Pagi tu dapat text dari courier GD Express a.k.a GDEx akan hantar barang. Eh, tak ada pula beli barang. Encik suami pun tak ada membeli. Baru teringat, mungkin kiriman dari blogger Kak Amie. Tapi kalau parcel dari Kak Amie, dah tentulah kak Amie bagitahu awal.
Kita tunggu je lah. Tengahari tu sampailah barangnya. Courier yang baik hati letak parcel dalam pagar rumah macam biasa. Bila di dah berlalu pergi, barulah saya keluar ambil parcel. Tengok nama pengirim. Haa betullah kiriman dari Kak Amie.
Tapi kenapa kak Amie tak bagitahu dulu? Lepas saya bagitahu kak Amie, katanya tak sempat nak bagitahu barangnya dah sampai dulu. Laju GDEx buat kerja. Hihi..Bagus betullah kan pantas tuntas mereka hantar barang merentasi lautan naik kapal terbang.

Excited nak tahu apa dalamnya. Tudiaaa ada macam-macam dalam kotak ni. Saya ingatkan satu barang je. Ya Allah...tak sangka kak Amie bagi macam-macam lagi hadiahnya. Especially tupperware yang kita tahu mahal harganya tu.
Tupperware siap beriben bagai. Semua hadiah serba biru. Dapat pouch batik I 🖤Sabah. Fridge magnet mug comel Brunei Darussalam dan juga Tshirt warna biru lembut Rumah Terbalik Sabah.

Dengan adanya tupperware dua tingkat ni dapatlah menggantikan tupperware purple saya yang dah rosak penutupnya. Pemegangnya pun dah rosak sebab dah lama kan, since 2013 lagi.

Warna birunya cantik. Fridge magnet mug ni comel betul. Belum ada lagi dalam koleksi bentuk mug. Dah selamat lekat dekat blackboard.

Setiap tahun rasanya kak Amie anjurkan contest teka berat mangga udang ni. Dulu pernah teka juga tapi tak mengena. Kali ni rezeki saya pula. Memang tak sangka betul.
Terima kasih banyak-banyak kak Amie berkongsi rezeki. Semoga bertambah-tambah rezeki kak Amie yang selalu berkongsi rezeki dengan blogger lain. Aamiin...
Naik segan kita selalu terima hadiah dari Kak Amie. Orang memberi, kita merasa. Bak kata pepatah, "Rezeki jangan ditolak". Alhamdulillah...
Jom singgah ke blog kak Amie. Jangan lupa tinggalkan sepatah dua kata.
17 Comments
Alhamdulillah.. tahniah jadi pemenang.. serba biru hadiahnya.. cantik.. ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih.
DeleteAlhamdulillah...rezeki jangan ditolak...tema biru hadiahnya
ReplyDeleteAlhamdulillah..Ye, kita terima dengan rasa syukur dan happy.
DeleteAlhamdulillah..tahniah jadi pemenang:)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteTerima kasih.
Bestnya dapat hadiah dari Kak Amie...cantik warna biru tupperware tu...semoga allah murahkan rezeki Kak Amie
ReplyDeleteAlhamdulillah...best dapat hadiah macam-macam dari kak Amie. Aamiin...
DeleteTahniah, Fizaaaa. Hadiah dari Kak Amie tak pernah tak meriah. Ni pemenang tunggal, lagi la istimewa hadiahnya tu. Tupperware tinggi macam ni sesuailah letak makanan yang berkuah banyak. Nak letak bubur lambuk pun sesuai tu, Fizaaaa uiii, hihihi.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terima kasih. Itulah tu, sentiasa meriah je dalam parcel. Rezeki dapat teka pulak kalini. Aduiiii disebutnya pulak bubur lambuk tu. hihihi...
DeleteTahniah...
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletealhamdulillah... walaupun fiza mampu beli sendiri tupperware tu, tapi tentulah tak sama dengan hadiah kak amie...
ReplyDeleteAlhamdulillah...hadiah apa-apa pun orang bagi lebih berharga ada sentimental valuenya sendiri.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteParcel sudah sampai dengan selamatnya, dan dengan cepatnya.
Tiba giliran Fizah dapat rezeki teka berat buah mangga udang. Tak perasan pula Kak Amie adakah teka berat buah mangga udang ni setiap tahun atau setiap musim. Apa pun harapnya selepas ini bolehlah cari pasal buat teka buah mangga lagi kalau pokoknya berbuah lagi hihihiii.
Terima kasih sekali lagi kak Amie. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan cepat. Tahun ke musim ek, agaknya tiba musim kot kak Amie buat. Hihi..ada musim, ada lagi lah kak Amie cari pasal lagi buat contest teka berat buah mangga.
DeleteTahniah Pijah, cantik tupperwarenya...semoga dimurahkan rezeki kakamie seisi keluarga
ReplyDelete