Bulan November ni bulan sakit agaknya. Minggu lepas, mak mentua pula dimasukkan ke wad dan kena isolated dalam 1 bilik sorang-sorang. Masa dia call tanya pasal mata saya, dia mengadu stress dan kebosanan di wad sorang-sorang.

Ubat cair kahak dah makan, ubat batuk versi liquid dan kapsul pun dah hampir habis pun tak okay juga. Ubat radang tu berfungsi jugalah tekak tak ada radang yang teruk. Minum air masak dah banyak dah. Berulang-ulang ke toilet.
Kesian juga, tapi apa boleh kita buat. Doa dan semoga semuanya Allah permudah. Mak mentua okay je masih larat jalan. Tapi tulah kena tahan lama-lama jadi bosan lah dia. Kalau kita pun mesti bosan juga. Doktor nak monitor keadaan dan tukar-tukar ubat katanya.
Update terkini, Sabtu lepas dah boleh keluar wad. Alhamdulillah...
Seminggu yang lepas juga, mak saya pula jatuh katil. Dahi benjol bengkak sampai kedua mata turut lebam. Allahuakbar. Bagai nak gugur jantung ni dibuatnya. Semoga tak ada kemudaratan lain. Ujian tu bersambung-sambung. Manalah hati ni tak gundah gulana.
Minggu lepas, kami berdua sakit tekak dan batuk berjangkit. Musim batuk, demam dan selsema agaknya kot. Kalau Encik Suami batuk, mesti lepas tu berpindah kepada saya. Sampai 3-4 hari dah tak tahan batuk.
Nak tidur pun terganggu. Kita dahlah baru lepas surgery, kena jaga kesihatan. Tiba-tiba pula batuk bertandang lagi.
Masalahnya dia gatal tekak masa kita nak rehat, nak tidur macam tu. Kalau duduk elok pula dia tak terganggu sangat. Sebab tak tahan dah, jomlah ke klinik. Sehari sebelum saya pergi Klinik tu Encik Suami dah ke klinik dan hampir baik.
Nak tak nak kena juga pergi klinik sebab risau batuk berpanjangan macam sebelum ni yang hampir sebulan lebih menanggung. Pergi klinik pun dah 2-3 kali. Masa nak pergi tu klinik tu kemain behave lagi tekak. Doktor kata batuk-batuk ayam. Doktor ni perli ke apa?
Minggu depan saya ada second surgery mata sebelah kiri pula. Aaa risau...Kalau tak okay juga kenalah postpone.
Ubat batuk dah makan bermacam-macam dah. Ubat herba, tak herba. Gula-gula legakan tekak dah bermacam jenis. Guna juga ubat spray tekak yang Encik Suami dapat, tak lega juga. Kebal betul eh batuk ni.
Cakap dengan doktor nak ubat lain selain yang saya pernah cuba. Doktor bagi ubat yang berbeza. Sehari dua tak berapa nak okay juga. Tidur masih terganggu. Masih ada kahak melekat di tekak.

Ubat cair kahak dah makan, ubat batuk versi liquid dan kapsul pun dah hampir habis pun tak okay juga. Ubat radang tu berfungsi jugalah tekak tak ada radang yang teruk. Minum air masak dah banyak dah. Berulang-ulang ke toilet.
Sekarang dah tak batuk tapi masih ada sakit baki kahak tu. Bukan hijau tapi putih. Agaknya dah nak baik tu kot. Cuma sekarang masalahnya tekak tu perit ya amat. Nak telan air liur pun seksa.
Harap cepatlah baik tekak ni. Minum air banyak dah. Kerap pula ke toilet kalau dah minum banyak. Bila sakit ni banyak mengganggu kerja dan aktiviti seharian. Mujur juga ubat-ubatan ni tak ada kesan mengantuk. Kalau tidak, tidur rehat je lah kita.
28 Comments
Batuk memang menyiksakan. Lagilah time kita baru nak terlelap tu, time tu la dia nak batuk. Kadang tengah malam batuk lagi siksa. Cuba Fiza guna petua buah pear cina tu pulak, mana tahu serasi.
ReplyDeleteKesiannya, mak mentua sakit, mak sendiri pulak jatuh katil, bersambung dugaan. Semoga kedua² mak Fiza baik² sahaja ya.
Ye, masa nak tidur tu lah dia sangat menganggu. Tak tenang dibuatnya. Nanti tak okay juga boleh cuba cara tu.
DeleteInshaAllah..Aamiin... Terima kasih.
Semoga semuanya sihat kembali spt sediakala...AMin
ReplyDeleteInshaAllah. Aamiin...
DeleteTerima kasih.
moga cepat sembuh semuanya! GWS!
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih untuk doanya.
DeleteSemoga cepat sembuh. Kalau batuk memang ambil masa nak hilang. Kat rumah Naniey anak tengah selsema batuk dah berjangkit kat baby pula.
ReplyDeleteAamiin..Terima kasih Naniey. Itulah tu. Pernah mengalaminya sebelum ni. Lama betul. Allahuakbar, anak-anak dan baby kena lagilah buat kita risau. Semoga cepat baik semuanya. Aamiin...
Deletebatuk memang susah nak baik kan? kahak dah tak hijau lega la sikit kan? kalau hijau tu dah jangkitan kan?moga cepat sembuh
ReplyDeleteItulah tu. Lambat betul nak pulih. Rasanya betullah tu. Nak baik dah kot kan. InshaAllah...Aamiin...
DeleteTerima kasih.
Harap2 cepat sembuhnya.
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih wak.
DeleteBenda paling akak x suka, sakit tekak dan batuk..jenuh nanti...jgn la kena dlm masa terdekat ni...
ReplyDeleteBetul, sakitnya tu tak tertahan sebab berpanjangan. Semoga sihat-sihat hendaknya. Kalau ada yang batuk tu, better pakai mask siap-siap. Risau kalau dah berjangkit.
DeleteSengsara betul kalau dah batuk. Sakit tekak sampai rasa sakit dada, rasa nak terkencing pun ada. Perit rasanya. Kak Amie pernah rasa lama dulu, berbulan-bulan tak baik. Syukurlah setelah amalkan Inner Shine, hilang batuk termasuk selsema. Tapi sekarang dah tak minum Inner Shine sebab dah tak ada batuk dan selsema lagi.
ReplyDeleteYe Kak Amie. Rasa sakit kepala, tegang perut. Semua pun ada. Ohh bagusnya kalau ada product yang dapat membantu melegakan.
Deletesmoga cpt sembuh
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih kak.
DeleteMacam mana keadaan mak Aphizha sekarang? Macam teruk juga jatuh sampai lebam biji mata.
ReplyDeleteHarap cepat Aphizha sembuh. Batuk memang seksa dada dan perut rasa sakit/tegang.
Ye, tak pasti jatuhnya tu macamana sampai lebam sampai ke mata. Semakin membaik. Aamiin..Terima kasih kak Wina. Betul tu, dia kadang menangkap ke kepala dan perut.
DeleteLagi banyak sangat yg sakit ini , terutama batuk dan flu 😔. Saya dah sebulanan rutin minum multivitamin, magnesium dan vit D+K2 kak. Demi imun tubuh LBH kuat. Soalnya nak traveling lagi kan December. Jadi supaya tak sakit lah.
ReplyDeleteSemoga batuk kakak dah reda sekarang yaa. Memang tak suka batuk sampai mengganggu tidur
Musim sakit berjangkit agaknya. Macam Fanny selalu travel lagilah kena jaga kesihatan. Bagus juga tu ada ambil supplement lain. Alhamdulillah sekarang semakin membaik. Kann..menganggu tidur tu yang tak seronok sebab tidur tu lah kita nak rehat recharge tenaga.
Deletesyafakillah fiza...
ReplyDeletehari ni macam mana?
dah ok ke belum lg?
Terima kasih Anies. Batuk dah takde cuma tekak pulak perit. Radang kot rasanya.
DeleteSemoga cepat sembuh Fiza. Memang perit bila batuk dan sakit tekak berpanjangan ni. Tapi first time dengar pasal batuk-batuk ayam
ReplyDeleteAlhamdulillah batuk OK dah. Itulah tu, tekak gatal atau perit tu seksa betul rasanya.
DeleteSaya pun baru dengar batuk-batuk ayam tu dari doktor. Entah mana doktor tu dapat tak tahu lah. hahaha...
kalau tak baik juga batuk tu mmg kena postpone surgery mata sbb bila kita batuk muscle kat mata pun stress juga. Ahhh risau. Teringat masa lepas bersalin secara czer pastu batuk. Ya Allah, nak batuk pun takut, nak gelak takut. Sakit
ReplyDeleteYe, kalau ada batuk batuk tu confirm kena postpone sebab akan mengganggu operation. Mujur sakit tekak macam radang tu je. Cuma sakit nak telan air liur tu lah. Betul, kalau batuk akan stress kat mata juga.
DeleteAllah...tak dapat bayangkan sakit tu.