Hari Jumaat lepas, malam tu ambil anak buah di USIM lepas dia habis orientasi jam 10 lebih, kemudian ke KKNC ambil barang-barang dia. Hari Sabtu dan Ahad tak ada aktiviti dan orientasi pun dah habis. Jadi, saya ajak datang rumah lah. Nak balik rumah jauh pula.

Boleh juga rehat hujung minggu. 3 hari orientasi tak sempat nak rehat katanya. Hari-hari sampai malam programnya. Sampai di bilik dah jam 12 lebih. Kesian betul! Begitulah orientasi. Kita pun pernah mengalaminya dulu kan. 

Dalam perjalanan ke rumah tu dah jam 11 lebih, kami makan lewat malam di Manshor Cofee sebab Cafe ni paling lambat tutup beroperasi sampai jam 1.00 pagi. 

Manshor Coffee Lavender Heights

Oleh kerana dah lewat, ruang lagi satu tak dibuka. Pelanggan pun tak ramai sangat dah. Ada yang lepak di luar dan di dalam pun ada dua tiga meja je yang masih berpenghuni.

Kami duduk di ruang berhampiran dengan kaunter. Ini dah kali keberapa entah makan kat sini. Tapi baru pertama kali duduk di ruang ni. Biasanyalah pilih di ruang sebelah. Cuma ruang luar je rasa macam tak teringin lagi sebab duduk dalam lagi selesa.

Candelier Manshor Coffee

Sambil menunggu pesanan siap, ambil gambar di ruangan sini. Banyak sudut yang menarik di bahagian ni. 

Terendak Lampu Manshor Coffee
cantik terendak lampu ni


POV Exit Manshor Coffee
POV Exit

Cantik ruang sebelah sini pun. Dimana-mana pun selesa dan menarik. Banyak pokok-pokok berdaun hijau yang cantik sedap mata memandang. Tak nampak serabut walaupun banyak pokok-pokok hijau. 

Coffee Area Manshor Coffee
ruang Barista berkarya

Oleh kerana dah makan malam, kami supper (makan lewat malam) yang ringkas je. Saya pesan signature chocolate panas kongsi minum dengan Encik Suami. Ubah selera. Asyik kopi je kan, kalini pesan minuman coklat.

Signature Chocolate Manshor Coffee

Sedap pekat rasa coklatnya. Cantik pula hot chocolate art dia. Nampak jelas kelihatan bunga tulipnya tu.

Anak buah pula pesan orang juice cold pressed dihiasi dengan daun pudina dan sehiris buah limau gedang (grapefruit). Masam ya amat sebab rasa limau gedang tu macam terlebih rasa berbanding oren walaupun serhiris je. Tapi rasa minuman ni menyegarkan tekak.

Orange Juice Pressed Cold Manshor Coffee

Saya pesan cucur udang Bonda Esah buat rasa-rasa je. Dia punya food presentation kemain lain dengan hiasan timun, lobak merah dan cherry tomato.

Cucur Udang Bonda Esah Manshor Coffee

Cucur udang yang rangup, makan petang-petang dengan kopi panas sedap ni. Cuma udang je kurang meriah. 

Anak buah order classic dory carbonara. Memang authentic carbonara sebab menggunakan kuning telur. Cuma tak kena sangat dengan selera kami. Saya rasa segarpu je. Jenuh juga nak menghabiskan.

Classic Dory Carbonara Manshor Coffee

Kalau datang sini mesti pesan Petit Gayo Tiramisu. Takkan tidak. Nak bagi anak buah merasa tiramisu yang sedap di Seremban ni. Dah banyak kali makan di sini, pertama kali menu yang kurang kena dengan selera. 

Petit Gayo Tiramisu Manshor Coffee

Licin habis makan tiramisu. Ruang ada cermin ni boleh nampak ruang sebelah. Last pelanggan ruang sebelah sana dah balik barulah saya ambil gambar.

Dine in Manshor Coffee

Total harga semuanya RM105.38. Dalam nak makan ringan-ringan, tapi penuh perut juga dibuatnya. 
Harga Menu Manshor Coffee