Masalah Membeli Jubah

Friday, October 23, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sekarang ni dah tak beli dah baju kurung, lebih suka membeli jubah je. Senang boleh pakai bila bila masa je, lebih selesa dan aurat terjaga. Dalam memilih jubah, jangan sesekali beli jenis lycra yang kain mudah melekap di badan tu dan pilihlah yang lebih longgar. Pastikan juga supaya pakai kain kat dalam supaya garisan dalaman tak nampak di luaran ye. Faham maksudnya kan?

Paling Fiza suka fesyen jubah dari calaqisya. Memang sentiasa menepati citarasa. Tak kedekut kain. Semua longgar longgar je. Suka!  Nak bergerak pun senang dan lebih selesa of course!
http://www.azhafizah.com/
Baru beli satu lagi jubah calaqisya. 
Fiza ni ada masalah kalau beli jubah. Masalahnya ialah jubah mesti terlebih panjang. Ye lah kan, dah nama pun orang rendah, memang kena potong jubah kalau beli tu. Biasanya hantar potong dan jahit kat kedai je. Lepas potong Fiza suruh tukang jahit tu jahit tepi halus je senang tak perlu jahit kelim nak melipat bagai.

Jahit tepi halus cepat sikit siap dan lebih flowy kat bawah tu. Tengok perbezaan antara dua ni. Jahit tepi halus sebelah kiri dan jahit lipatan asal. Kalau beli jubah jangan harap nak pakai terus, memang kena tunggu potong baru boleh pakai. Seronok kalau beli jubah yang betul² ikut size kita kan..Itu kalau nak, kenalah tempah kan. Gerenti ikut size sendiri. hehe

http://www.azhafizah.com/

Kain lebih tu simpan je. Kotlah berguna jugak nanti. Banyak juga tu potong 6inci. huhu

Thanks husband sebab rajin singgah butik calaqisya belikan untuk isteri tersayang ni. Fiza send gambar je husband balik dah belikan. Manis sangat!
With Love, Sihatimerahjambu

7 comments

  1. kan..senang nak memakai..akak pun sekarang ni rasa nak kumpul jubah je.jubah dah banyak yang murah2 dan mampu milik

    ReplyDelete
  2. So sweet..hubby tolong belikan.. Syira pun suka sgt jubah calaqisya.. dh ada few collection dr butik CQ b plan nk tmbh lg koleksi..hee

    ReplyDelete
  3. Sama lah...akak pun klu beli jubah mesti nak kena potong juga sebab akak pun pendek...hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.