Warna Cinta (Gerua, OST Dilwale) Malay Versi - Aliff Aziz Feat Kila Fairy

Friday, January 01, 2016

Masih ada lagi yang tengah demam cerita Dilwale ke? Ada yang tengok sampai 6 7 kali tu. Dasyat kakak! Fiza belum tengok lagi dan mungkin bila dah sampai masa teringin nak tengok baru tengok. Sebab mungkin kurang sikit dengan hindustan tapi layan je cerita dulu dulu. 

Cuma baru layan video klip GeruaOST Dilwale ni. Paling kagum dengan Video Klip Gerua ni sebab permandangan dalam video ni memang cantik sangat dan tambahan lagi Kajol yang bertambah cantik.
Apa yang menariknya, Gerua khabarnya menjadi lagu paling mahal yang pernah ada di Bollywood. Bukan hanya kerana Shah Rukh Khan dan Kajol yang membintanginya, tapi lantaran lokasi video klip lagu ini yang membuatnya mahal.
Pengambilan gambar untuk video klip Gerua dilakukan di sebuah tempat di Islandia. Sudah tentunya sutradara Rohit Shetty menggunakan bajet yang banyak untuk produksi video klip ni.
Selain itu, dalam video ini juga menampilkan sejumlah permainan visual dan efek khusus juga memerlukan kos yang mahal. Efek khusus yang digunakan dalam Gerua ini sangat menakjubkan. Ini merupakan sesuatu hal yang belum pernah ada di Bollywood sebelumnya.
Bila dah demam bollywood, artis malaysia Aliff Aziz dan Kila Fairy pulak berpasangan menyanyikan lagu Warna Cinta (Gerua, OST Dilwale) Versi Melayu.

Warna Cinta (Gerua, OST Dilwale) Versi Malay

Sinar mentari menusuk maya
Pertemuan kita menghenti masa
Langit pun murung umpama kaca
Lalu bersebati mengukir wajahmu

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kau pemula kau hujungnya
Bagaikan sufi keasyikan
Aku karavan engkau tujuan
Setiap haluan kepadamu

Ikatan kita menghubung segala
Kabus dalam jiwa lenyap kernanya

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kehidupan keasingan
Suran kelam tanpa dikau
Aku bukan hanya raga
Namun kini punya jiwa

Semua ikatan menjadi lemah
Berdepan ikatan yang kita ada

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

VIDEO Warna Cinta (Gerua, OST Dilwale) Versi Malay - Aliff Aziz Feat Kila Fairy

Dilwale – Gerua Lyric Video | Shah Rukh Khan| Kajol | SRK Kajol Official Lyric Video

2 comments

  1. Akakkk! Serious ahh. Dah berapa berbulan tak on blog and blog akak dah jadi macam ni \O/ Nangis tengokk T_T Lawa gilaa XD Sambil baca post, sedap mata memandang :) Jenguk kita balik jumm? Thank you :) http://nerdshere.blogspot.my/2016/01/please-support-me-after-missing-few.html

    ReplyDelete
  2. jeless ramai dah tengok movie ni! tak berkesempatan nak tgk lagi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.