Doa Nabi Yunus Jawi Dan Rumi : Kelebihan, Maksud Dan Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana.

Disebabkan doa zikir Nabi Yunus ini, Allah SWT telah menyelamatkannya dan akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan nun yang menelannya itu.

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Doa Nabi Yunus dalam rumi
Lailahailla anta Subhanaka inni kuntu minaz zhaalimiin

Maksudnya : “Tiada tuhan selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim”—Surah Al-Anbiya’: ayat 87

Kisah Nabi Yunus

Nabi Yunus berusaha menyebarkan ajaran Allah SWT. Namun baginda tidak mendapat sambutan yang baik dari masyarakat.

Dalam perjalanannya menjauhi daerah tersebut kerana bimbang akan dibunuh. Kapal yang ditumpang oleh baginda dilanda ribut yang amat dahsyat di tengah lautan.

Semua penumpang kapal tersebut mengundi sama ada siapa yang perlu dicampak ke dalam laut supaya kapal menjadi stabil dan semua penumpang lain selamat, mereka mengundi bahawa Nabi Yunus perlu dicampakkan ke dalam laut.

Namun mukjizat Allah tiba. Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan Nun. Semasa di dalam perut ikan, Nabi Yunus berdoa seperti doa di atas.

Akhirnya selepas 40 hari, Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan tersebut.

Keutamaan Doa Nabi Yunus

Tak hanya sebagai doa untuk memohon ampunan dan taubat, doa Nabi Yunus yang dibaca di dalam perut ikan mempunyai keutamaan sebagai doa mohon wafat dalam keadaan syahid.

Kelebihan/ Manfaat/ Kebaikan Doa Nabi Yunus

1. Dimakbulkan doa dan hajat

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Sabda Rasulullah :
فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له
Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”—HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir

2. Doa yang terbaik

Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini.

Doa Nabi Yunus

Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

Lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.”. Lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Inilah dia intipati doa yang terbaik.

3. Mendapat Ampunan dari Allah SWT

Dalam hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan keistimewaan dari doa Nabi Yunus. Doa ini boleh mengabulkan permohonan seseorang kepada Allah SWT

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya : "Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: 'Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin' Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya."—HR At Tirmidzi

4. Dikeluarkan dari Kesulitan

Dalam al-Quran, Allah berfirman bahawa tak akan menguji hamba di luar batas kemampuannya. Pada kisah Nabi Yunus, dirinya pada akhirnya diselamatkan Allah dari ujian masuk ke dalam perut ikan.
Untuk itu, doa Nabi Yunus sering dibaca sebagai doa untuk meminta keselamatan dan keluar dari kesulitan.

5. Memuji Allah

Tujuan dari sebuah doa adalah pernyataan dari seorang hamba tentang keEsaan Allah SWT. Allah, tuhan yang menciptakan manusia berhak mendapatkan pujian dari hambaNya.

Dalam doa Nabi Yunus terdapat pujian atas keesaan dan kesucian Allah. "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau."

Allah sangat menyukai hambaNya yang selalu berdoa. Allah senantiasa menerima doa dan permohonan ampun dari hambaNya.

Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus

Menurut Sa'ad bin Abi Waqqash mengatakan bahawa Rasulullah menyebut doa Nabi Yunus boleh dibaca sebanyak 40 kali.

"Barangsiapa yang berdoa dengannya kepada orang yang sakit sebanyak 40 kali maka jika ia mati, ia mati dalam keadaan membawa pahala mati syahid. Jika sembuh maka sembuh dalam keadaan dosanya terampuni,"—HR Imam Hakim

Waktu Membaca Doa Nabi Yunus

Para ulama membaca doa Nabi Yunus 40 kali selepas solat subuh. Ada pula yang membaca doa Nabi Yunus setiap hari sebanyak 1000 kali untuk memohon keampunan.

Amalkan doa ini sekiranya kita di dalam kesulitan, keresahan dan terasa jalan hidup di hadapan sangat gelap. Tiga kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus iaitu kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan dan kegelapan malam. Insyaallah Allah akan permudahkan hidup kita.

Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

Wallahua'lam.

sumber :
1. https://www.facebook.com/Zikir.Selawat.Doa/posts/5142687392423919/
2. Nabi Yunus Dalam Perut Ikan (10 Feb 2015). Laman web IKIM

4 comments:

  1. Pengingat untuk kita supaya selalu melafazkan zikir setiap saat dan bergantung pada allah, Trutama ketika sedang dalam kesulitan ☺️. Doa nya bagus, saya suka menghapalkan lalu mengucapkan doa2 ini setiap saat sehabis sholat. Trutama ketika dalam kebingungan. Beberapa kali terjadi, selalu ada solusi setelahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Doa yang ringkas dan mudah nak ingat. Jadi, boleh amalkan selalu.

      Delete
  2. sy tak ingat sy pernah baca kat mana. katanya, antara doa 'paling cantik' adalah doa nabi yunus ni... mula2 tak faham jg. tp lps baca penerangannya barulah sy tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do ringkas mudah nak ingat tapi besar manfaatnya. Doa terbaik :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.