Kisah Cikgu Suraya, Anuar dan Gajah Yang Lawak

Saturday, January 09, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Apa yang lawaknya Kisah Cikgu Suraya, Anuar dan Gajah ni? dapat cerita ni dari group whatsapp. Confirm korang akan gelak sampai keluar air mata bila baca ayat ke empat tu. Memang bijak terlebih Anuar ni menjawab soalan Cikgu Suraya.


Cikgu Suraya : murid², sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf G ?
Anuar : Gajah
Cikgu Suraya : Bagus !!! Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ?
Anuar : Dua gajah
Cikgu Suraya : Anuar, jangan main² !! berdiri !! murid² lain ada jawapan ?
Semua murid senyap tak tahu jawapan.
Cikgu Suraya : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ?
Murid² lain sentap. Tiba²
Anuar : Mungkin gajah.
Cikgu Suraya : Anuar! main² lagi. Pergi berdiri diluar kelas !!
Murid² diam tak tahu jawapan.
Cikgu Suraya : Sebutkan nama binatang yg bermula dengan huruf J ?
Semua murid diam tak tahu jawapan. Tiba² kedengaran suara dari luar kelas.
Anuar : Jangan jangan gajah.
Cikgu suraya betambah marah, lalu menyuruh Amran menutup pintu kelas.
Cikgu Suraya : Sebutkan nama binatang yg bermula huruf A ?
murid² semua juga diam. Tiba² Anuar menyampuk dari luar tingkap.
Anuar : Anak gajah.
Sekali lagi cikgu suraya menyuruh Amran menutup tingkap. Selang beberapa minit suara Anuar tidak lagi kedengaran. Cikgu Suraya menyuruh amran keluar mencari Anuar,tapi tiada.
Cikgu Suraya : Takpe murid²..biarkan Anuar.
cikgu bertanya lagi soalan pada murid²nya...
Cikgu Suraya : Sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf K ?
murid²semua juga diam.Tiba² suara Anuar dengan pembesar suara.
Anuar : Kompom gajahhh
Cikgu Suraya : Anuarrrrr!!! Masuk kelas sekarang.
Anuar : Tadi suruh keluar. sekarang suruh masuk plak.

Cukup Fiza habiskan sampai situ je sebab ending yang sebenar macam ada lawak tak berapa nak lawak lebih kepada 18sx punya cerita. So apa yang lawaknya jawapan Anuar tu. Gelak sampai keluar air mata dibuatnya. Sabar je la menjadi seorang cikgu kena melayah karenah anak murid kan. Tapi anak murid pun janganlah sampai macam tu sekali kan. Kena hormat pada cikgu.
With Love, Sihatimerahjambu

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.