Hari Sabtu lepas kami berdua ke Leisure Garden Sepang pula melawat haiwan lagi. Padahal baru minggu lepas kami melawat haiwan di Port Dickson Mini Zoo. Minggu ni pergi lagi di Leisure Garden Sepang sebuah mini zoo yang sangat menarik dan menyeronokkan buat pencinta haiwan.

Pergi sini menggunakan waze dan kalau dah nampak banner/bunting tepi jalan tu tanda anda di tempat yang betullah. Di bawah ni rupa entrance Leisure Garden Sepang. Sebelah tu ada cafe yang diberi nama Abah Don Cafe.

Kami sampai lebih kurang jam 11.00 lebih macam tu dan masih tak ramai orang. Dapatlah parkir. Ruang parkir di sini agak terhad tapi boleh parkir di sebelah ladang sawit kalau tak silap lah.
Kanak-kanak/ children -Warga emas/ Senior citizen : RM10
Kanak-kanak/ children -Warga emas/ Senior citizen : RM15

Lepas bayar tiket, akan dapat sticker. Bolehlah lekatkan dimana-mana suka. Saya lebih prefer sticker daripada gelang tiket (wristband) tu agak payah nak tanggalkan.
Apa tunggu lagi. Jomlah masuk!

Masuk-masuk je akan disajikan dengan beberapa spesis burung. Ada bermacam-macam jenis burung yang diletakkan dalam sangkar. Bolehlah kenali burung-burung yang ada. Setiap sangkar burung ada nama dan maklumat tentangnya. Boleh baca untuk tambah ilmu.
Ada banyak lagi jenis burung tapi saya tak letak dalam blog. Mencabar betul nak ambil gambar burung-burung ni sebab tak reti nak duduk diam. Aktif betul mereka terbang ke sana sini. Kita yang penat nak ikut pace dorang untuk ambil gambar. Letak mana yang elok je lah.
Di lorong yang sama juga sebelah kanan ada angsa dan itik. Juga dalam keluarga burung. Ada banyak juga di bahagian kolam ni. Ada di dalam air, ada di darat.

Di sebelah kanan saya tu sangkar burung, sebelah kiri kolam air untuk angsa dan itik.

Jalan terus di belakang tempat berbumbung kawasan haiwan mamalia dan reptilia yang boleh dipegang. Yang kecil-kecil je ada.
Memberanikan diri pegang corn snake ni. Aktif juga dia bergerak eh. Yang warna kuning oren macam jagung ni, zookeeper kata jantan.
Warna putih ni betina, female corn snake. Ingatkan albino, rupanya bukan. Yang betina ni lagi aktif daripada yang jantan. Susah nak kawal. Sudahnya pegang gitu je. Ular corn snake ni ringan je. Okay dah lulus pegang ular.
Cuma iguana tak sempat pegang sebab balik tu baru perasan ada iguana. Dia menyorok dalam sangkar di bahagian atas. Tak nampak masa tu. Disini ada meerkat juga dalam kandang terbuka. Tak pasti boleh pegang ke tidak. Risau nak ambil sebab dia terlalu aktif bergerak.
Si emu ni pun mereka lepaskan berkeliaran. Tapi bila nak dekat dia lari lah pula. Kena pandai ambil hati dia kot baru dia manja dengan kita.
Yang rupa macam rusa atau kancil ni namanya mara. Ada dua ekor sedang berehat dalam kandang. Panas-panas berteduh duduk santai je lah.


Saya sebenarnya excited nak jumpa racoon, nak dukung dia. Tapi kecewa bila tengok raccoon macam ni. Merajuk ke tu? Montel sangat tak boleh nak dukung. Zookeeper kata boleh pegang tapi tak boleh dukung disebabkan obesiti.

Di Leisure Garden Sepang ni dia macam kawasan ladang atau kebun macam tu. Tempat menarik dan banyak tempat duduk, gazebo dan tempat untuk bergambar OOTD. Sangat instagrammable.

Hujung minggu/ weekend : 9.30am - 6.00pm
Tutup/ Closed : Selasa/ Tuesday

Pergi sini menggunakan waze dan kalau dah nampak banner/bunting tepi jalan tu tanda anda di tempat yang betullah. Di bawah ni rupa entrance Leisure Garden Sepang. Sebelah tu ada cafe yang diberi nama Abah Don Cafe.
Kalau nak tahu, di sekitarnya juga ada rumah inap/ homestay Abah Don Cottage juga pemilik yang sama dengan cafe dan garden ni. Sebelah menyebelah je. Sesiapa yang menginap di sini rugilah kalau tak singgah masuk Leisure Garden ni.

Cuaca tak berapa panas sangat. Panas yang tak menyengat. Kira cuaca cerah elok. Jomlah kita masuk, tak sabar nak melawat haiwan-haiwan yang ada.

Beli tiket walk in je. Saya tak pasti ada online ke tidak. Harga tiket murah sikit berbanding Mini Zoo PD hari tu. Yelah, tengoklah tempatnya pun dan haiwan yang ada. Kira berbaloilah dengan harga tiket yang ditawarkan.

Harga tiket Leisure Garden Sepang/ ticket price
Warganegara
Dewasa/ Adult : RM15Kanak-kanak/ children -Warga emas/ Senior citizen : RM10
Bukan warganegara
Dewasa/ Adult : RM30Kanak-kanak/ children -Warga emas/ Senior citizen : RM15

Apa tunggu lagi. Jomlah masuk!

Masuk-masuk je akan disajikan dengan beberapa spesis burung. Ada bermacam-macam jenis burung yang diletakkan dalam sangkar. Bolehlah kenali burung-burung yang ada. Setiap sangkar burung ada nama dan maklumat tentangnya. Boleh baca untuk tambah ilmu.
![]() |
budgerigar |
![]() |
Eurasian Jay |
![]() |
White Crested Laughingthrush |
![]() |
Red Golden Pheasant |
![]() |
Cockatiel |
Ada banyak lagi jenis burung tapi saya tak letak dalam blog. Mencabar betul nak ambil gambar burung-burung ni sebab tak reti nak duduk diam. Aktif betul mereka terbang ke sana sini. Kita yang penat nak ikut pace dorang untuk ambil gambar. Letak mana yang elok je lah.
Di lorong yang sama juga sebelah kanan ada angsa dan itik. Juga dalam keluarga burung. Ada banyak juga di bahagian kolam ni. Ada di dalam air, ada di darat.
![]() |
Mute Swan |
![]() |
Black swan |
Sepanjang kawasan burung ni disediakan tempat duduk untuk berehat. Kiri kanan tempat saya bergambar tu sangkar burung.

Di sebelah kanan saya tu sangkar burung, sebelah kiri kolam air untuk angsa dan itik.

Jalan terus di belakang tempat berbumbung kawasan haiwan mamalia dan reptilia yang boleh dipegang. Yang kecil-kecil je ada.
Mula-mula pegang hedgehog. Duri dia macam tajam tapi lembut. Kena hati-hati juga nak pegang. Sugar glider pula tak reti diam, payah nak ambil gambar.
![]() |
sugar glider & hedgehog |
Memberanikan diri pegang corn snake ni. Aktif juga dia bergerak eh. Yang warna kuning oren macam jagung ni, zookeeper kata jantan.
![]() |
male corn snake |
Warna putih ni betina, female corn snake. Ingatkan albino, rupanya bukan. Yang betina ni lagi aktif daripada yang jantan. Susah nak kawal. Sudahnya pegang gitu je. Ular corn snake ni ringan je. Okay dah lulus pegang ular.
![]() |
female corn snake |
Cuma iguana tak sempat pegang sebab balik tu baru perasan ada iguana. Dia menyorok dalam sangkar di bahagian atas. Tak nampak masa tu. Disini ada meerkat juga dalam kandang terbuka. Tak pasti boleh pegang ke tidak. Risau nak ambil sebab dia terlalu aktif bergerak.
Dah puas pegang haiwan, jom jalan lagi tengok apa yang ada. Comelnya kambing pgymy ni. Ada dua ekor kambing yang aktif berlari ke sana sini.
Terkejut tau tiba-tiba ambil gambar dia meluru dari tepi. Budak-budak ada yang nangis sebab kambing tu berlari datang dekat. Mesti dia trauma dengan kambing.
![]() |
pgymy goat |
Si emu ni pun mereka lepaskan berkeliaran. Tapi bila nak dekat dia lari lah pula. Kena pandai ambil hati dia kot baru dia manja dengan kita.
![]() |
emu |

Ostrich atau burung unta ni keseorangan je dia. Saya sebenarnya keliru dengan ostrich, kasawari dan emu. Tapi dah dapat jawapan dah sebab ada info disitu. Ostrich ni bukan burung kasawari. Dia berbeza, tapi dipanggil burung unta.
Keluarga yang sama dengan emu tapi emu kecil. Rupa paras pun lebih kurang.

Saya sebenarnya excited nak jumpa racoon, nak dukung dia. Tapi kecewa bila tengok raccoon macam ni. Merajuk ke tu? Montel sangat tak boleh nak dukung. Zookeeper kata boleh pegang tapi tak boleh dukung disebabkan obesiti.
Tak mampu rasanya nak dukung dia. Inipun zookeeper kata dah diet turun 9kg. Masih obes. Tapi dia aktif je duduk dalam kandang tu. Sian rocket. Ada seekor lagi dalam sangkar tapi tak boleh pegang mungkin dia tak jinak sangat kot.

Di Leisure Garden Sepang ni dia macam kawasan ladang atau kebun macam tu. Tempat menarik dan banyak tempat duduk, gazebo dan tempat untuk bergambar OOTD. Sangat instagrammable.

Ada banyak lagi haiwan yang dipamerkan dalam kandang seperti kuda, lembu, rusa, keldai, arnab, ayam, guinea pig, kura-kura dan banyak lagi. Sangat menyeronokkan datang Leisure Garden Sepang ni. Tempat menarik untuk seisi keluarga.
Banyak juga haiwan dan berbaloi dengan harga tiket dan layanan mesra dari zookeeper yang ramah tamah.
Waktu operasi/ operating hours
Hari bekerja/ Weekdays : 10.00am - 6.00pmHujung minggu/ weekend : 9.30am - 6.00pm
Tutup/ Closed : Selasa/ Tuesday
24 Comments
Wahh…excited akak belek satu persatu gambar. Cantik unik haiwan yang ada kat sini.
ReplyDeleteTu dia…sampai dua ekor ular Fiza cuba pegang. Lulus cemerlang ni 😀
Berbaloi sungguhlah pengalaman gini dengan bayaran RM15.
Hihi..Terima kasih Kak Ujie. Menarik haiwan di sini.
DeleteYa, berbaloi sangat. Nanti singgahlah Kak Ujie.
Wow..Syoknyaaa jalan jalan nengok haiwan! Akak mcm adik bongsu saya..Suka tengok dah pegang haiwan..Saya mmg tak berani nak pegang melainkan terpaksa sekali sekala try je... Fuhhh..Tapi suka tengok! Cantik warna dan corak beberapa haiwan. Indah ciptaan Allah. SUBHANALLAH!!
ReplyDeleteSyok! Agaknya sebab kami ni anak bongsu kot. Memang suka haiwan dan pegang².
DeleteCiptaan Allah semuanya indah.
tergelak linda tengok racoon tu..memang betul la obesiti.. hahaha...adoiii
ReplyDeleteKann..obese betul dia. Kesian pun ada. Tapi comellah pulak.
DeleteHahahahahha gemooooy sangaaaat raccon tuh yaaa 🤣🤣... Obesiti pula dia. Kliatan badannya dah mekar 😅. Merajuk lah tuh disuruh diet 🤭.
ReplyDeleteSaya sukaaaa datang ke tempat begini. Tapi ajak anak lah nanti. Nov saya kesana, rasanya tak pergi ke tempat wisata, Krn anak2 tak ikut
Itulah tu, gemok ya amat. Obese terus. Haha..tak tahulah kenapa dia asyik pandang dinding. Malu kot..hihi...
DeleteYang ni agak dekat juga dengan KLIA, bolehlah singgah nanti.
Aphizha minat pegang/dukung binatang ya? Haha akak geli dan takut pegang ular.
ReplyDeleteRasa sini lagi banyak jenis binatang daripada yang Aphizha pergi PD itu.
Ya, minat. Kali ni cuba-cuba pegang dan macam OK je sebenarnya. Lebih kurang juga haiwannya.
DeleteKak SA sukaaaa...bleh la pi sini gak nanti...macam2 ada tu ha..yang penting tiket murah
ReplyDeleteJangan lupa pergi kak, best ajak Dania dan anak-anak buah akak. Betul, tiket tu murah dan berbaloi.
DeleteAdooi...saya lelaki takut ular..lari lah lintang pukang hehe terronya awak pegang ular dek..hebat hebat
ReplyDeleteUlar ni tak berbisa okay lagi. Saya pun takut juga tapi beranikan diri untuk rasa pengalaman pegang ular.
Deleteni dah macam zoo tapi versi lebih kecil ;-)
ReplyDeletehedgehog tuuuuu geramnyaaaaa
tiket masuk pun murahhhh
puas melayan ni
Ya, mini zoo lebih kurang. Hedgehog tu comel. Ya, murah. Best datang sini.
DeleteComel raccoon tu mengadap dinding. Rasa cam nak tepuk-tepuk belakang dia, macam buat kat kucing. Hehe.. Seronok, dapat tengok dan pegang binatang. Pandai Fizah ambil gambar burung-burung. Burung pun comei je, akak tengok.
ReplyDeleteKann..rasa nak tepuk² je. Geram tengok. Memang seronok datang sini.
DeleteAmbil gambar burung kena celah² jaring baru jelas tak nampak jaring tu. hihi..
Terima kasih kak Nur.
Weyyy beraninya pegang snake. Kalau daku ni awai2 dah cabut lari. Geli la nak pegang. Serammmm
ReplyDeleteBerani-berani takut juga tapi dah pegang okay je sebenarnya. Sebelum ni tak berani juga. Kena cuba baru tahu feel dia.
Deletecomel je racoon tu merajuk..hihi.. kalau sy tak berani nak pegang haiwan2 tu.. sebab penggeli naw sy ni..
ReplyDeleteHihi..buat-buat merajuk. Tak tahulah kenapa dia macam tu menghadap ke dinding. Saja memberanikan diri pegang haiwan tu. Ada peluang, kita cubalah.
Deletekemain ea racoon, vip sgt tu dah la obes merajuk pulak.
ReplyDeletekita scroll laju part snake tu, kitanya geli sungguh.
Fiza, u are so so so cute la. Rasa nak hugs ja, thank you bawa kita jalan-jalan ke mini zoo.
Lawa-lawa warna keluarga burung tu.
menarik jugak tempat ni :) utk spend masa daytrip memang terbaekk
ReplyDelete