Sepanjang ke Leisure Garden Sepang, nampak meriah kiri kanan sepanjang jalan area Sungai Pelek Kampung Jelutong Indah dengan jualan buah naga dan juga ladang buah naga. Balik nanti kami bercadang nak beli buah stok buah di rumah yang dah habis.
Asyik buah tembikai je dua minggu ni. Tukar buah lainlah pula. Dulu Encik Suami pernah beli di sini masa ada kursus di Avani Sepang Goldcoast Resort, murah dan manis buah naganya. Fresh from ladang.
Balik tu kami singgah di kedai ni Jalan Banting-Port Dickson. Nampak menarik promosi yang ditawarkan.

Encik Suami turun sorang dan beli yang 1 bakul RM10 tu. Ada banyak lagi promosi buah naga di sini. Ada.4kg : RM10 dan 15 biji : RM10. Belilah mana yang berkenan.
Selain buah naga merah, ada juga buah naga putih tu. Encik Suami beli juga buah naga potong yang diletakkan dalam gelas bersama sebatang lidi, campuran buah naga merah dan putih. Sedap manis, habis makan dalam kereta.

Dalam 1 bakul tu ada 6 biji buah naga. Besar-besar juga saiznya. Walaupun kulitnya nampak tak segar dah tapi dalam dia segar ya amat.


Biasanya kalau beli di shopping mall rasa dia ada masam sikit. Berbaloi beli. Tapi tulah tak boleh beli banyak, nanti jenuh nak habiskan. Buah naga ni bukan jenis tahan lama.
Setakat 2-3 hari okay lagi. Tapi bila kulit dia dah mula melecur dan berair tu tanda-tanda kena habiskan segera. Kalau tidak, tak sedap dah.
Pernah cuba simpan dalam peti ais tapi tak sedap. Kalau dipotong-potong pun kena makan cepat juga. Berair juga dan kurang sedap.
Sungai Pelek ni terkenal dengan ladang buah naga yang besar. Berbaloilah beli buah dari ladang dengan harga murah.
Dulu Kuala Pilah ada juga ladang buah naga. Sekarang ni macam dah berkurang je. Tapi masih ada jual lagi buah naga dari ladang. Pernah beli cuma kurang sikit rasa dia. Mungkin kurang menjadi kot buahnya.
32 Comments
Fav akak ni buah naga...suka gak mkn yg putih..
ReplyDeleteBuah ni sedap tapi mahal sikit lah.
DeleteMurah tu di sana..sini Keningau mahal buah ni, antara kegemaran anak dan cucu makan...
ReplyDeleteMurah sangat. Di sana mostly buah-buahan agak mahal juga kan. Pernah baca dari blog kak Amie.
Deletesusah juga nak jumpa buah naga yang manis.. selalu kalau beli kat pasar atau supermarket mesti rasa agak tawar juga..
ReplyDeleteBetul, yang tawar tak pernah dapat lagi sepanjang membeli buah naga. Cuma pernah rasa yang masam. Yang ni betul-betul sedap manisnya.
Deletebuah naga kuning tak de ke fiza? lama dah teringin nak mkn yg tu
ReplyDeletePutih yang saya maksudkan warna kuning. Sebenarnya kuning eh. Isi dia putih? Nanti bolehlah cari kat sini Anies.
DeleteBestnya, dapat beli buah naga segar dari ladang.
ReplyDeleteSenang buang air besar, makan buah ni. Bagi akak. 😁
Alang-alang lalu rasa rugi pulak tak membeli kan. Bukan selalu. Dapat juga rasa buah naga yang manis sedap. Betullah tu Kak Nur, senang membuang kalau makan buah naga ni.
DeleteSaya kalau lalu sini memang wajibb beli
ReplyDeleteRugi kalau tak membeli kan.
DeleteMasa musim hari tu dorg jual rm1-2 je sebiji.
ReplyDeleteMurah tu. Ada juga nampak yang jual sebiji RM1. Tapi dah beli, jalan terus je lah tak berhenti. hihi...
DeleteIni betul2 segar ni... yummy!
ReplyDeleteRasa buah segar. Sedap ni uncle.
Deletesedapnya buah naga. mmg suka sgt. 15 biji RM10, ok sangat2.
ReplyDeleteBuah naga memang sedap. Ye, berbaloi sangat semua promosi ni.
Deletenak pilih option yang mana satu tu paling menguntungkan, 4 biji , timbang kilo atau sebakul, kak ana rasa kira bakul lagi lumayan kan hihi :) tapi murah sangat tu dik . Alhamdulillah
ReplyDeleteYa, murah sangat Kak AJ. Saya beli yang bakul tu. Berbaloi sangat membeli.
Deletebuah naga ni memang kena makan cepat dan sekali hadap je, jika di sini.
ReplyDeletefil kita suka berbahagi buah naga ni, dia tanam disekeliling rumahnya.
Betul tu. Tak boleh lama simpan berhari-hari cepat lecur kulitnya pun. Wah bagusnya ada ladang buah naga. Sampai masa tuai boleh berkongsi rezeki. Terbaiklah.
DeleteTeringin nak rasa yg putih... selalu makan yg merah tu
ReplyDeleteKot ada jalan-jalan sini kena singgah membeli. Banyak pilihan.
DeleteSy penggemar buah naga. RM10/ 6 biji tu murah sangat, boleh makan puas-puas. Betul, buah naga ni tak tahan simpan lama, kalau dah kopek tu kena terus makan. Tapi kalau masuk peti sejuk dulu lagi sedap.
ReplyDeleteBetul, murah dan boleh sangat membeli. Rugi kalau tak beli. Puas makan sebiji sorang. hihi... Dah kopek memang habiskan terus. Cumanya yang baki tu tak boleh nak dibiarkan lama, kena habiskan dalam masa 2-3 hari juga tu. Masuk peti ais sedap tapi kena makan cepat juga. Kalau tidak berair dan tak sedap dah.
Deletesaya tak reti mkn buah ni
ReplyDeleteMungkin tak kena dengan selera kot kan.
DeleteBest ni terus dari ladang. Harga pun murah.
ReplyDeleteLagi sedap gitu kan. Betul, harga dia murah dah tu.
DeleteDapnya..buah naga..fav gak ni. Beli dr ladang murah skt la kannn
ReplyDeleteSedap ni segar dari ladang. A'ah murah lagi harganya.
Delete