Lamanya berehat dari buat aktiviti brisk walk, slow jogging dan hiking. Encik suami maintain workout dirumah. Saya je yang lama berehat akibat alahan kulit muka sejak Februari tahun ni. Bila Encik suami bosan workout dirumah, diajaknya ke KOMBES (Kompleks Belia Dan Sukan) Paroi.
KOMBES ni tak pernah tak meriah. Sentiasa ramai orang beriadah pada waktu malam. Suka pergi waktu malam sebab sejuk sikit.
Saya cakap dengan Encik Suami nak brisk walk leha-leha je. Malas nak pulun sangat sebab dah lama tak bersenam kaki kan. Nanti otot terkejut injured pula.
Brisk walk in malay, berjalan laju. Berjalan dengan laju tapi bukan berlari. Brisk walk pace ikut tahap kecergasan masing-masing. Tak perlu nak kejar pace sangat macam berlari asalkan dapat buat aktiviti senaman kardiovaskular yang baik untuk jantung dan sistem peredaran darah. Selain tu kurang berisiko berbanding dengan senaman berlari yang berimpak tinggi.


Saya pun setuju je lah rasa macam dah okay sikit keadaan kulit ni. Tapi tak apa, kita cuba. Awal tahun lepas masa aktif beriadah pun kami mulakan brisk walk di KOMBES.
Macam biasa lepas solat Maghrib terus berdesup ke KOMBES. Suka pergi awal sebab masih belum ramai. Konsepnya cepat pergi dan cepat balik.

KOMBES ni tak pernah tak meriah. Sentiasa ramai orang beriadah pada waktu malam. Suka pergi waktu malam sebab sejuk sikit.
Saya suka brisk walk di KOMBES ni. Lebih selamat, lebih semangat, balapan pun best lembut je dipijak. Taklah sakit kaki walaupun ada cushion dalam kasut.
Haritu pun tak semua lampu dibuka. Malap sikit. Dan signboard KOMBES pun tak dibuka lampunya. Agaknya tak ramai orang, kurangkan penggunakan lampu kot.
Saya cakap dengan Encik Suami nak brisk walk leha-leha je. Malas nak pulun sangat sebab dah lama tak bersenam kaki kan. Nanti otot terkejut injured pula.
Brisk walk
Kami tak buat regangan sebab biasanya jalan perlahan dulu untuk pusingan pertama. Tapi saya terus pulun jalan laju, pusingan ketiga dah mengah. Apooo...

Tiba-tiba pula hujan rintik-rintik air bergelora. Ingatkan nak berhenti, tapi sayanglah pula baru sampai. Kita ni baru nak semangat. Lenjan jugalah brisk walk sampai 5 pusingan. Cukuplah untuk rekod permulaan saya.

Saya berhenti lepas 5 pusingan dan duduk perati Encik suami berlari sampai 10 pusingan. Hujan pun semakin riang turun. Tapi tak lebat. Masih ramai berlari dan brisk walk di balapan. Masing-masing semangat. Bagus!
Ikutkan nak juga teruskan tapi boleh pula dia bagi salam perkenalan, kaki melecet pula belakang buku lali tu. Tak pernah-pernah melecet pun haih.
Kasut pun merajuk dah lama tinggalkan dia. Blacky si Adidas Adizero SL W kasut running ni rekod dia baru 13.98km. Jauh lagi perjalanan dia.
Harap semangat tak hilang lah. Entah bilalah pula nak kembali hiking.
38 Comments
Wahhh, bestnya boleh brisk walk atas balapan, rasa macam lari atas karpet. Steady aje walaupun tak warm up ya, mula2 gerak pelan2 dulu, tapi dia terus laju tu. Bukan tadi kata nak leha2 aje ke? Hahaha.
ReplyDeleteA'ah gerak perlahan dulu taknak bagi terkejut segala otot dan urat. hihi...terlajak laju pulak semangat lebih. hahaha...
Deletedi tempat saya belum meriah lagi untuk riadah waktu malam di outdoor kecuali indoor...semoga terus istiqamah melakukan aktiviti sihat sebegini
ReplyDeleteMungkin kemudahan indoor je yang ada kot? Harap begitulah. InshaAllah...
DeleteTerima kasih.
Tiba rasa teringin nak briskwalk atas trek gitu.
ReplyDeleteArgh, sudahlah berangan Syasya, bw kat taman pun asyik delay ja, adeih! meh bagi semangat sikit.
Best macam berlumba-lumba gitu baru semangat. hihi...
DeleteTinggalkan berangan dirumah, jomlah kita!
Yeay kembali berjalan laju. Moga melecet itu tidak patahkan semangat Aphizha.
ReplyDeleteYeay! Tak mematahkan semangat. Akan kembali lagi.
DeleteNanti nak cuba brisk walk kat KOMBES tu la...alaaaa....melecet plak kaki...mesti pedih tu
ReplyDeleteJom kak lepas Maghrib. Sikit je belum tahap pedih teruk lagi. Tapi rasa lah melecet dia tu. huhu...
DeleteRamai yer briswalk malam2...dapat briskwalk malam dekat kompleks sukan mcm ni x der la rasa takut...
ReplyDeleteKat KOMBES Paroi ni memang sentiasa meriah ramai, banyak aktiviti sukan lain juga. Betul, lebih selamat juga.
DeleteSeronok beriadah di tempat proper gini kan. Lebih selamat dan bersemangat sbb semua datang nak beriadah.
ReplyDeleteBetul, lebih selesa, selamat dan semangat gitu bila dah ramai-ramai macam ni.
Deletetak jadi leha-leha la gitu, sampai kaki melecet haa...
ReplyDeletemeh nak semangat sikit, sebab angan2 balik kerja nak tukar baju nak buat BW, tapi..selalu berakhir dengan bergolek2 atas tilam je.. hahaha
Hihi..tulah tu, terlajak laju pulak. Jom! pasni kita semangat brisk walk.
Deletebest if dpt konsisten briskwalk ni
ReplyDeleteBetul, nak konsisten tu yang payah sikit tu. Tapi kita cuba jugaklah.
DeleteKira permulaan yang bagus tu Fiza, dapat brisk walk 30 minit.
ReplyDeleteMeriahnya orang yang datang, jadi semangat.
Mudah-mudahan, inshaAllah. Ye, sini sentiasa meriah Kak Ujie. Nanti balik Nismilan, bolehlah cuba datang beriadah di sini.
Deletewah briskwalk malam...akak briskwalk atas treadmill je dlm umah...tp lama dh tk briskwalk
ReplyDeleteA'ah brisk walk malam. Sejuk sikit. hihi...Best tu ada treadmill senang tak perlu keluar rumah.
DeleteTahniah, Fizah, dan semoga dapat konsisten brisk walk. 💪👍
ReplyDeleteSeronok juga bersenam waktu malam, takde matahari, jadi kulit tak hitam. Eh. Hehe..
Kat stadium pula tu, soft landing. Bagus untuk lutut bagi yang sudah berusia dan overweight.
Baru bermula je ni kak Nur selepas lama berehat. A'ah sejuk sikit kan waktu malam. Kurang sikit panas dia tu kan. Yup, soft landing kurang risiko sikit.
DeleteSaya belum pernah mencoba berjalan kaki malam hari nih Mbak. Selalu saya jalan kaki pagi saja.
ReplyDeleteDisini istilah brisk walk kurang populer, lebih sering disebut jalan kaki cepat saja.
Jalan yang diinjak berwarna merah, sama dengan jalan di Lapang Merdeka. Terasa sedikit empuk ketika diinjak.
Semoga konsisten ber-brisk walk Mbak.
Salam,
Kalau macam Abah Titik Asa ada masa waktu pagi, lagi best waktu pagi udara masih segar. Oo disana panggil jalan kaki cepat je ye. Betul, lebih sedap memijak di balapan yang lembut.
DeleteBaiklah, terima kasih.
Malas betul dah sekarang nak excercise. Semangat sentiasa tenggelam timbul 😅
ReplyDeleteMungkin sebab sibuk kot. Kadang sibuk, tu yang jadi terbantut semangat tu. Takpe, boleh buat weekend.
DeleteSaya sukaaa brisk walk begini, tp belum pernah coba malam hari. Nanti pas ke Malaysia Nov ini, dah niat kak nak brisk walk di kawasan Putrajaya, sebab saya menginap di sana. Soalnya tiap baca tulisan teman2 yg sering briskwalk di Putrajaya nampak menariiik tempatnya ❤️❤️
ReplyDeleteDi Putrajaya pun meriah juga. Lagi best banyak tempat riadah yang menarik di sana. Kena survey dulu Fanny, nanti senang tak perlu mencari dah.
DeleteBerbunga-bunga hati KSarie bila baca pasal aktiviti brisk walk kawan-kawan. Aktiviti ini yang Dr ada cadangkan untuk KSarie yang lututnya sakan terpleot nih ha. Brisk walk waktu malam lebih santai sebab sejuk ye. Seronok ada geng brisk walk sama kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah...Kadang dapat semangat juga kan dari orang lain yang bersemangat. Betul, kalau malam sejuk sikit tak terdedah cuaca panas. Seronok ada geng. Jom Kak Sarie kita brisk walk.
DeleteKalau dh start jog atau brisk walk memang kena kerap buat kalau tinggal lama auto jd semput
ReplyDeleteBetul, sebab lama berehat ni lah dia macam mengah sikit.
Deletemula-mula saya ingatkan briswalk tu mini jogging.. rupanya jalan laju-laju mcm saya biasa buat bila pergi berjalan dekat KL dengan public transport.. haha
ReplyDeleteKira dah biasa buat dah lah tu kan. hihi...
DeleteBrisk walk ni memang uncle punya target.... Tapi macam biasa... Target tinggal target... hehehhee
ReplyDeleteJom sama-sama capai target uncle.
Delete