Kopi & Teh Gedabak Cup Segamat

Tuesday, January 26, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Berlambak sekarang orang jual kopi ala ala strabucks tu dan macam macam nama ada. Semuanya rasa lebih kurang, ada yang kaw dan ada yang sebaliknya. Harga pun lebih kurang sama. Beza sen sen je. Balik Segamat sempat cuba M.A.G Coffee & Tea dari Gedabak Cup

Order green tea dan Mocha. Sebenarnya nak cuba Overdose Coffee tapi tutup pulak hari semalam. So cubalah Gedabak Cup ni. Okaylah buat lepas rasa kat tekak

http://www.azhafizah.com/

Apa yang menariknya Gedabak Cup sebab cup dia memang gedabak besar. Size XL! Sebab tu namanya gedabak cup. Air pun memang full. Kena minum cepat kalau tak bila ais cair dah rasa tawar.Minum sorang ni tak habis. Boleh kongsi minum 3 orang ni gamaknya.

http://www.azhafizah.com/

Puas hati beli cuma bila ais cepat cair, akan rasa tawar. Kena buat kaw lebih ni untuk improvement.

Harga
RM 5.00

Lokasi
Taman Yayasan, Segamat

Facebook
MAG Coffee Tea Gedabakcup
With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.