Macam biasa rutin bulanan saya akan berjumpa doktor gigi. Setakat ni tak pernah culas lagi. Harap-harap tak ada lah ye. Kalau culas, lagi lambatlah gigi nak bergerak. Setiap 6 bulan sekali baru temu janji dengan Doktor Ortodontik pula.

Braces Monthly Review Setahun 2 Bulan

Ikut jadual, bulan 11 nanti baru jumpa Doktor Ortodontik. Haritu temu janji petang dan tak ramai orang. Lepas daftar, isi consent form, set tarikh untuk temu janji seterusnya dan barulah pilih getah o-ring. Masih tak ada lagi getah o-ring warna hitam. 

Aduh, kita punyalah lama nak pakai warna hitam. Dah 3 bulan rasanya kot tak ada. Ke saya yang lambat cepat habis. Temujanji bulan lepas terpaksa pakai getah o-ring atas tu warna grey. Tak ada pilihan. 

Power chain bawah warna blue metallic pun tak ada pilihan. Sekali makan makanan berwarna macam kunyit tu terus bertukar warna. Warna biru tu bertukar hijau petronas terus. I is redha je lah.

Braces Monthly Review Setahun 2 Bulan

Untuk edisi bulan Julai dan Ogos, pilih warna maroon. Mujurlah power chain pun ada warna yang sama. Barulah matching warna sama gitu. Mulanya nak pilih purple. Tapi nampak maroon, saya pilih maroon lah. Nampak macam warna gusi sikit.

Kali ni doktor kata 'good' ada perubahan gigi bawah empat batang depan tu dah mula bergerak ke dalam dan dah kurang gap tepi dia. Alhamdulillah... Cuma gigi atas kiri kanan atas yang lompong dicabut tu rasa macam jauh perjalanan dia nak rapat. Takpe, kita trust the process.

Sekarang makin susah nak bersihkan gigi lepas pakai power chain dah tiga bulan. Sebab makin sempit ruang nak bersihkan celah gigi. Lepas makan memang kena floss gigi guna water flosser. Kalau tidak tak selesa makanan terselit.

Kadang hujung wayar tu terkena dinding dalam mulut, boleh jadi terluka juga. Malas nak pakai wax, risau tertelan. Huhu...Tak ada upgrade wayar besar kali ni. Cuma tukar kedua-dua getah atas bawah je. 

Lepas tukar kedua-duanya rasa macam biasa je. Tak rasa pun tekanan tarikan tu. Baguslah macam tu. Biasanya kalau sakit, kejap je rasa tarikan tu. Lepas beberapa jam tak rasa pun. Yang penting setiap bulan jumpa doktor dan ada progress dia.

Tak sabar nak tengok hasilnya. Nak kena buat whitening pula. Rasa macam gigi kuning pulak walaupun fah pilih getah yang bagi kesan gigi nampak putih. Tapi taklah nampak kuning sangat kan. 

Gigi kuning is normal ye, tanda gigi sihat juga. Kadang selalu berus gigi pun enamel jadi nipis, gigi jadi kuning. Kena tahu cara berus gigi yang betul. 

Bila pakai braces ni tak boleh nak buat rawatan whitening sebab ada bracket tu. Nanti gigi bawah bracket tu warna lain pula. So kena tunggu debond.

Sebaiknya kalau insecure, kena buat rawatan whitening dulu baru pakai braces. Silap pula haritu tak buat dulu. Nak tunggu debond bertahun lagi. Hadap je la. Yang penting kita jaga kebersihan gigi.

Lagi satu masalah pakai braces ni, bibir mudah kering. Bibir kering, luka itu biasa. Sebelum pakai braces memang tak ada masalah bibir kering. Bertabahlah ye. Beauty is pain, ingat tu je. 

Tak lama urusan temu janji haritu sebab tukar getah dan doktor terangkan sikit progress. Tak ada buat rawatan lain. Jadi braces bayar bulanan sahaja. Selesai.