Ajak Encik Suami keluar shopping. Dah lama tak keluar jalan-jalan sejak buat pembedahan mata dan Encik Suami pun sibuk dengan kerja. Bosan pula. Kalau jalan-jalan okay je tak langgar pantang. Buat kerja berat atau aktiviti lain tu yang kena pantang banyak.
Kami pergi AEON Nilai sebab nak pergi Decathlon yang baru buka tu. Nak pergi Uniqlo juga sebab nak shopping dan nak dapat free canvas tote bag sempena Thank You festival. Nak pergi Hegira juga nak beli tudung sarung.
Alang-alang dah pergi AEON Nilai, Encik Suami nak beli sunglasses baru di Focus Point.

Encik Suami belek-belek mana yang berkenan dan cuba beberapa model cermin mata hitam. Sedang sibuk memilih tu, staff kata sekarang ada promo buy 1 free 1 untuk cermin mta hitam berjenama kecuali jenama bonia dan beberapa lagi.
Kalau beli satu dapat diskaun 20%. Ehhh macam menarik je buy 1 free 1 tu. Encik Suami pun offer lah saya beli satu juga. Okay baiklah, orang dah pelawa takkan kita nak menolak. hihi...Padahal haritu dah beli juga kat sini jenama bonia.
Dapatlah pilih mana yang berkenan di hati.

Ray Ban RB4401D
Encik Suami setia dengan Ray Ban nya. Cermin mata jenis polarized warna frame transparent grey dan lens warna grey. Model code RB4401D.
Michael Kors MK2098U (Isle Of Palms)
Nak cari prada atau coach tapi tak menepati citarasa saya. Jadi, pilih jenama Michael Kors MK2098U (Isle Of Palms) ni jenis oversized dan tak polarized. Frame corak tortoise dan lens warna grey.
Sambil menunggu siap bil, cuci mata tengok cermin mata. Alahaii berkenan pula dengan cermin mata prada frame cat eyes dan warna pink bawah dia. Tapi pink tu ada nosepad. Tak suka cermin mata ada nosepad. Kalau senget payah nak adjust. Kita ni lasak.
Dah boleh lupakan cermin mata biasa dah. Sekarang dah bebas cermin mata. Beli cermin mata hitam je guna untuk perlindungan mata. Kena jaga mata dari panahan cahaya yang terang.

Kalau staff tu tak cakap ada promo, kami tak tahu pun. Rupanya ada banner pada pintu masuk. Letak tinggi sangat, mana nak perasan. Kalau letak banner kat bawah atau eye level mesti kami perasan. Kami pula menonong je terus masuk kedai.

Tak pasti sampai bila promo ni. Untuk buy 1 free 1 ni dia akan pilih harga salah satu yang lebih mahal. Harga cermin mata saya RM700 lebih dan Encik Suami RM900 lebih. Jadi kena bayar yang mahal RM900 tu lah.
Dapatlah tambah koleksi cermin mata hitam baru. Lepas pergi Focus Point, shopping Uniqlo dapat canvas tote bag pilih warna maroon sebab warna hijau dah ada. Pergi Decathlon sekali tengok, lahhh kecil betul store dia. Tak macam store yang lain besar.
Dapatlah beli apa yang dibeli. Beli tudung sarung Hegira dan beli kopi Kenangan buat bekal. Mission completed. Tak jalan-jalan windows shopping dah. Nak balik cepat dan berehat.
10 Comments
Worth it lah kalo buy 1 get 1 for free macam ini 😍😍😍. Kemarin saya juga baru beli sunglasses baru, utk dipakai di trip Dec esok 😄. Barang belum DTG tapi. Sekarang nih saya lagi suka pakai yg cat eye. Lebih sesuai dengan bentuk wajah
ReplyDeleteYa, sangat berbaloi. End Year banyak sale pulak tu kan. Wah, beli baru jugak. Bolehlah bergaya untuk Trip December nanti. Saya pun teringin yang cat eye. Nantilah cuba beli juga. hihi...
Deletesuka sangat lah BUY 1 FREE 1 ni. Berbaloi la kan.. Jimat RM700 tu.. Boleh spent kat lain. Hehe..
ReplyDeleteKann..berbaloi sangat! Rugi kalau tak grab promo. hihi...
DeleteWah, bestnya dpt spec hitam baru... fiza lepas operate mmg kena pakai spec hitam kan?
ReplyDeletehihi..dapatlah tambah koleksi. Ya, kena jaga mata kalau outdoor cahaya terang tu.
DeleteBagus ni, dia fokus pada tujuan asal. Nampaknya semua yang diidamkan tu dah dapat. Nasib baik mereka beritahu ya ada promo beli 1 percuma 1, tak pasal² dapat 1 cermin mata baharu masing².
ReplyDeleteYa, semua ikut jadual. Tak berfoya-foya ke tempat lain. hihi...Itulah tu, terpancing lah pulak kita.
Deletesenanglah dah tak perlu pakai cermin mata biasa. Ammi setia pada satu sunglass je sebab dah tukar ke powered lense. Tak dapek de nak beli banyak2...kopak poket. Lagi pun cermin mata harian ni mmg buat yang ada transition so takdelah perlu sangat guna sunglass
ReplyDeleteYe, betul. Sunglasses pakai bila tengahari panas tu je lah nak jaga mata.Ohh sunglasses ada power ye. Lagi best tu hanya bertukar spek je. Kalau tidak kena pakai contact lens baru boleh pakai sunglasses. Sebelum ni saya pun buat spek ada photogrey tu. Okay jugak kan. Tapi tak sama dia punya tinted dengan sunglasses.
Delete