Umur makin meningkat ni, penglihatan pun mula lah buat hal kan. Rabun jauh tu tak ada masalah kalau pakai cermin mata atau contact lens sebab saya pakai cermin mata pun sejak dari sekolah Menengah lagi. 

Itulah, dulu zaman sekolah tak jaga mata betul-betul. Kan dah rabun jauh. Tak nak dengar cakap mak, tengok TV dekat-dekat. Hadap computer lama. Itulah akibatnya! Dah kena pakai cermin mata sampai sekarang. Mujurlah power dia tak tinggi sangat.

Tapi dulu bukan main seronok dapat pakai cermin mata. Sekarang dah rasa leceh dan rimas pula. ON OFF pakai. Itu belum lagi kalau tertinggal cermin mata. Merana tak tak nampak apa, kabur semuanya. Kadang orang cop kita sombong sebab tak senyum. Padahal kita tak nampak.

Nak dijadikan cerita, sejak last year bila tengok handphone kena buka cermin mata baru nampak jelas. Padahal beberapa bulan sebelum tu baru buat cermin mata baru kot. Takkan silap power cermin mata kot. Kalau pakai cermin mata tengok handphone rasa tak selesa sebab kabur.

Maknanya apa? Rabun dekat ke tu? Ahh sudah. Tak bersedia lagi nak rabun dekat ni. Kadang nampak jelas, kadang kena adjust sikit jarak tu baru nampak bila pakai cermin mata. Yang pastinya kalau nak tengok handphone atau buat kerja guna computer kena tanggalkan cermin mata. Baru selesa dan jelas.

Boleh je buat cermin mata multifocal tapi tak tahulah kenapa macam tak nak buat. Lebih selesa tengok jarak dekat tanpa cermin mata kot. Jadi, nak tengok dekat buka je cermin mata tu.

Ikutkan kehendak, macam nak buat lasik. Masalahnya insurance tak cover untuk pembedahan mata lasik sebab itu dalam kategori pembedahan kosmetik. Tapi ada sesetengah isu boleh cover. Kita cuba nasib je lah tengok apa masalahnya dulu. Boleh tak boleh belakang cerita.

Telefon syarikat insurans dan KPJ

Encik Suami call insurance dan KPJ untuk kepastian. Call insurance kata boleh dan KPJ minta datang untuk consult dulu. Saya perlu daftar dulu di KPJ. 

Pada hari yang ditetapkan, kami pun pergilah daftar di KPJ Seremban. Sekali dia kata kena ada referral letter dari klinik panel untuk guna GL (General Liability) insurance. 

Sesi Rundingan Dengan Doktor Pakar di KPJ Seremban

Dapatkan referral letter

Terpaksalah pergi ke klinik panel dulu, jumpa doktor dan minta referral letter. Mujurlah prosesnya tak lama. Kemudian pergi semula ke KPJ. Doktor panel pun tak banyak soal dan mempermudah urusan.

Sesi Rundingan Dengan Doktor Pakar di KPJ Seremban

Daftar di KPJ

Dah dapat referral letter, pergi semula ke KPJ Seremban dan daftar memandangkan saya tak ada rekod lagi di KPJ. Selesai daftar semua, barulah pergi ke klinik Ophthalmologist & Medical Retina Specialist jumpa doktor pakar yang dipilih.

Consult dengan Ophthalmologist & Medical Retina Specialist

Doktor pakar bertanyakan sejarah mata dan kesihatan semua tu lah. Baru tahu di KPJ Seremban ni tak ada buat pembedahan lasik mata. Di sini ada beberapa jenis pembedahan mata dan doktor terangkan satu persatu.

Sesi Rundingan Dengan Doktor Pakar di KPJ Seremban

Pemeriksaan mata

Alang-alang dah jumpa doktor, buat sekali pemeriksaan masa. Test tahap rabun dan silau. Dilute dengan ubat titis mata bagi kembang untuk buat pemeriksaan tekanan mata (intraocular pressure). 

Masa ubat titis tu masuk mata, pedih lain macam ye. Kesannya, pandangan akan kabur 4-5 jam macam tu. Kemudian Doktor check retina guna alatan khas. Lepas tu letak ubat kebas sampai tak rasa doktor pegang retina. Pedih mata menahan silau tengok lampu pada alatan tu. 

Usai check, doktor bagitahu keputusan dan bawa berbincang sekali lagi. Katanya ada katarak tapi minor. Bukan tahap serius. Kalau tengok dari mata kasar mata normal je. Tak nampak lansung ada katarak pun. hmm...kita pun dah rasa down. Aa risauuu...

IOL (intraocular lens) Surgery

Untuk kes saya boleh buat pembedahan katarak, IOL (intraocular lens) dan saya pilih multifocal lens untuk pandangan rabun jauh dan dekat. 

IOL ni ada 3 jenis lens iaitu monofocal (kanta satu pandangan samada rabun dekat atau jauh), multifocal (kanta pelbagai untuk pandangan jauh dan dekat) dan toric (kanta betulkan padangan).

Disebabkan saya dah memang rabun jauh dan pandangan dekat pun kabur kalau guna cermin mata, jadi pilih multifocal lens lah. Boleh je buat cermin mata multifocal tapi saya nak bebas pakai cermin mata. 

Doktor terangkan pilihan rawatan yang ada dan sesuai dengan keadaan. Beritahu kesannya, jangkamasa rawatan dan juga pembedahan. Dah setuju semua, seterusnya janji temu untuk pre-assessment pula.

Sesi Rundingan Dengan Doktor Pakar di KPJ Seremban

Kita punya berdebar hanya Allah je tahu. Dup dap dup dap je. Semoga Allah permudah segala urusan kami. Aamiin...