Di Suatu Pagi Yang Sejuk

Monday, November 09, 2020

Hari isnin dah ye...Morning! Pagi pagi dengar burung berkicauan macam ada kat kampung pula. Entah apa lah yang dibisingkan si burung tu agaknya. Cuaca masih mendung dan disuatu pagi yang sejuk ni rasa macam ada mood 'M' memanggil manggil.


Ohh fahamlah kenapa, sebab hari isnin. Orang putih sebut 'Monday Blues'. Duduk rumah pun ada monday blues juga. Semalam seharian hujan lebat turun. Adakah Seremban akan digenangi air lagi. Banjir kilat haritu dah cukup teruk juga. 

Banyak rumah dinaiki air sampai tenggelam jugalah kereta kat car porch rumah mereka. Harap hujan lebat tak sampai banjir teruk. Semoga dipermudahkan urusan semua orang. Aaminnn

Di suatu pagi yang sejuk ni. Selain hidangan air panas, sarapan ringkas je lah. Semalam dah breakfast fitness cereal fruits. Ada empingan jagung dan buah-buahan kering. Senang tak perlu beli buah nak dicampurkan.

Curahkan susu segar dan makan! Senang tak payah fikir nak sediakan sarapan apa bila hujung minggu semalam.


Breakfast Fitness Cereal Fruits


Di suatu pagi yang sejuk harini pula sempatlah siapkan nasi goreng ayam KFC. Ada lebihan ayam KFC carik-carikan dan masuk dalam nasi goreng dengan tumisan cili api, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sikit. Sedap terasa dengan tambahan ayam KFC tu.

Makan habis sekali hadap untuk hidangan 2 orang. Harini husband setengah hari je. Jadinya tak payah siapkan bekal untuk husband. Masih berfikir, tengahari nanti nak masak apa. Masalah orang perempuan kat rumah macam ni lah. Pening fikir nak masak apa.

Di suatu pagi yang sejuk, rasa nak sambung tidur dan bermalasan je. Tapi apakan daya, kerja mana pernah habis. 



15 comments

  1. Fiza, akak dan beli kain mikro di DIY semalam. Hehe. Semalam dalam kul 3 petang hujan lebat di Melaka.

    ReplyDelete
  2. Fiza cuti ke hari ni. Cuti2 mmg best duk bermalas2an.

    ReplyDelete
  3. Musim hujan terlah bermula. Sepanjang hari mendung. PKPB, sekolah pun dah mula tutup seronok kanak-kanak bermain hujan.

    ReplyDelete
  4. Semalam memang sepanjang hari sejuk...hujan jer ka...berhenti kejap lepas tu hujan lagi...malam semalam pun hujan lebat..pukul 6 petang dah macam pukul 8 malam..tak jadi akak jogging semalam...

    ReplyDelete
  5. kakmim wfh hari ni... sejak khamis lepas wfh.... hehehehe

    ReplyDelete
  6. uiii nampak sedap bila fiza amek gambar walopun tak curah susu lagi..haha

    ReplyDelete
  7. Kat Sabah pun sejak PKPB ni pun menghadapi masalah sama banyak tempat naik banjir bila hujan lebat.

    ReplyDelete
  8. sekarang ni musim hujan, duduk rumah pula memang best kalau terlelap sekejap..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  9. Sebagai seorang 'hantu cereal' gambar macam tu pun dah nampak sedap.
    Baca pulak nasi goreng ayam KFC, pergh... terus rasa macam nak buat tapi apakan daya, saya tengah diet. Mampu bayangkan je haha

    ReplyDelete
  10. Cantik hasil photography Fiza..
    Membawa Akak ke mari.. di pagi Aussie yg sejuk juga.

    ReplyDelete
  11. Sejuk-sejuk pun kerja kena buat ye Fiza. Kadang terlajak juga bangun pagi kalau hujan di malam hari..ahaks!

    ReplyDelete
  12. time pagi hujan mmg syok..tp jgnla berpanjgan sehingga ke tghari..uda baju xleh kering pula ^^

    ReplyDelete
  13. Dugaan sungguh tahun 2020 ini..
    covid19, banjir.. Semoga semua yang ditimpa musibah tabah menghadapi ujian.. keep on fighting..

    ReplyDelete
  14. Tengah lapar... mcm dah lama x makan kfc la... tiber rasa nak beli ar..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.