Agak lewat juga kami keluar untuk jalan-jalan, hampir jam 5.00 petang. Tak apalah, kita pergi mana yang sempat je. Ada beberapa tempat yang kami nak pergi. Kami pergi yang tempat jauh sikit dulu lah.
![]() |
earthy tone color palette theme |
Kami rancang untuk ke Jomis Old Jetty sebuah jeti lama tinggalan sejarah di Sungai Rengit, Pengerang. Jomis Old Jetty ni salah satu hidden gem di Sungai Rengit, Pangerang. Katanya lah. Memang hidden gem pun. Kami tak jumpa jalannya!

Ikut je susur jalan kecil tu dan akan sampai di Jomis Old Jetty. Jalan kecil tu tak lah jauh sangat. Jalan jelas. Cuma jalan tepi pagar bomba tu agak semak sikit. Kami ikut jalan yang lebih jelas trail dia.

Di kawasan ni ada juga tinggalan sampah selain tinggalan sejarah. Siapalah punya kerja buang sampah merata ni. Tak ada kesedaran sivik lansung. Tak pandai nak jaga alam sekitar. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Dah sampai tu, ambillah gambar sampai puas hati. Mungkin kalau hujung minggu adalah kot yang datang sini untuk ambil gambar. Port cantik untuk photoshoot atau OOTD gitu. Mujur jugalah kami datang hari bekerja.

Guna waze, tapi simpang masuk tu ditutup. Kawasan yang tak boleh diceroboh. Dua kali kami pusing. Sudahnya kami tengok di TikTok.
Cara untuk ke Jomis Old Jetty
Kena parkir berdekatan di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Rengit, Pangerang. Ada jalan kecil tepi balai bomba ni sebelah kiri tepi pintu masuk.

Ikut je susur jalan kecil tu dan akan sampai di Jomis Old Jetty. Jalan kecil tu tak lah jauh sangat. Jalan jelas. Cuma jalan tepi pagar bomba tu agak semak sikit. Kami ikut jalan yang lebih jelas trail dia.
Walaupun jam 5 lebih tapi panas boleh tahan. Bawa payung sekali. Waktu-waktu ni golden hour untuk ambil gambar. Lighting on point.
![]() |
POV dari tepi atas |
![]() |
POV dari tengah atas |
Kami jengah di bawah tengok ada laluan tak? Ada beberapa orang tengah memancing. Kami turun ikut laluan berbatu hujung tu. Kena hati-hati turun sebab batu-batu bukan rata semuanya.
Ada juga batu licin. Gigihlah kami turun ke bawah, demi berkeping-keping gambar dan video untuk dibuat kenangan. Mana boleh sekeping dua je. Dahlah payah nak sampai sini.

Di kawasan ni ada juga tinggalan sampah selain tinggalan sejarah. Siapalah punya kerja buang sampah merata ni. Tak ada kesedaran sivik lansung. Tak pandai nak jaga alam sekitar. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Tak sedap mata memandang kalau tempat tarikan begini punya menarik di kelilingi dengan sampah. Kann...Eh, terbebel pula.
Di sebelah sana juga ada pemancing. Agaknya banyak ikan kot kawasan ni. Lagipun ni jeti lama kan. Sempatlah bertegur sapa dengan seorang abang tu. Dia pun faham kita nak ambil gambar.

Dah sampai tu, ambillah gambar sampai puas hati. Mungkin kalau hujung minggu adalah kot yang datang sini untuk ambil gambar. Port cantik untuk photoshoot atau OOTD gitu. Mujur jugalah kami datang hari bekerja.
Tak ada orang lansung yang nak bergambar. Kalau tidak kena tunggu giliran pula. Nak bergambar pun segan lah juga kalau dah ramai-ramai. Bila tak ada orang ni kita dapat enjoy nak bergambar sakan.
Tentang sejarah Jomis Old Jetty ni tidaklah saya ketahui. Jeti ni agak panjang dan besar juga.

Batu depan ni kalau dapat dialihkan ketepi mesti lagi cantik gambar tanpa ada halangan batu besar tu.
Di tepi pantai ni ada banyak anak ketam. Risau terpijak je. Comel anak-anak ketam ni. Kalau dekat, terus masuk lubang.

Nun jauh di sana ada banyak kapal-kapal besar. Tak pasti ada pelabuhan apa di sana.

Batu depan ni kalau dapat dialihkan ketepi mesti lagi cantik gambar tanpa ada halangan batu besar tu.
![]() |
portrait mode |
![]() |
versi couple sempena wedding anniversary |
Di tepi pantai ni ada banyak anak ketam. Risau terpijak je. Comel anak-anak ketam ni. Kalau dekat, terus masuk lubang.

Nun jauh di sana ada banyak kapal-kapal besar. Tak pasti ada pelabuhan apa di sana.

Kami menghabiskan masa hampir setengah jam di sini. Ikutkan hati nak berlamaan tapi mengejar masa juga untuk ke tempat lain. Yang penting saya dah sampai juga di Jomis Old Jetty ni. Yeay! Wishlist unlocked.
4 Comments
cantik gmbr view and posing2 kt jeti pantai tu
ReplyDeleteTerima kasih kak.
DeleteWahhh.. kagum akak dengan kegigihan merpati dua sejoli ni meredah kepayahan untuk ke Jomis Old Jetty ni. Tak jumpa ikut waze pun tak jadi masalah. Inilah yang dikata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
ReplyDeleteHihi..kena gigih, kalau tidak tak sampai nanti.
Delete