Saya dah lama teringin nak minum air roselle. Teringat-ingat pati roselle yang mak pernah buat dulu. Mak tanam pokok roselle lepas tu jus roselle buat pati tambah air gula. Nak minum air roselle tinggal tambah air je.

Lagi sedap rasa air roselle tu kalau kita proses sendiri. Nak tanam pokok roselle macam entah bila nak tunggu hasilnya kan. Alang-alang dah ke Jaya Grocer tu carilah jus atau pati roselle. Jumpa roselle kering ni, terus lupa nak cari jenis cecair.

Bekas dia macam bekas sambal gitu. Bekas kaca. Isi dalamnya pun banyak juga bunga roselle kering. Saya cuba rendam dalam air panas kemudian minum. Rasanya macam pure cranberry tu, kelat-kelat pahit. Sedap juga minum suam-suam.

Bekas dia macam bekas sambal gitu. Bekas kaca. Isi dalamnya pun banyak juga bunga roselle kering. Saya cuba rendam dalam air panas kemudian minum. Rasanya macam pure cranberry tu, kelat-kelat pahit. Sedap juga minum suam-suam.

Tapi nak lagi rasa sedapnya tu, kenalah tambah gula. Baru ada masam-masam manis roselle. Selain dibuat minuman, sedap juga dibuat jem atau sambal roselle.
Lupa pulak harga dia berapa. Resit pun dah dibuang. Tak silap RM4 lebih kot. Okaylah untuk buat rasa-rasa. Selain roselle, ada juga jual buah telang kering, rose bud dan macam-macam jenis teh bunga kering lagi.
20 Comments
Haaa...baru ada button komen...menggagau akak mencari...hari ni baru boleh komen guna laptop...akak pun suka roselle, selalu beli yang fresh tu lepas tu proses sendiri...yang kering ni tak pernah beli lagi...
ReplyDeleteOhh dah boleh komen dah ye kak. Alhamdulillah...lega sikit. Kalau tidak tak tahulah nak solve macamana. huhu...
DeleteYang fresh tu biasanya akak beli kat mana?
Setakat ni belum pernah rasa lagi produk dari bunga roselle ni.
ReplyDeleteKot teringin bolehlah cuba.
Deletepernh minum air roselle..ada opismate bw dlu
ReplyDeleteSedap kan.
Deleteteringat dulu masa budak-budak.. ada jiran tanam roselle banyak pokok juga.. selalu ikut anaknya kutip buah yang dah matang.. tapi tak proses buat air.. makan kelopaknya.. best juga rasa masam-masam hihi..
ReplyDeletePokok roselle ni biasanya orang tanam banyak-banyak kan. Seronok dapat kutip buah matang tu tapi tak tahu pulak boleh makan terus je.
DeleteWahhh.... ada jual ya buah roselle kering di Jaya Grocer. LeYa baru tahu . Boleh lah nanti try cari dan nak rasa juga
ReplyDeleteYa, ada. Saya pun baru jumpa. Selamat mencari nanti.
Deletesama la dulu masa kecil mama Naniey buat sendiri juga. Keringkan. Memang puas hati sangat dapat minum air roselle..
ReplyDeleteMurah juga RM4 kat Jaya Grocer dalam botol kaca macam tu lagi..
Sedapnya kan. Mengimbau sungguh kenangan lama. Seingat saya begitulah harga dia.
DeletePernah minum. Sedap. Masa itu CikYa tanam.
ReplyDeleteMurah juga harga roselle kering di Jaya Grocer.
Sedap kan masam-masam manis kalau tambah gula lah. Ye, murah tu yang beli. Tak ingat harga sebenar berapa. Tapi macam RM4 lebih je.
DeleteOh, murahnya RM4 harga dia. Jus roselle memang sedap, tapi nak menanam pokoknya bercinta jugak nak menjaga dari menyemai hingga menuai. Mujurlah ada jual yang kering macam ni.
ReplyDeleteYa, sesuailah dengan kuantiti dengan bekas dia tu kot. Nak menanam tu boleh. Tapi nak menunggu hasilnya tu jenuh jugalah. hihi..Senang kerja kita beli je.
DeleteDulu2 ada tanam pokok ni. Emak wak rajin buat jus buah dia.
ReplyDeleteSaya pulak baru tahu. Macam macam jugak ek jual di Jaya Grocer. Ni duk kelantan ni asyik gi econsave dengan pantai timur je.
ReplyDeleteMenarik ni... Akk pun suka air Roselle. Masam² manis tu sedap la
ReplyDeleteroselle ni merah mcm sirap kan...masa kecik2 dulu/zmn sek rendah selalu tgk ada pokok roselle kat rumah jiran (rasanya--dh blurry memory)
ReplyDelete