Macam biasa rutin bulanan saya akan berjumpa doktor gigi. Setakat ni tak pernah culas lagi. Harap-harap tak ada lah ye. Kalau culas, lagi lambatlah gigi nak bergerak. Setiap 6 bulan sekali baru temu janji dengan Doktor Ortodontik pula.

Tak sabar nak tengok hasilnya. Nak kena buat whitening pula. Rasa macam gigi kuning pulak walaupun fah pilih getah yang bagi kesan gigi nampak putih. Tapi taklah nampak kuning sangat kan.
Tak lama urusan temu janji haritu sebab tukar getah dan doktor terangkan sikit progress. Tak ada buat rawatan lain. Jadi braces bayar bulanan sahaja. Selesai.

Ikut jadual, bulan 11 nanti baru jumpa Doktor Ortodontik. Haritu temu janji petang dan tak ramai orang. Lepas daftar, isi consent form, set tarikh untuk temu janji seterusnya dan barulah pilih getah o-ring. Masih tak ada lagi getah o-ring warna hitam.
Aduh, kita punyalah lama nak pakai warna hitam. Dah 3 bulan rasanya kot tak ada. Ke saya yang lambat cepat habis. Temujanji bulan lepas terpaksa pakai getah o-ring atas tu warna grey. Tak ada pilihan.
Power chain bawah warna blue metallic pun tak ada pilihan. Sekali makan makanan berwarna macam kunyit tu terus bertukar warna. Warna biru tu bertukar hijau petronas terus. I is redha je lah.
Braces Monthly Review Setahun 2 Bulan
Untuk edisi bulan Julai dan Ogos, pilih warna maroon. Mujurlah power chain pun ada warna yang sama. Barulah matching warna sama gitu. Mulanya nak pilih purple. Tapi nampak maroon, saya pilih maroon lah. Nampak macam warna gusi sikit.
Kali ni doktor kata 'good' ada perubahan gigi bawah empat batang depan tu dah mula bergerak ke dalam dan dah kurang gap tepi dia. Alhamdulillah... Cuma gigi atas kiri kanan atas yang lompong dicabut tu rasa macam jauh perjalanan dia nak rapat. Takpe, kita trust the process.
Sekarang makin susah nak bersihkan gigi lepas pakai power chain dah tiga bulan. Sebab makin sempit ruang nak bersihkan celah gigi. Lepas makan memang kena floss gigi guna water flosser. Kalau tidak tak selesa makanan terselit.
Kadang hujung wayar tu terkena dinding dalam mulut, boleh jadi terluka juga. Malas nak pakai wax, risau tertelan. Huhu...Tak ada upgrade wayar besar kali ni. Cuma tukar kedua-dua getah atas bawah je.
Lepas tukar kedua-duanya rasa macam biasa je. Tak rasa pun tekanan tarikan tu. Baguslah macam tu. Biasanya kalau sakit, kejap je rasa tarikan tu. Lepas beberapa jam tak rasa pun. Yang penting setiap bulan jumpa doktor dan ada progress dia.
Lepas tukar kedua-duanya rasa macam biasa je. Tak rasa pun tekanan tarikan tu. Baguslah macam tu. Biasanya kalau sakit, kejap je rasa tarikan tu. Lepas beberapa jam tak rasa pun. Yang penting setiap bulan jumpa doktor dan ada progress dia.
Tak sabar nak tengok hasilnya. Nak kena buat whitening pula. Rasa macam gigi kuning pulak walaupun fah pilih getah yang bagi kesan gigi nampak putih. Tapi taklah nampak kuning sangat kan.
Gigi kuning is normal ye, tanda gigi sihat juga. Kadang selalu berus gigi pun enamel jadi nipis, gigi jadi kuning. Kena tahu cara berus gigi yang betul.
Bila pakai braces ni tak boleh nak buat rawatan whitening sebab ada bracket tu. Nanti gigi bawah bracket tu warna lain pula. So kena tunggu debond.
Sebaiknya kalau insecure, kena buat rawatan whitening dulu baru pakai braces. Silap pula haritu tak buat dulu. Nak tunggu debond bertahun lagi. Hadap je la. Yang penting kita jaga kebersihan gigi.
Lagi satu masalah pakai braces ni, bibir mudah kering. Bibir kering, luka itu biasa. Sebelum pakai braces memang tak ada masalah bibir kering. Bertabahlah ye. Beauty is pain, ingat tu je.
Tak lama urusan temu janji haritu sebab tukar getah dan doktor terangkan sikit progress. Tak ada buat rawatan lain. Jadi braces bayar bulanan sahaja. Selesai.
22 Comments
Baru tau prosedur untuk pakai braces ni.. macam teringin, tapi bila tengok harga dia boleh tahan keras jugak.. hehehe.. kita simpan duit untuk tukar cermin mata je la dulu.. power dah banyak, harga makin mahal.. ^^
ReplyDeleteIni untuk bulanan. Before pakai kena consult dan xray dulu tengok sesuai atau boleh ke tak. Banyak juag prosedur dan rutinnya.
DeleteKann..kalau tambah itu ini harga dia terus jadi mahal even beli bingkai murah pun.
cube try pakai o-ring tu warna warni... warna merah, biru, hijau, hitam... mesti meriah nanti... haha
ReplyDeleteHaha..saya belum sampai tahap tu lagi. Tak sesuai dengan usia mungkin. Prefer satu warna je. Tapi kotlah datang gila kejap nak cuba warna-warni siapa tahu kan.
DeleteAiiiih bisa berubah warna ya kak 😄😄. Zaman saya dulu mana ada berwarna warni begini. Msh THN 90an 🤣🤣. 1 warna saja..
ReplyDeleteMemang lamaaa. Saya pun butuh 6 tahun untuk akhirnya lepas
Ya berubah warna. Ke Fanny pakai self ligating masa tu? Lama betul tu sampai 6 tahun. Harap saya pakai tak selama itu lah.
DeleteTeringat dulu masa sekolah kawan pakai seksa nengok dia nak makan dah la duduk asrama banyak makanan dia tak boleh makan.
ReplyDeleteYe Cie, kena pantang banyak. Tak boleh makan keras² dan melekit-lekit tu. Nanti takut bracket tercabut dan makanan lekat celah gigi.
Deletecabaran pakai braces ni lain macam, tengok orang makan sedap sedap tapi diri sendiri nak makan pun kena tahan huhuhuhu
ReplyDeleteBetul, sangat mencabar tu especially yang crispy² tu. Telan airliur je lah kita. Nak makan boleh tapi kena potong kecil-kecil dan kunyah perlahan.
Deletekagum laa those yg pakai braces ni sbb it's not easy dan painful jugak esp awal2 pakai (my niece pernah pakai then dh siap semua, cantik lah giginya, terbaek hasilnya!)
ReplyDeleteTak mudah dan kena disiplin. Perjalanan yang panjang dan kena extra sabar bertahan. huhu...Tapi takpe, yang penting hasilnya nanti yang dinantikan.
DeleteSakit2 dahulu, cantik2 kemudian hehe...
ReplyDeleteNampaknya begitulah kak. hihi...
DeleteBanyak betul prosedur nya ye..nasib la akak x buat..tapi Dania dah berzikir nak buat nanti
ReplyDeleteBetul, dia macam leceh sikit. Kena consult dan xray dulu tengok okay ke tak untuk proceed.
DeleteGigi sini dulu orang tengok bagi pujian cantik nampak..nak sekarang hilang dah kiri kanan..hehe..lepas ni mesti cantik gigi tersusun rapat..InshaAllah
ReplyDeleteBiasa tu semakin berusia semakin banyak ragam gigi kita.
DeleteInshaAllah..kalau jaga elok cantik nanti hasilnya.
suka tgk braces ada pelbagai kaler boleh tukar-tukar
ReplyDeleteBanyak pilihan warna tapi itu yang kadang pening juga nak pilih warna apa.
DeleteBetul, beauty is pain.
ReplyDeleteTak lama lagi Fizah pasti berpuas hati melihat hasil berkat kesabaran yang tinggi ulang alike mengurus gigi.
Tak sabar nak menunggu harinya tiba tengok gigi tersusun elok. Tapi nanti kena berkawan baik dengan retainer pulak.
Delete