Hari Ahad lepas kami pergi ke Port Dickson Mini Zoo @PD Mini Zoo tarikan terbaru di Negeri Sembilan. Specifically di Port Dickson. Tempat ni baru dibuka pada 23 Jun 2025 yang lalu. Masih baru lagi beroperasi menggantikan tapak Aurora Park Port Dickson kalau tak silap saya lah.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Sementara masih baru dan tengah hype, jomlah kita pergi. Kami sampai petang dan tak ramai orang walaupun hari Ahad. 

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Masuk je kaunter tiket ada sebelah kanan. Sekarang masih lagi harga promosi seperti di bawah. 

Harga tiket port dickson mini zoo/ port dickson mini zoo tickets price

Warganegara

Bawah 3 tahun/ Below 3 years old : PERCUMA/FREE
Kanak-kanak 3-12 tahun/ Children : RM20
Dewasa/ Adult : RM30
Warga emas/ Senior citizen : RM20

Warga asing

Bawah 3 tahun/ Below 3 years old : PERCUMA/FREE
Kanak-kanak 3-12 tahun/ Children : RM30
Dewasa/ Adult : RM40
Warga emas/ Senior citizen : RM30

Di kaunter mereka akan promote juga beli makanan untuk bagi pada haiwan-haiwan. Sebakul RM20 ada kacang panjang, lobak merah dan lain-lain. Tapi kami tak beli makanan. Kalau bawak anak-anak tu bolehlah beli, bagi mereka rasa pengalaman bagi makan pada haiwan.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Sebelum melalui lorong yang ceria berwarna-warni ni, kami ditawarkan untuk ambil gambar. Kami menolak dengan baik. Malas nak bergambar, nanti rugi kalau mereka jual kami tak beli. Baiklah tolak awal-awal melainkan korang memang nak beli gambar tu nanti buat kenangan.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Burung

Selepas melalui lorong tu kami terus ke sebelah kiri, dimulakan dengan melihat burung-burung dalam sangkar. Ada banyak spesis dari keluarga burung.

Budgerigar

Burung budgerigar juga dikenali dengan nama burung parakeet @parkit atau burung serindit kecil dari keluarga burung bayan (parrot). Dikenali juga dengan nama small parrot. Saiznya kecil dan rupa parasnya berwarna-warni, ada biru lembut, Turquoise dan hijau.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan
Budgerigar
Wild turkey

Wild turkey atau ayam belanda liar sejenis burung yang besar. Wajahnya garang memiliki paruh pendek dengan snood iaitu kulit tergantung di atas paruh dan wattle (kulit merah di bawah paruh). Melihat sekejap je abang kawasan ni. 

Haritu masa pergi 99 Wonderland Park Selayang pun banyak juga spesis ni.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Brahma chicken

Ayam brahma merupakan baka ayam besar yang terkenal dengan saiz besar dan bulu tebal dikakinya. Comel pula tengok dia berjalan dengan kaki di bulu tu.

Merpati

Sebelah ayam dalam gambar di bawah ni burung merpati. Saya tak pasti burung merpati apa, kalau google nampak macam domestick show flight dove. Cantik burung merpati versi gemuk. Bulunya pun bercorak hitam putih. Di lehernya tu macam dark purple berkilat. Dalam gambar tak jelas pula.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan
Brahma chicken, dove/burung merpati dan kuang/pheasant

Burung kuang/pheasant

Burung kuang ada banyak jenis disini. Kalau nak tahu, burung kuang ni tergolong dalam spesis burung yang paling cantik. Gambar di atas merujuk kepada symaticus reevasil/kuang kecil. Gambar di bawah ni red golden pheasant/kuang mas, yellow golden pheasant/kuang kuning dan Lady Amherst's pheasant/ kuang Lady Amherst. 

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Burung merak/peafowl

Burung merak juga ada banyak spesis dalam sangkar yang besar. Warna ekor yang menarik tu merak jantan, peacock. Merah betina ekor dia kusam sikit dan kurang menarik, peahen. Ada juga terselit merak putih. Macam pertama kali tengok merak putih.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Semua burung ni dalam sangkar je. Tak ada dibawa keluar atau ada pertunjukkan. Tapi dalam media sosial PD Mini Zoo ni nampak ada orang pegang ayam. Kita kalau ayam ni tak hairan sangat sebab dah biasa tengok. Cuma spesis yang rare je jakun sikit tengok.

Selain burung dan ayam, ada banyak juga spesis itik dan angsa dalam kandang. Saya tak masukkan dalam blog nanti risau banyak sangat gambarnya. Kita ambil gambar yang mana penting dan menarik je lah ye.

Alpaca

Alpaca ada 3 ekor je. 2 ekor ni pemalu dan penakut dengan orang. Yang jinak seekor je tengah duduk bersantai. Itupun kena umpan bagi makan barulah dapat pegang dan usap-usap. Yang dua ekor ni datang dekat je dah lari. Nyampah!

Saya keliru sebenarnya alpaca dan llama. Rupanya beza eh. Llama tu besar sikit, abang besar dan alpaca ni kecil, adik. Betul ke apa yang saya faham ni? Lupa nak tanya zookeeper yang ada di situ.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Burung kasawari/ Ostrich

Burung kasawari merupakan spesis burung yang besar dan tidak boleh terbang. Ada juga dijadikan haiwan tunggangan. Di Malaysia ni macam tak ada. Tapi macam seksa gayanya nak tunggang burung kasawari ni. Jenis susah nak kawal dan tersilap langkah boleh jatuh.

Sesuai ke burung ni jadikan tunggangan? Macam tak berapa kuat je. Risau tengok. 

Burung kasawari memiliki telur yang besar dan tebal kulit telurnya. Dapatlah merasa pegang telur burung kasawari tapi versi ringan sebab isinya dah dikeluarkan. 

Burung kasawari ni sangat aktif. Mereka baru lepas mandi, kata zookeeper. Bulu-bulunya banyak yang dah gugur disebabkan bergaduh sesama mereka. 

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Kambing/ goat

Banyak juga spesis kambing yang ada. Kami datang dekat kandang je masing-masing dah hulur kepala sebab ingat kami bawa makanan. Kecewa mereka kami tak ada makanan. Comel kambing-kambingnya. Boleh juga masuk kandang kambing untuk bagi mereka susu.

Lembu susu/ Dairy cow

Lupa pula ada berapa ekor lembu susu ni. Lembunya besar dan bertopok putih hitam seperti lembu susu New Zealand tu. Duduk senyap gitu je.

Jirannya patut ada unta/camel tapi belum sampai lagi. 

Kuda/ horse

Kuda paling besar warna coklat ni. Muka macam sedih dan macam stress pun ye. Saiznya besar dan macam kuda lumba je. Ada nombor di badannya.

Warna putih tu kuda yang boleh ditunggang. Siapa teringin tunggang kuda bolehlah beritahu pada zookeeper. Yang putih ni untuk orang dewasa tunggang.

Kuda padi/ pony horse yang comel tu, ada yang siap tocang rambut tu untuk tunggangan kanak-kanak. Comel je rupa paras mereka ni. Kiyowo! Kawaii!

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Capybara

Capybara ni haiwan yang semakin popular. Ada dua saiz capybara di sini. Yang besar mereka letak dalam kandang pameran berkaca. Saiz kecil ni boleh pegang diletakkan bersama itik dalam satu kadang yang ada kolam.

Capybara ni tak jinak sangat. Baru pegang sikit dah lari. Tak dapatlah nak angkat atau dukung, menggelupur dorang nanti. Boleh bagi makan, zookeeper ada sediakan makanan untuk capybara ni percuma je. 

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Itik/ mallard

Itik yang macam ada tanjak atas kepala tu yang bersama capybara. Yang sebelah tu dalam kolam bersama angsa/swan. Saya tak letak gambar swan tu. Banyak pula nanti gambarnya. Sekadar melihat dan ambil gambar je.

Arnab/ Rabbit

Kami banyak habiskan masa di tempat arnab dan guinea pig. Mereka duduk dalam satu kandang. Arnab-arnab ni comel dan jinak. Bila pegang duduk diam je. Bulu lembut dan bersih. Seronok eh main-main dengan arnab ni. Dahlah comel, behave pula tu.

Tupai terbang/ sugar glider

Sugar glider berbulu lembut dan tak tebal sangat. Rasa ringan dan dia aktif bukan main. Kejap kat tangan, kejap kang dah sampai kepala, lengan. Bertabahlah kalau nak ambil gambar tu. Memang tak melekat duduk diam.

Rakun/ raccoon

Sebenarnya lepas sangkar burung tu sangkar raccoon. Tapi dorang tengah tidur masa tu, tak dapatlah nak pegang. Kebetulan masa tengok capybara ada zookeeper tengah bawa raccoon jalan-jalan, saya pun minta izin nak pegang kejap.

Dapatlah juga peluang kejap pegang raccoon. Dah lama teringin nak pegang, baru mendapat. Racoon ni tak biasa lagi dengan orang baru, jadi dia macam gelabah sikit.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan
Arnab, raccoon, sugar glider & skunk

Memerang/ Skunk

Dak memerang ni paling senang nak pegang sebab dia macam malas je. Nak tidur je kerjanya. Senang gitu ambil gambar, berpaut di lengan. Comel! Mujur tak kentut. Kalau tidak mesti baunya busuk ya amat. Memerang ni terkenal dengan bau kentutnya yang busuk.

Ada banyak lagi haiwan disini yang saya tak masukkan dalam blog. Nak tahu ada apa lagi kenalah datang sendiri dan rasakan pengalaman yang menyeronokkan.

Apa yang menarik di Port Dickson Mini Zoo

Dapat pegang haiwan

Walaupun tiket dia agak pricey tapi berbaloilah dengan pengalaman dapat mendekati haiwan yang ada. Dapat bagi makan, pegang haiwan yang jinak. Dapatlah merasa pegang arnab, racoon (teringat si Rocket guardians of galaxy tu), sugar glider dan skunk.

Ada juga ular, guinea pig, iguana dan lain-lain. Nak pegang ular tapi takut. Geli pun ada. So kita skip je. Pegang haiwan yang berbulu je lah berani.

Instagrammable

Banyak hot spot yang menarik untuk instagrammable. Bolehlah bergambar sakan atau duduk berehat seketika. 

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Mesra kanak-kanak/ Kids friendly

Tempat ni memang dicipta untuk kanak-kanak. Kalau datang sini pasti seronok dengan macam-macam tarikan.

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Banyak aktiviti

  • Tunggang kuda/ horse riding 
  • Tangkap ikan/ catch fish
  • Tunggang mini kereta kebal/ ride tank 
  • Fish spa 
  • Bagi susu kambing/ goat milk feeding 
  • Mini fun kitchen

Zookeeper yang ramah tamah/friendly

Setiap haiwan ni ada zookeeper sendiri. Masing-masing rajin bagi maklumat tentang haiwan yang mereka jaga. Dan kedekut senyuman dan rajin melayan pengunjung. Kita pun jadi seronok macam tu kan. Dilayan dengan baik. 

Di setiap kandang atau tempat haiwan ada disediakan maklumat tentang haiwan tersebut. Ada nama dan jangka hayat haiwan dan juga harga setiap ekor haiwan tu. 

Kemudahan yang disediakan

  • Surau lelaki dan perempuan
  • Baby room untuk ibu dan anak
  • Tandas mesra OKU
  • Kerusi roda/ wheelchair disediakan
  • Payung
  • Tempat basuh tangan, sabun dan sanitizer

Lokasi Port Dickson Mini Zoo 

Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala, 71050 Port Dickson

Waktu operasi

Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Seronok menghabiskan masa di sini. Walaupun mini je tapi seronok banyak juga haiwan, aktiviti dan paling best boleh bermain dengan haiwan tanpa limit. Mahal tapi berbaloi untuk sebuah pengalaman. Kalau tak minat haiwan mungkin akan rasa bosan sikit. 

Kawasannya tak besar, nama pun mini dan haiwan pun taklah sebanyak di Zoo besar tu. Tak ada lah haiwan besar-besar pun. Tak mengah sangat berjalan pun. Cuma panas sikit lah sebab cuaca panas kan. Jangan lupa bawa portable fan sekali.