah mempermudahkan urusan. 

pertama-kali-kena-ambil-darah

Alhamdulillah berjaya amek darah sebanyak 5 sampel untuk di hantar ke makmal. Untuk apa? Nantilah kalau Fiza rasa sedia untuk diceritakan. Harapnya keputusan sebulan akan datang bawak berita gembira.
pertama-kali-kena-ambil-darah

Rasa lepas ni tobat takmo kena amek darah lagi..pingsan macam ni. Dahlah Fiza ni tak pernah lansung masuk wad seumur hidup. Pengalaman macam ni buat Fiza takut tapi dalam masa yang sama kuat semangat..haa macamana tu kan. Apepun semuanya kena hadapi dengan sabar dan sentiasa kena kuat.

Bila dah rasa sakit kena amek darah buat Fiza lagi takut nak derma darah. Padahal darah jenis O penderma universal tu..Bukan kedekut tapi penakut! Kagum dengan orang yang kuat selalu derma darah.

Perlukan rehat yang banyakkkkkkkk
With Love, Sihatimerahjambu

12 comments

  1. saya pula tidak takut dengan jarum... tetapi jarum yang menakutkan saya :P

    ReplyDelete
  2. 5 tabung ke sekali ambil???
    Untuk apa??
    AM sepanjang hayat 28tahun nie baru 2 kali ambil darah..
    1st suspek denggi tahun lepas..Doc ambil gan jarum besar..
    2nd ambil darah dengan nurse untuk check hormon sikit je la..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  3. moga kptusan baik2 ya fiza..

    heee yui suka derma drh =)

    ReplyDelete
  4. Haida mula2 amik darah pun takut jugak.. hehehe.. tp rupenye tak la sakit mana kalau betol gayanya... tp pengalaman msk emergency doktor cucuk untuk masuk air tu mmg sakit.. 5 6 kali dia buat.. sampai kite jd stress sbb sakit... huhuhu...ape pun haida harap keputusan nnt semua ok ye...

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat...
    semoga semuanya baik² sahaja...
    nieyl first time mmg agak takut jugak amek darah nie..
    tapi lelama okey dahhh :)

    ReplyDelete
  6. dah jadi pengalaman yang menakutkan pula yer... sabar yer

    ReplyDelete
  7. kalau kat tangan tu sakit fiza.. nape kat situ? urat kat pelipat lengan xnampak ye.. kalau kat pelipat lengan tu xsakit sangat sbb sana urat besar!

    ReplyDelete
  8. moga keputusan baik2 je fiza.. jijah tiap2 2mggu amik darah.. tp kat lengan xsakit sgt!

    ReplyDelete
  9. terus terang ~ aida x pernah derma darah.
    amik darah ~ few times la, time pregnant :)
    takut nyer la nak kena cucuk tu, fiza :(

    aida juga doa agar keputusan nyer menggembirakan in shaa Allah.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.