Nak makan apa ek? Dia tak lapar sangat tapi rasa macam nak makan sesuatu. Buat cucur nasi lah sebab ada lebihan nasi. Nak simpan buat nasi goreng macam tak cukup. Baki nasi yang tinggal ada dalam sesenduk lebih. Kita buat cucur nasi viral tahun 2017.

Cucur nasi rangup diluar lembut didalam guna resipi mudah je. Kalau ada nasi lebih tu bolehlah buat cucur selain di nasi gorengkan.

Buat Cucur Nasi Viral

Resipi cucur nasi viral rangup diluar lembut didalam

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 1 cawan
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Nasi 1 senduk lebih sikit
  • Ikan bilis segenggam
  • Bawang besar 1 biji
  • Cili api *optional. Kalau nak pedas boleh letak ikut tahap kepedasan masing-masing
  • Lobak merah disagat
  • Daun bawang
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan

  1. Kisar halus nasi, ikan bilis, bawang besar dan cili api bersama air secukupnya.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan garam. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi dan gaul rata. Tambah air jika perlu. Campurkan sekali lobak merah yang disagat dan daun bawang yang dah dipotong-potong.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng adunan cekodok tadi. Boleh guna sudu ataupun tangan untuk bentukkan cucur.
  4. Goreng sehingga warna keemasan, angkat dan toskan minyak
Kalau dah biasa buat cucur. Guna je sukatan agak-agak ikut selera sendiri. Tak ada salahnya.

Hidangkan bersama sos cili. Makan panas-panas baru sedap. Daun bawang dan lobak merah tu sengaja saya tak kisarkan sekali. Nak kisar sekali pun boleh je. Kalau kisar semua bahan tu dapatlah bentuk cucur yang cantik.

Rasa lama betul tak buat cucur. Orang Nismilan panggil kuih goreng. Tak tahulah Kuala Pilah sahaja atau daerah lain pun panggil dengan nama yang sama.

Cucur dengan bahan kisar macam ni sesuailah untuk kanak-kanak yang tak makan bawang dan sayur tu. Dah kisar sekali tak nampak dah bawang tu. Budak-budak pun tak tercekik dengan ikan bilis yang kasar. Nak makan pun senang.