Nak makan apa ek? Dia tak lapar sangat tapi rasa macam nak makan sesuatu. Buat cucur nasi lah sebab ada lebihan nasi. Nak simpan buat nasi goreng macam tak cukup. Baki nasi yang tinggal ada dalam sesenduk lebih. Kita buat cucur nasi viral tahun 2017.
Cucur nasi rangup diluar lembut didalam guna resipi mudah je. Kalau ada nasi lebih tu bolehlah buat cucur selain di nasi gorengkan.

Cucur nasi rangup diluar lembut didalam guna resipi mudah je. Kalau ada nasi lebih tu bolehlah buat cucur selain di nasi gorengkan.

Resipi cucur nasi viral rangup diluar lembut didalam
Bahan-bahan
- Tepung gandum 1 cawan
- Garam
- Air secukupnya
- Nasi 1 senduk lebih sikit
- Ikan bilis segenggam
- Bawang besar 1 biji
- Cili api *optional. Kalau nak pedas boleh letak ikut tahap kepedasan masing-masing
- Lobak merah disagat
- Daun bawang
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaan
- Kisar halus nasi, ikan bilis, bawang besar dan cili api bersama air secukupnya.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan garam. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi dan gaul rata. Tambah air jika perlu. Campurkan sekali lobak merah yang disagat dan daun bawang yang dah dipotong-potong.
- Panaskan minyak masak dan goreng adunan cekodok tadi. Boleh guna sudu ataupun tangan untuk bentukkan cucur.
- Goreng sehingga warna keemasan, angkat dan toskan minyak
Kalau dah biasa buat cucur. Guna je sukatan agak-agak ikut selera sendiri. Tak ada salahnya.
Hidangkan bersama sos cili. Makan panas-panas baru sedap. Daun bawang dan lobak merah tu sengaja saya tak kisarkan sekali. Nak kisar sekali pun boleh je. Kalau kisar semua bahan tu dapatlah bentuk cucur yang cantik.
Rasa lama betul tak buat cucur. Orang Nismilan panggil kuih goreng. Tak tahulah Kuala Pilah sahaja atau daerah lain pun panggil dengan nama yang sama.
Cucur dengan bahan kisar macam ni sesuailah untuk kanak-kanak yang tak makan bawang dan sayur tu. Dah kisar sekali tak nampak dah bawang tu. Budak-budak pun tak tercekik dengan ikan bilis yang kasar. Nak makan pun senang.
39 Comments
Tak pernah mkn apatah lg buat..tp nmpk sgt sedap la
ReplyDeleteSedap, boleh cuba kalau teringin nak rasa.
DeletePernah buat cucur nasi tapi lama dah tak buat :) Betul, blend je bawang² ke sayur ke dah tak nampak rupanya, anak² pun telan je ahak.
ReplyDeleteSaya pun lama tak buat. Tiba-tiba terfikir nak buat bila nampak ada nasi extra sikit. Kann..senang semua blend je, ngap je tanpa banyak soal.
Deletekejap kita nak catit, kita penah buat rasanya sebab kurang tepung, bila masuk dlm kuali mereka berpisah dan terpecah berderai. pastu malas nak buat lagi. kalo nasi lebih ada banyak, jadikan kimbap je, lagi laju habisnya.
ReplyDeleteBoleh tambah telur juga bagi melekat mesra. Nak buat gimbap tak berapa nak pandai. Alatan dan bahan pun nan hado.
Deletex pernah buat plak cucur nasi, leh try ni.. yum yum
ReplyDeleteNanti boleh cuba versi tambah nasi ni. Tapi kena blender lah.
Deletewah menarik ni...boleh la akak buat weekend ni...
ReplyDeleteSelamat mencuba dan menjamu selera kak.
DeleteX pernah buat cucur nasi.. maybe buat la lepas ni.. kalau x, selalu jadi nasi goreng je nasi lebih tu.. hehehe..
ReplyDeleteBolehlah cuba versi tambah nasi ni pula. Guna nasi sikit pun boleh, ada rasa rangup-rangup tu nanti.
Deletewahh pija buat kakmieja teringat zaman viral cucur nasi dgn apam nasi....semua org berpusu-pusu buat masa tu....nak trylah.....nostalgia nie.....
ReplyDeleteApam nasi tu saya tak pernah buat. Risau gagal je. hihi...Buat cucur je tak gagal.
DeleteSelamat mencuba kak Mieja.
tkpernah mkn cucur nasi
ReplyDeleteKot teringin bolehlah cuba nanti. hihi...
DeleteBetul rangup diluar lembut di salam...
ReplyDeleteMesti dah cuba kan. Sedap!
DeleteMEsti sedap makan ni time masih panas…
ReplyDeleteSemestinya. Masa tu lah tengah rangup dan lembut.
Deletewahhh konsep cara masakan baru ke..nampak unik ni
ReplyDeleteTaklah, lama sudah seperti yang diceritakan dalam entry di atas.
DeleteSedap ni, cicah sambal kicap atau sos cili mantop
ReplyDeleteKannn...saya cicah sos cili je. hihi...
DeletePandai Fizah buat. Terliur akak tengok gambar cucur nasi.
ReplyDeleteAkak tak pernah buat dan makan. Lain kali kalau ada baki nasi secoet, boleh la cuba.
resepi kak fiza ni menarik la.. saya selalu buat cucur nasi ni jadi cucur manis je sebab senang. haha
ReplyDeleteResipi viral sebelum ni, saya tiruvasi dan olah mana yang sesuai ikut selera dengan bahan-bahan yang ada. hihi..mana-mana yang mudah je lah kan kita buat.
DeleteIni cucur nasi ya Mbak?
ReplyDeleteDisini ada juga makanan bernama cucur. Berwarna coklat. Manis. Warna coklatnya berasal dari gula aren...
Salam,
Ya, cucur yang dicampur dengan nasi dan bahan-bahan lain yang dikisar. Seolah-olah macam cekodok pisang kalau di sini. Maksudnya tepung yang diadun bersama gula aren ye?
DeleteCucur nasik la pulak... haih... maciam-maciam!
ReplyDeleteHihi..ni menu viral lama ni uncle. Saja buat kembali.
Deletekalau ammi baik pisang, atau tepung saja semua ammi panggil cekodok.
ReplyDeleteHihi..senang gitu, tak payah pening nak panggil apa dah. Cuma berbeza jenis cekodok je lah kan.
DeleteNasi lebih jangan buang, boleh buat cucur sedap rangup!..Cucur nasi ni luar rangup, dalam lembut… makan panas-panas memang padu..
ReplyDeleteBetul, jangan buang nasi kalau tinggal sikit. Buat cucur nasi ni sedap.
DeleteKena kisar ya. Akak pernah buat sekali cuma guna nasi yang tidak dikisar. Ok nanti kalau ada kesempatan cuba pula cara Fiza.
ReplyDeleteYa, kalau kisar halus dia jadi sedap sikit. Nanti Kak Wina cuba cara kisar pulak ye.
Deletesedapnyaaa cucur....
ReplyDeletemkn panas2 tau2 je 10 biji msk mulut hehehe
Versi tambah nasi ni sedap Anies. Nanti cubalah. Lebih 10 biji entah². hihi...
Delete