Terapi Mata Tengok Bunga-Bunga Cantik


Sabtu lepas pergi Plant Nursery nak beli tanah je sebenarnya nak tanam spider plant untuk hiasan dalam rumah dan juga sebagai pembersih udara dalam rumah. Sebelum ni saya ada tanam pokok sirih gading

Pun bagus juga untuk tujuan pembersih udara dalam rumah selain sebagai hiasan dan nak tanam dan tumbuh pun senang. 
Chlorophytum comosum @ spider plant
Tanaman hias satu ini bentuknya menyerupai labah-labah, oleh kerana itu ia dikenali sebagai spider plant. Tanaman ini dapat membuang zat karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang ada di dalam ruangan. Dengan meletakkan tanaman ini dalam waktu 24 jam maka ruangan akan bebas dari zat-zat polutan. tanaman pembersih udara ini mampu menyerap benzena, formaldehida, karbon monoksida,bahan kimia pada industri kulit, karet dan percetakan. Kredit- tanamanhiasan
Mulanya nak singgah beli kat Plant Nursery dekat-dekat rumah je tapi macam saja je nak pergi jauh sikit dan nursery lebih besar banyak pilihan sikit kan. Saya pergi Plant Nursery dekat Paroi seberang Petronas jalan Seremban-Kuala Pilah. 

Ramai juga peminat bunga datang sini mungkin disebabkan banyak pilihan yang ada. Saya dan husband tak ketinggalan buat terapi mata tengok bunga-bunga yang cantik. Geram tau! Kalau boleh nak beli semua bunga yang ada.


Dari sekecil bunga sampai ke bunga yang besar dan bermacam jenis bunga ada. Seronok tengok.


Untuk peminat landskap ada pelbagai jenis yang buat korang rambang mata nak pilih. Banyak yang di jual di sini. 

Tak sempat nak explore habis. Selain pokok bunga pelbagai jenis, ada pasu bunga (of course la kan ada di jual), accesories untuk succulents pot, hiasan landskap, baja dan yang berkaitan dengan tanaman. Memang sangat berbaloi kot datang dan beli kat sini. Harga pun boleh dikatakan murah.


Peminat bunga yang berdekatan dengan Plant Nursery Paroi @Seremban Landskap ni bolehlah datang sini tengok bunga yang cecantik. Mesti rambang mata nak beli kan.


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.