Limau Mandarin

Tak lama lagi Chinese New Year @ Tahun Baru Cina. Makanya akan nampak banyak limau mandarin di jual sana sini macam pesta Limau Mandarin. Walaupun hanya di sambut oleh kaum Cina tapi kaum lain mesti dapat rasa limau mandarin yang manis ni yang biasa di beri percuma oleh mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Limau mandarin (Citrus reticulata) atau oren mandarin ialah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya, limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan.
Menurut kajian molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi.-wikipedia
Kekadang tu dapat sekotak pun ada. Berkotak kotak pun ada. Tapi jangan seronok sangat makan banyak banyak sebab boleh menyebabkan batuk, sakit perut dan lain lain kalau yang tak biasa makan masam atau yang tak boleh makan tu. Kalau Fiza, dah makan sebiji yang manis memang akan terus makan lebih dari sebiji. Suka jugak makan limau mandarin ni.


Boleh je makan banyak selagi tak memudaratkan. Dari pembacaan Fiza, di fahamkan limau mandarin ni ada racun untuk melindungi buah limau mandarin supaya tahan lebih lama, terhindar dari serangga dan lebih manis. Cara terbaik untuk makan limau mandarin, dicuci bersih dengan air garam terlebih dahulu. Ataupun kalau takde air tu, Selepas kupas kulit limau pastikan jari yang terkena kulit limau dibersihkan dahulu sebelum makan.  Dikhuatiri racun tu akan melekat pada buah yang kita nak makan tu pulak. So kebersihan diutamakan, barulah selamat untuk di makan.

Jangan lupa juga bahawa buah limau mengandungi vitamin C yang tinggi untuk kesihatan dan kecantikan juga. 

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.