Jarak dari Fresh Avocado Segamat ke Koffie Jln Mentol tak lah jauh sangat. Dalam perjalanan tu habis selesai segelas avocado kami berdua minum. Haus sangat sebab cuaca panas. So beli 2 gelas air lagi untuk bekalan dalam kereta.
Kalau nak cari kopi paling sedap, paling berbaloi dengan harga dan saiznya kena pergi Koffie Jln Mentol lah. Kopi kegemaran dan port ngopi kami kalau balik Segamat.

Masa kami sampai tak ada pelanggan, parkir pun ada kosong depan kedai. Disebabkan tak ramai orang saya ikut encik suami buat pesanan di kaunter dalam kedai. Biasanya kita tunggu di luar atau dalam kereta sebab ada pelanggan lain.

Selain minuman, ada juga jual pastry. Nampak ada crossant, cheesetart, muffin dan lain-lain lagi. Saya tak pernah beli makanan. Biasa beli kopi je kat sini.

Trend kedai kopi sekarang, wajib ada tagline/pickup line/quotes.

Sementara menunggu pesanan siap saya duduk di sini. Tertarik betul dengan kerusi kayu ni. Kreatif siapa yang buat. Cantik, kena dengan tema kabinet kayu dalam kedai.


Mulanya nak pesan satu je air tapi tengok macam best je kalau pesan matcha latte. Lagipun tak pernah minum air matcha latte kat sini. Jadi, pesanlah matcha latte juga. Matcha latte agak kurang sikit rasa dia. Kurang pekat matcha dia atau terlebih susu.

Tapi habis je kami minum. Selain di Segamat, Koffie Jln Mentol ada cawangan lain juga di Tangkak. Wah, semakin berkembang Koffie Jln Mentol. Tak dapat minum kopi di Segamat, boleh cuba di Tangkak.

Masa kami sampai tak ada pelanggan, parkir pun ada kosong depan kedai. Disebabkan tak ramai orang saya ikut encik suami buat pesanan di kaunter dalam kedai. Biasanya kita tunggu di luar atau dalam kereta sebab ada pelanggan lain.
Nak tunggu dalam tak muat ramai-ramai. Jadi lebih baik tunggu dalam kereta je. Kali ni tak ada orang, jadi bolehlah kita masuk dalam. Pertama kali masuk dalam kedai, bolehlah ambil gambar dalam kedai. Selama ni gambar dari luar je.
Di kaunter disediakan papan menu. Pilihlah mana yang berkenan ikut selera masing-masing. Favourite saya dah tentu lah Koffie Shakerato. Bukan hanya kopi, ada jual juga minuman bukan kopi dan sparkling series.


Trend kedai kopi sekarang, wajib ada tagline/pickup line/quotes.
Jauh dimata dekat dihati, Renunglah ke mata biar jatuh ke hati. "Buat kamu si cantik hati", Datanglah ke Koffie untuk menikmati kopi.—Farez Soya

Sementara menunggu pesanan siap saya duduk di sini. Tertarik betul dengan kerusi kayu ni. Kreatif siapa yang buat. Cantik, kena dengan tema kabinet kayu dalam kedai.

Tak lama menunggu sebab tak ada pelanggan lain kan. Siaplah air kopi Koffie Shakerato saya. Air ni signature kedai Koffie Jln Mentol. Saya pilih sejuk sebab lagi sedap diminum sejuk. Tak pernah lagi pesan yang panas.
Ada sesetengah air kopi sedap di minum panas, ada juga sedap diminum sejuk.

Mulanya nak pesan satu je air tapi tengok macam best je kalau pesan matcha latte. Lagipun tak pernah minum air matcha latte kat sini. Jadi, pesanlah matcha latte juga. Matcha latte agak kurang sikit rasa dia. Kurang pekat matcha dia atau terlebih susu.

Tapi habis je kami minum. Selain di Segamat, Koffie Jln Mentol ada cawangan lain juga di Tangkak. Wah, semakin berkembang Koffie Jln Mentol. Tak dapat minum kopi di Segamat, boleh cuba di Tangkak.
22 Comments
Rajin Fiza singgah² beli kopi. Betul, ada kopi sedap minum sejuk, tapi kalau dapat duduk² mengopi, kena pilih kopi panas la kan. Ni nak buat peneman perjalanan, lebih mudah rasanya kopi sejuk. Alahai, sweet sangat quotes pasal kopi dia, terus jatuh hati dengan si Farez Soya ni, hahahah.
ReplyDeleteTempat wajib singgah kalau balik Segamat. hihi..Betul betul. Kalau duduk minum situ kena kopi panas. Tapi malam-malam okaylah, kalau siang dia jadi panas lah pulak nanti sebab meja kerusi di luar. Kalau travel sesuai lagi beli sejuk.
Deletehahaha...hebat Farez Soya berkata-kata kan. Manis sungguh...
memang byk port mengopi di mana2 shj..lifestyle zmn sekrg
ReplyDeleteYe betul. Senang nak dapat dimana-mana. Cuma yang sedap ikut citarasa kita jadi pilihan utama.
Deletetula, kedai kopi sekarang suka buat pickupline geli2 hahaha
ReplyDeletespoilnya matcha rasa susu. tengok gambar tu pun boleh nampak putihnya lebih banyak dari hijau. tapi sebab dah order, minum jela
Haha...itulah tu, kadang terhibur baca. Matcha terlebih susu memang kurang sikit. Dapat yang pekat matcha dan creamy mesti best. Kann..nampak lebihnya susu di situ. Dah order, kenalah minum sampai habis. Jangan membazir.
DeleteComel pulak nama si Farez Soya ni.. hehehe.. ^^
ReplyDeleteHihi..ramai pulak berkenan dengan Farez Soya ni.
Deletepijah punya entry cofee semua best-best buat kmieja terliur hehehehehhe
ReplyDeleteHihi..Ammpunnn kak Mieja.
DeleteSimple dan cozy kedai kopi ni. Alaaa matcha terlebih susu pulak, kena jugak minum sebab tak nak membazir kan.
ReplyDeleteKalau nak mengopi kena petang atau malam. Selain tu agak panas sikit sebab dine in di luar. Kaunter je di dalam ada aircond. hihi...Itulah tu, terlebih pulak susu dia. Memang kena habis minum taknak bazir.
DeleteKedai ni ada ammi save di Tiktok sebab senang kalau nak cari kopi di Segamat
ReplyDeleteNanti ada kesempatan bolehlah cuba kan.
DeleteDekat2 Putrajaya ada tak kak 😄. Saya nanti stay di sana soalnya. Tertarik juga nak rasa kopinya.
ReplyDeleteSayang matcha latte tak sesuai selera yaa. Tapi memang tak banyak yg menjual matcha latte benar2 sedap. 😔
Tak ada, ada 2 cawangan sahaja di Johor. Itulah tu, matcha latte macam kurang sikit. Tapi matcha KopKen sedap.
Deletewow..coffee, yum yum.. tag line nya....chewah, bukan main lagi kannn
ReplyDeleteCoffee memang nyummy. Hihi..tagline kena power gitu.
DeleteKopi dengan manisan berpisah tiada, kita jika disuruh milih kopi mmg ku tunjuk saja dari menu.
ReplyDeleteKerusi kayu tu, teringat papa kita pernah buat sendiri sekali ada meja, one set. Dia siap varnis elok berkilat. Mmg buat meja kopi kekdahnya. Papa mmg kreatif betul, buat katil, buat kabinet buku. Sekarang dia suka berkebun ja.
Susah juga kadang nak buat pilihan kopi. Wah hebatnya papa awak, kreatif. mesti cantik hasil kerjanya. Suka perabot kayu yang unik. Limited edition tak sama dengan yang lain.
DeleteBestnya dapat mengopi.
ReplyDeleteSabahan selalu bilang -mengupi dulu bah kita, atau kupi-kupi kita!
Mengopi baru segar rasa. Saya belajar bahasa sabah baru, Terima kasih kak Amie share.
Delete