Kita sudah hampir ke penghujung tahun 2025. Bab terakhir, bulan Disember! Terasa cepat betul bulan November berlalu dengan bermacam-macam kisah dan urusannnya. Banyak kisah dukanya. Paling seram bab 2 kali IOL surgery tu. Aduhaiii, ngeri kalau ingat semula.

Bulan Disember, bulan kehilangan orang yang tersayang, Abah. 3 tahun sudah berlalu pergi. Al-fatihah. 

Cuaca baik di permulaan bulan Disember ni selepas hampir seminggu kerap hujan dan banyak tempat banjir. Syukur dah surut. Harapnya tak ada gelombang seterusnya.

Bulan ni ada cuti umum dan cuti sekolah. Tahun depan dah bermula kembali sesi persekolahan pada bulan Januari macam sebelum ni.

Mengharapkan bulan Disember ni bakal baik-baik sahaja. Jaga kesihatan, jaga mental dan fizikal. Musim cuaca tak menentu ni ramai yang demam, batuk dan bermacam-macam lagi.

Bab Akhir : Disember 2025

Hello December,
Page 335/365

DECEMBER

dream
& desire.

'BREWtiful' DECEMBER:
Just keep going and you will thank yourself later!

Cuti umum/ Public holidays Disember 2024

11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
24 Disember  – Hari Natal/ Christmas Eve (Sabah)
25 Disember  – Hari Natal/ Hari Krismas/ Hari Christmas (Cuti Umum)

Sambutan pada bulan Disember

1 Disember – Sambutan Hari AIDS Sedunia (World AIDS Day)
3 Disember – Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations' International Day of Persons with Disabilities)
5 Disember – Sambutan Hari Tanah Sedunia (World Soil Day)
5 Disember – Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day)
10 Disember – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day)
11 Disember – Sambutan Hari Gunung Antarabangsa (International Mountain Day)