Cara Beli Kad Prabayar Visa Baharu TnG eWallet Melalui Aplikasi Touch 'n Go eWallet

Touch 'n Go eWallet telah memperkenalkan Kad Prabayar Visa debit baharu yang dipautkan ke dompet digital (eWallet). Kad Prabayar Visa Touch 'n Go fungsinya sama seperti kad BigPay, Wise dan MAE. Untuk membuat sebarang pembayaran, pastikan baki dalam dompet digital mencukupi.

Fungsi Kad Prabayar Visa Touch 'n Go eWallet

  • Pembayaran di kedai-kedai fizikal melalui mesin terminal
  • Boleh kira kadar tukaran matawang
  • Membuat pembelian atas talian (Shopping online)
  • Pengeluaran wang tunai di mesin ATM
Kad Prabayar Visa TNG boleh digunakan di seluruh dunia dan secara online dimana-mana sahaja melalui mesin terminal. Kad Prabayar Visa TNG tidak boleh digunakan untuk pembayaran tol dan juga pengangkutan awam. Sesuailah untuk mereka yang suka travel, shopping online dan memudahkan pembelian.

Harga Kad Prabayar Visa Touch 'n Go eWallet

Buat masa ini, Kad Prabayar Visa Touch 'n Go masih lagi PERCUMA dan hanya perlu bayar RM5 untuk caj penghantaran. Sila beli segera sebelum kehabisan stock. Nanti susah nak dapat macam kad Touch 'n Go NFC.

Cara beli Kad Visa Prabayar Touch 'n Go eWallet

Kad Prabayar Visa Touch 'n Go boleh dibeli secara online melalui aplikasi TNG eWallet. Sebelum membuat pembelian, pastikan baki mencukupi.

1. Buka aplikasi TNG eWallet, tap pada Visa Card

Cara beli Kad Visa Prabayar Touch n Go eWallet

2. Kemudian tap Get Card Now

Cara beli Kad Visa Prabayar Touch n Go eWallet

3. Masukkan nama dan tap Next

Cara beli Kad Visa Prabayar Touch n Go eWallet

4. Selepas tekan Next, automatik ada alamat lengkap. Jika alamat yang tertera itu betul, boleh terus tap Next. Jika ingin buat penghantaran ke alamat baru atau yang terkini boleh isikan dengan alamat yang baru. Kemudian Next.

Cara beli Kad Visa Prabayar Touch n Go eWallet

5. Setelah confirmkan alamat penghantaran, tap Pay Now. RM5 akan ditolak dari baki eWallet.

Cara beli Kad Visa Prabayar Touch n Go eWallet


Kad Prabayar Touch 'n Go akan sampai dalam masa 7-10 hari waktu bekerja. Bila kad sampai nanti boleh aktifkan kad dengan tap 'Active Physical Card' dan barulah boleh digunakan secara offline. Buat masa sekarang boleh guna kad virtual untuk pembayaran online. 

Beli juga Kad Prabayar Visa baharu ni. Tambah koleksi kad TnG. Design pun menarik. Tapi lagi bagus kalau semua fungsi boleh digunakan dalam satu kad je. 


4 comments:

  1. wah.. nurin pakai kad watsons je sbb dah lengkap touch n go

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay dah tu. boleh shopping watson dan guna bayar tol dan juga parkir :)

      Delete
  2. dalam apps akak takde pulak nampak Visa Card tu..kene update dulu eh?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.