Honeymoon Eksklusif di ALA Riverview Lodge Kota Bharu, Kelantan

Thursday, January 28, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tertarik dengan suasana di ALA Riverview Lodge Kota Bharu, Kelantan ni. Pada pendapat Fiza sangat sesuai untuk pasangan yang nak berbulan madu/ Honeymoon Ekslusif di ALA Riverview Lodge sebab suasana sekitarnya yang mendamaikan serta 'private home'. Sesuai juga untuk percutian family sebab banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini bersama family.

Siapa yang tak teruja nak datang sini selepas melihat gambar ni? Confirmlah nak datang bercuti di sini. Hanya berehat di sini dan melakukan aktiviti kat sini pun dah cukup bercuti rehat. Siap ada swimming pool lagi tu.
Terletak di tebing sungai Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka. Suasana kampung yang nyaman dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan.
Keindahan permandangan di sekitar ALA Riverview Lodge memang cantik!. 

Mempunyai kawasan yang luas, bila bercuti bersama family boleh lakukan aktiviti riadah kat kawasan lapang ni.


Fiza suka dengan design homestay ni menggabungkan elemen tradisional dan juga moden berkonsepkan minimal design. Tangga tu nampak menarik bila design simple macam tu kan.

Dari sudut mana pun pandangan sekitarnya, tetap cantik dan sedap mata memandang.

Kenapa pada mulanya Fiza kata sesuai untuk honeymoon kat sini, salah satu faktornya adalah katil ni. Sesuai sangat kan dengan mood romantik tu.

Living hall yang selesa. Bila bukak langsir..Wahhh cantiknya pemandangan luar. Tak payah lepak kat luar pun takpe, tengok dari dalam dah puas.


Tak ketinggalan, ada pantry sekali.

Sekitarnya yang bersih.

Macam rugi pulak kalau tak lepak kat luar menikmati udara tepi sungai yang cantik ni sambil menghirup udara segar di belai angin sepoi sepoi bahasa. cewaahh berangan macam dok situ pulak ye.

Kalau rajin boleh jalan jalan tepi sungai ni.



Buat photoshoot kat sini pun menarik jugak kan. Mana tahu takde idea nak shoot kat mana area Kota Bharu ni, bolehlah datang sini. Harga pun berpatutan RM250 untuk 1 malam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak, naik river cruise dan memancing. Untuk aktiviti tambahan, perlu bayar caj yang lain


Kelengkapan yang ada di ALA Riverview Lodge
1 katil kayu jati saiz king
1 bilik air
air cond dan kipas siling
peti sejuk
cerek letrik
oven microwave
BBQ
Kolam Renang

Tempat menarik berhampiran
7 Km ke Bandaraya Kota Bharu (Pasar Sti Khatijah dll)
9 Km ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
3 Km ke Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
1.2 Km ke Maahad Darul Anuar (Masjid Tok Guru Nik Aziz)

Untuk Maklumat Lanjut/Pertanyaan/Booking

Tel/WhatsApp/sms
019 9196961

Facebook
www.facebook.com/alariverviewlodge

Sumber gambar dan maklumat dari ALA Riverview Lodge
With Love, Sihatimerahjambu

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.