Padi Box Homestay Sekinchan di Tengah Sawah Padi

Saturday, January 16, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Cantiknya Padi Box Homestay Sekinchan ni berwarna warni yang terletak di sawah padi yang dibina dengan menggunakan kontena. Sebab tu di panggil Padi Box. Pemandangan di sini sangat cantik dan tenang je. Nak merasa suasana kampung duduk di sawah, cubalah  menginap di Padi Box Homestay Sekinchan ni.


Nampak je kecik tapi ada 8 bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil queen size, bilik air, air cond, LCD Screen, astro dan percuma WIFI.

Selain tu ada juga BBQ set untuk mereka yang booking awal tanpa charge, board games dan inflatable pool untuk kanak kanak.

Memang best menikmati pemandangan kehijauan sawah ni. Lepak lepas kat atas ni memang seronok sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa gitu.

Antara dekorasi bilik yang ada di padi Box Homestay Sekinchan


Rate untuk 1 malam serendah RM148. Boleh tahan juga harga tu. Kira murah juga kalau stay 4 orang ataupun bersama family. 

Lokasi
Padi Box Homestay & Cafe (Hadapan Petron)
Lot 11126, Jalan Tali Air 4,
45400 Sekinchan Selangor

GPS Location
3.492850, 101.113998

Fanpage
With Love, Sihatimerahjambu

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.