Pagi ni tergerak hati nak timbang berat badan. Nak timbang berat badan ni seram. Risau bertambah! Baru-baru ni pun sakit dan kurang selera makan. Jadi, apa salahnya kita mencuba. Ye tak?

Kalau tengok graph dibawah, jarang sekali saya nak timbang berat badan. Beberapa bulan baru timbang. Bulan ni dua kali timbang. Kali terakhir awal bulan haritu sebelum jalani intraocular lens (IOL) surgery mata kanan.

Berat Turun Dengan Mudah Tanpa Perlu Dipaksa

4 Oktober - 4 November tu berat badan naik 0.6 kg. Mujur sebulan tu tak naik banyak. Sebelum tu turun dan turun je. Kita dah lega dah tengok. Tiba pulak naik. Sekarang dia turun kembali dari 4 November-28 November turun 1.1kg. Alhamdulillah...

Banyak lagi nak kena turunkan berat ni baru boleh mencapai BMI yang ideal. Entah mencapai entah tidak. Ingatkan berat naik sebab kita pun dah lama tak bersenam. Ye lah kena berpantang dari buat aktiviti selepas surgery.

Agaknya sebab kurang berselera dan makan pun banyak rebus-rebus dan jaga makan sikit. Minum air masak banyak. Sehari saya boleh habiskan 3-4 botol air spritzer 1250ml tu. Kadang kurang sikit dari tu. Letih nak ke toilet masalahnya kalau minum air banyak ni.

Kurangkan pengambilan gula. Itu yang turun juga berat walaupun tak bersenam. Kena jaga makan je lah buat masa ni sebab masih tak boleh bersenam. 

Briskwalk tu boleh tapi nak keluar tu malas lah pula. Apa nak jadi lah dengan malas tu kan. Apa apa pun turun berat badan satu pencapaian jugalah walaupun tak banyak. 

Saya guna penimbang digital Xiaomi Body Composition Scale S400 connect dengan apps sekali. Senang ada record. Selain ukur berat badan, boleh tahu BMI, heart rate, body scare, body mass water, body water, fat mass, protein mass, muscle mass dan macam-macam lagi.