Nak cari sos namplawan tapi tak jumpa-jumpa di pasar raya. Cari juga di Jaya Grocer dan Mydin. Tapi tak ada. Memang tak ada kot kat pasar raya. Ada jual online je kot.
Sos namplawan tu sos/kuah rojak buah-buahan versi Thailand yang ada rasa masam, manis dan pedasnya. 3 rasa tu memang sinonim dengan makanan Thailand.
Sos nampalawan ni saya perasan ada letak udang kecil macam udang gerarau tu tapi versi kering. Tapi bukan udang kering yang biasa tanpa kulit dan kepala tu. Ada letak gula batu juga. Dulu pernah beli di satu kedai buah tu tapi kedai tu dah tutup. Hilang dari radar.
Buka penutup dia semerbak bau belacan. Alamak, bau belacan yang tak berapa nak enak di hidung saya. Mungkin sebab lama tak makan belacan kot. Bau tolak tepi kejap, cuba rasa kuah rojak dia sikit. Hmm..sedap juga tapi terlalu kuat pula bau belacan, mengganggu konsenstrasi nak makan.

Nak pedas lagi kena tambah cili api dan picit-picit dalam adunan kuah rojak ni. Nak buat kuah rojak tak pandai, jadi beli je lebih mudah. Lepas tu adjust lah ikut selera masing-masing.

Tak ada namplawan, beli je lah kuah rojak Mak Bee extra pedas di Kedai Kerepek Paroi. Dulu pernah beli juga tapi lama dah bertahun-tahun dulu. Tak ingat dah beli dimana dan apa rasa dia.
Tak tahu pula sekarang ada versi extra pedas. Baguslah ikut peredaran zaman manusia suka makan pedas. Nak rawat kecewa tak dapat namplawan, ganti dengan kuah rojak Mak Bee je lah.

Buka penutup dia semerbak bau belacan. Alamak, bau belacan yang tak berapa nak enak di hidung saya. Mungkin sebab lama tak makan belacan kot. Bau tolak tepi kejap, cuba rasa kuah rojak dia sikit. Hmm..sedap juga tapi terlalu kuat pula bau belacan, mengganggu konsenstrasi nak makan.
Tapi kalau makan dengan buah okay je. Saya makan dengan buah nanas, buah tu je yang ada masa tu. Okaylah sedap. Tapi rasa pedas dia tu taklah pedas sangat sampai tahap extra pedas tu. Pedas macam tak pedas bagi seorang pempedas.

Nak pedas lagi kena tambah cili api dan picit-picit dalam adunan kuah rojak ni. Nak buat kuah rojak tak pandai, jadi beli je lebih mudah. Lepas tu adjust lah ikut selera masing-masing.
Lama eh kuah rojak Mak Bee ni sejak 1980. Saya tak jumpa pula kuah rojak jenama lain. Ada kuah rojak yang lain ke yang lebih sedap. Namplawan tu nampaknya memang kena beli online lah cerita dia.
6 Comments
Saya pun suka beli jugak kuah rojak mak bee ni, rasanya kuah rojak ni yang paling sedap berbanding dengan yang lainnya.
ReplyDeleteRasanya kena beli online la tu kalau teringin sangat. Masa pergi Padang Besar tuari memang banyak la sos namplawan ni. Sos Mak Bee pun banyak. Tapi kuat bau belacan tu memang betul.
ReplyDeleteKuah rojak mak Bee memang sedap..tp tulah, sekarang bau belacan dia kuat betul...
ReplyDeleteSaya ada beli hari tu yg pedas ni...tapi berani nak makan...bagi org lain...sebab husband kata yg biasa tu pun dah pedas...saya ada masalah hidung berair kalo makan belacan...
ReplyDeletesaya tak pernah beli kuah rojak gini...tp suka jer mkn if ada dpn mata hehhehe
ReplyDeletesedapnyaaa...cicah buah pelbagai sedap
ReplyDelete